Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday, 9 November 2006

Azimat dari Ayat Kursi ()



PENGALAMAN PERTAMA MENGUTIP AZIMAT DARI HAMBA ALLAH

Puan Wai adalah seorang penjawat awam berpangkat besar. Penampilan dirinya canggih dengan baju kurung bertudung ada tetingkap pada dadanya yang melihatkan rantai leher dan berlipstik merah jelas. Puan Wai memutuskan untuk mencurahkan segala masalah rumah tangganya kepada arwah guru saya dengan saya menjadi orang ketiga sebagaimana dikehendaki Islam disamping sebenarnya arwah guru ingin menurunkan ilmunya kepada saya mengikut konsep mentor mentee.


Puan Wai bersuami juga seorang penjawat awam. Kedua-dua pasangan suami isteri pernah melanjutkan ijazah lanjutan mereka ke luar negara kalau tak silap saya di Amerika. Pasangan ini
dikurniakan beberapa orang anak. Masalah utama pasangan ini ialah mereka kerap bergaduh dan selepas bergaduh siisteri yang kekurangan dari aspek fizikal ini yang lebih menjadi mangsa keganasan.


Begitulah
memang benar seperti kata Allah bahawa “masing-masing Kami seksa kerana dosanya”
(Al Ankabut:40). Dan juga ayat surah Asy Syura: 30 di bawah.


Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.


Jadi berdasarkan dua ayat Allah di atas, apakah antara dosa besar yang dilakukan puan Wai sehingga Allah memberikan musibah pergaduhan suami isteri yang tidak putus-putus? Sebenarnya dari pengakuan yang keluar dari mulut puan Wai sendiri, beliau mengaku bahawa selepas berkahwin dengan suami sekarang, beberapa tahun selepasnya beliau telah menduakan suaminya dengan berzina bukan sekali dan bukan beberapa kali malahan banyak kali untuk tempuh lebih sepuluh
tahun dengan seorang juga penjawat awam suami orang yang juga sudah mempunyai beberapa anak.

Saya agak tergamam dengan pengakuan puan Wai kerana itulah antara kali pertama saya lihat seorang manusia dengan begitu mudah sekali mengaku kesilapan mereka berzina di hadapan guru dan saya sendiri.

Dalam proses pemulihan puan Wai, arwah guru saya seperti biasa akan mengajarkan agama termasuk asas tauhid. Alhamdulillah Puan Wai rajin belajar dan antara kesannya dapat dilihat dimana Puan Wai tidak lagi berlipstik. Disinilah juga saya mempelajari satu perkara yang begitu penting sekali iaitu untuk merubah diri menjadi lebih baik walaupun betapa kecilnya seperti menghentikan lipstik di bibir, ia sebenarnya adalah satu proses yang rumit kerana syaitan sebenarnya memang tidak redha dengan hakikat ini dan syaitan akan menggunakan segala kemungkinan untuk menggagalkan cubaan Puan Wai menjadi orang yang lebih beragama melalui tidak lagi memakai lipstik.

Setelah Puan Wai menunjukkan peningkatan penghayatan agamanya, arwah guru maju setapak lagi untuk membersihkan persekitaran diri dan rumah Puan Wai dari segala perkara yang mensyirikkan Allah seperti tangkal dan azimat. Tiba masanya, guru saya meminta Puan Wai untuk mengosongkan beg tangannya untuk diselidiki oleh arwah guru. Ternampaklah satu ayat kursi bersaiz kira-kira 2 x 3 inci yang cantik berwarna dan dilaminate dengan kemas. 
Guru saya bertanya “apa benda ni?”

Puan Wai, “ayat kursi”

Arwah guru, “tahu bacanya”

Puan Wai, “saya tak pernah membaca ayat kursi ini kerana saya tak pandai baca AlQuran”

Arwah guru, “habis tu mengapa simpan dalam beg tangan?”

Puan Wai, “Orang kata bawa ayat kursi ini bagus kerana ia dapat menjauhkan diri dari syaitan dan jin. Jadi saya bawalah dalam beg tangan”

Arwah guru, “semasa zina dengan suami orang itu, dah ada ayat kursi ini dalam beg tangan?

