Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Sunday, 5 November 2006

Akidah Bahagian 6



Berzanji


Pengertian Berzanji ialah sebuah kitab kumpulan sajak karya penyair Abu Jaafar Al Barzanji yang dilahirkan dari negeri Barzanj. Membaca kitab ini tidak ada salahnya hatta membaca kitab Veda orang hindu atau kitab agama orang kristian sekarang. Ia hanya bersalah apabila mengamalkan ajaran yang salah
tersebut.

            Kumpulan sajak puji-pujian yang melampaui terhadap diri Rasullullah SAW bahkan banyak cerita yang dinukilkan di sekitar kelahiran Rasulullah SAW yang tidak ketahuan dari mana sumbernya. Hal ini dapat difahami kerana Abu Jaafar adalah seorang penyair yang sebelum memeluk Islam adalah penganut Kristian yang sangat-sangat mengagungkan Nabi Isa.

            Ketika Salahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Islam (lebih dari 500 hijrah) sedang menghadapi angkatan perang Salib yang diketuai oleh Richard the Lion Heart yang sedang meraikan hari Natal, maka diadakan sayembara menulis sajak-sajak pujian kepada Rasulullah SAW untuk dibacakan pada hari mengingati kelahiran Nabi buat pertama kalinya. Sayembara ini dimenangi oleh Abu Jaafar dan karyanya dideklamasikan.

            Sebelum ini tidak ada seorang pun di kalangan sahabat Rasulullah dan Tabiin yang berani menyambut hari kelahiran Nabi SAW. Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz telah menyatakan:

“Tidak boleh mengadakan pesta ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW dan
juga ulang tahun lainnya, kerana yang demikian itu adalah perbuatan bidaah yang
bukan di dalam agama. Kerana Rasulullah SAW tiada melakukan demikian juga para
Khulafa Ur Rasyidin dan lain-lain di kalangan sahabat  serta para Tabiin yang terkenal. Mereka semua
adalah orang-orang yang lebih tahu tentang sunnah dan paling sempurna kecintaan
mereka kepada Rasulullah SAW dan pengalamannya dalam mengikuti syariat
dibanding dengan orang-orang sesudah mereka itu”

            Kitab berzanji bercampur baur dengan kata-kata yang mendewakan rasul lalu menaikkan taraf rasul sebagai hamba Allah kepada tahap yang sama tinggi dengan Allah. Mari kita sorot beberapa petikan
terjemahan daripada kitab berzanji :


1.     “Salam sejahtera untuk mu wahai penghapus dosa, salam sejahtera untukmu wahai naungan
dan tujuan”


2.     “Dikaulah Penutup para Rasul. Dikaulah limpahan syukur bagi Tuhan Al Maula. Hamba yang
miskin berharap akan limpahan kebaikan mu yang pengampun. Pada mu aku berbaik sangka wahai penggembira, wahai pengingat. Maka tolonglah aku dan lindungi aku wahai pelindung dari seksa neraka sair”

            Seterusnya Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz telah berkata;


“Dan telah terjadi yang lebih hebat dari itu, iaitu kemusyrikan yang terbesar. Dan yang demikian
itu disebabkan kerana meningi-ninggikan secara berlebihan Rasullah SAW atau lain-lainnya dari kalangan para wali dan berdoa kepadanya dan mohon perlindungan dari bala dengannya, mohon bantuan serta iktikadnya, dia mengetahui yang ghaib dan lain-lain dari hal kekafiran yang mereka beramai-ramai melakukannya dari kebanyakan orang ketika merayakan maulid Nabi SAW dan
selainnya dari yang mereka beri nama dengan wali-wali.


No comments:

Post a Comment