Puan Wai, “ada dalam beg”

Begitulah lebih kurang perbualan antara Puan Wai dengan arwah guru dengan ditemani saya. Percaya sungguh Puan Wai bahawa ayat kursi ini dapat menghindarkan syaitan dan jin. Namun suatu perkara yang perlu diambil iktibar ialah selama bertahun-tahun beliau berzina, ayat kursi dalam beg tangannya sentiasa menjadi pengiring. Maknanya, syaitan dengan bebas menggoda Puan Wai berzina walau pun ayat kursi ini sentiasa disampingnya.

Selepas Puan Wai menyerahkan ayat kursi ini kepada guru saya untuk dilupuskan, guru menasihatkan supaya Puan Wai membersihkan persekitaran rumahnya pula dari segala tangkal dan azimat serta patung.

Pada minggu depannya sesi pembelajaran pengajaran disambung semula dan alhamdulillah kali ini puan Wai membawa bersama-samanya banyak tangkal azimat serta patung untuk diserahkan kepada guru saya.

Semoga Puan Wai menjadi seorang isteri solehah dan dimatikan Allah dalam Iman.

Emjay



10 comments:

  1. menyerahkan ayat kursi untuk dilupuskan??? apa maksudnya ....tak kah ia berdosa melupuskan ayat-ayat suci.

    ReplyDelete
  2. bukankah Allah menurunkan ayat-ayat suci Al-Quran termasuk ayat Kursi sebagai panduan bagi manusia untuk menjalani kehidupan...jadi apa yang utz cuba terangkan?di harap utz dapat menjelaskan dan tidak mengelirukan para makhluk Allah di dunia ini.Utz juga ada menerangkan syirik mengamalkan ayat kursi ini.tettapi apabila membaca automatik kita akan mengiyakan ia adalah dari Allah.Satu lagi utz juga ada menyatakan bukan semua benda mempunyai kuasa semua datangnya dari Allah itu memang tidak disankal lagi,tetapi dlm pada masa yg sama utz pula mengatakan memakan kobis akan membawa penaykit...bukankah kobis juga tidak mempunyai kuasa.........di harap utz jelaskan.terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbh halyfa

    Saya tidak boleh membincangkan soalan halyfa sekiranya sdr tidak mempunyai asas akidah. Saya minta halyfa baca tulisan saya yang awal pada Nov 4 2006 iaitu akidah bahagian 1, akidah bahagian 2 dan akidah bahagian 3.

    Dalam akidah bahagian 2 ada disebutkan bahawa "Secara mudah, konsep rububiah Allah ini boleh dijelaskan sebagai “Allah sahaja yang berkuasa dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ini”.

    Adalah merosak akidah sekiranya berkata: Seorang berkata “Saya yakin dengan LUX kerana ia menjadikan kulit saya gebu” tanpa mengaitkan langsung peranan Allah.

    Juga rosak apabila seorang berkata “Saya dapat keputusan SPM cemerlang kerana saya belajar secara konsisten ...............................” tanpa menyebut pun faktor rububiah Allah.

    Sila baca penjelasan dalam artikel akidah bahagian 2 di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/3.

    Kalau bila saya pening makan panadol lalu hilang pening kepala lalu saya memuji ubat panadol kerana menjadikan pening saya pulih, juga merosak akidah. Kita sebagai umat Islam bila pening diperintah Allah dan nabiNya berusaha mencari ubat dan memakannya namun apabila sembuh, tidak boleh sama sekali memuji ubat kerana Hanya Allah yang berupaya memberikan rahmat kepada manusia.

    Itulah sebabnya dalam sistem perubatan saya, sebagai contoh bagi pesakit kencing manis, saya perlu mendidik mereka ini asas akidah supaya mereka faham bahawa bukan ubat yang menyembuhkan namun ALLAH SAHAJA yang berupaya memberikan rahmat kesembuhan. Dua orang pesakit kencing manis yang sama sekiranya diberikan ubat yang sama dan amalan harian yang sama, kemungkinannya ialah:
    1. Kedua-duanya sembuh
    2. Salah seorang sembuh
    3. Kedua-dua tidak sembuh.

    Kesembuhan adalah milik Allah dan akan diberikan kepada umatNya mengikut kehendakNya. Ini adalah asas akidah dalam Islam.

    Namun dalam rububiah Allah ada sunnatullah iaitu kelaziman. Kelaziman minum air hilang dahaga. Hilang dahaga dari usaha minum seorang manusia bukan kemestian tetapi adalah bergantung kepada kehendak Allah. Seseorang mungkin tidak dahaga walau tidak minum dua hari dan seseorang mungkin tidak hilang dahaga selepas minum air 3 Liter sebagaimana orang India yang mampu meneguk beer hingga 6 botol besar. Allah tidak berikan kepada mereka ini nikmat hilang haus kerana mereka melakukan sesuatu kemungkaran.

    Makan kubis keluar keputihan adalah kelaziman (sunnatullah) dan bukan kemestian. Segalanya bergantung kepada Allah sebagai tuan yang berhak mengatur segalanya di dalam dunia. Kia boleh berusaha dan menjangkakan apa yang insya-Allah bakal berlaku berdasarkan sunnatullah ini.

    Kembali kepada persoalan pokok yang ditanya halyfa, Ayat Kursi memang sebahagian dari Al Quran. Al Quran diturunkan Allah kepada manusia sebagai rahmat yang besar untuk kita baca, fahami dan mengamalkannya. Al Quran juga dinyatakan dalam Al Quran boleh digunakan sebagai perubatan (seolah-olah macam panadol di atas). Namun kalau kita membaca Ayat Kursi dengan niat / iktikad bahawa ayat Kursi ini mempunyai kekuatan tertentu serta keupayaan tertentu seperti boleh menghalau syaitan maka ia sudah merosak akidah.

    Dalam kes panadol, makan ubat adalah usaha untuk merawat penyakit. Selepas makan panadol, berdoa semoga Allah pulihkan kerana hanya Allah yang berupaya memulihkan. Ini adalah betul.

    Dalam kes ayat Kursi, baca Ayat Kursi seperti sebelum tidur adalah satu sunnah Nabi. Bacalah kerana ia sunnah Nabi dan sebagai satu usaha. Selepas membacanya berdoalah semoga Allah (bukan ayat Kursi) melindungi diri kita dari gangguan syaitan sewaktu tidur. Ini adalah wajar dan sepatutnya.

    Sila baca artikel yang diterbitkan pada 17 Mac 2007 bertajuk INGAT ALLAH DAPAT RAHMAT, INGAT AYAT KURSI AZAB BERTAMBAH http://emjayjb.multiply.com/journal/item/76 dan baca juga artikel 26 Feb bertajuk Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi be

    ReplyDelete
  4. Poskan kepada saya untuk dilupuskan

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Asas akidah apenyer?
    pandai sangat ke ko nie emjay?
    Dah terang2 salah ape yang ko buat tu,
    buat ape nak lupuskan ayat kursi?

    lebih baik simpan jer.
    Sy ada asa akidah.cuba saudara emjay story skit
    kenapa perlu di lupuskan ayat kursi tu..

    ReplyDelete
  6. secara mudahnya dan asasnya..
    kita cuma perlu membetulkan akidah kita
    percaya kepada Allah semata2..
    xboleh kita tersaksum kepada ayat2 xkira la ayat kursi ke ayat mana.

    ReplyDelete
  7. Sdr tristripes

    Jikalau kita tidak dapat menjadi pembantu, janganlah pula kita menjadi perosak!!

    Jikalau dengan menyimpan ayat Kursi tersebut menjadikan seseorang syirik, mengapa perlu disimpan lagi? Adakah dengan terus menyimpan ayat Kursi ini dapat memulihkan akidah orang ini??

    Apa lah kau ni tristripes!

    Emjay

    ReplyDelete
  8. Siapa sebenarnya perosak?.Jangan kerana seekor nyamuk, kelambu dibakarnya. Simpan ayat kursi tak salah tapi biar kena pada tempatnya. Lebih2 lagi menjaga kesucian ayat2 AQ. Apa salahnya ayat kursi tersebut sampai nak dilupuskan? Alihkan ke tempat lain atau simpan sahaja di tempat lain. Lebih mudah tak perlu susah payah lupus. Soal pulih atau tidak bukan persoalannya tetapi kita bukan tuhan nak menentukan ayat kursi tersebut dapat memulihkan akidah atau tidak. Kita yang nak berdakwah mesti ada kebijaksanaan bukan kejahilan. Kelak bertambah jahil lagi.Ingatlah ayat kursi itu diturunkan untuk kegunaan umat Islam. Bila tidak dihargai dengan pelbagai tomahan tunggulah janji2 Allah s.w.t pasti benar pada pendusta tentang ayat AQ. Na'uzubillahi mink zalik.

    ReplyDelete