Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday, 4 November 2006

Sayang benor dengan tangkalnya




Berbagai tangkal



SAYANG BENOR DENGAN TANGKALNYA!

Mak Nah adalah panggilan untuk makcik yang saya kenali. Mak Nah tinggal bersama suaminya seorang pesarakerajaan. Kedua-dua suami isteri ini sudah berumur lebih dari 70 tahun. Umur kedua orang tua ini lebih tua dari umur ibu ayah saya.

Mak Nah mempunyai ramai anak, lebih dari sepuluh orang. Antara anak-anak beliau seorang daripadanya saya namakan Muiz tinggal bekerja di Kelantan. Seorang cucu lelaki yang saya namakan sebagai Ahmat saja adalah anak kepada Muiz dan dibela oleh Mak Nah dan suaminya. Semenjak kecil lagi Ahmat dibawa bersama Datoknya ke surau dan masjid untuk sama bersembahyang. Pada usia hampir 10 tahun, Ahmat pernah azan disurau tersebut. Pendek kata kalau melihat perilaku Ahmat ini memang menunjukkan bakal tokoh seorang ustaz. 

Dengan ketentuan dari Allah cucu bernama Ahmat ini telah kemalangan dilanggar kereta dan cedera agak parah. Selepas kemalangan ini Ahmat diambil semula oleh kedua ibubapanya. Selepas beberapa tahun Ahmat yang lebih selesa tinggal dengan nenek dan datoknya balik semula tinggal bersama Mak Nah. Nenek dan datok mana yang tidak sayang cucunya. 

Selepas UPSR, demi untuk mendidik Ahmat menjadi seorang pemuda yang berakhlak dan beragama, Mak Nah lalu mengorbankan wang ringgit untuk menghantarkan Ahmat belajar agama di sekolah Pondok di Negeri Sembilan. Bukan sedikit wang yang habis dibelanjakan untuk pendaftaran dan yuran pengajian dan yuran asrama bagi Ahmat. Sesampainya Ahmat di sekolah pondok ini, dia sudah mula buat hal. Namun Mak Nah dan suaminya terus meninggalkan Ahmat di sekolah pondok ini kerana pada tanggapannya, kelakuan Ahmat ini adalah biasa bagi pelajar baru seperti Ahmat.

Mak Nah meninggalkan Ahmat di sekolah pondok dengan seribu harapan agar Ahmat kelak menjadi orang yang berguna di sisi agama Islam. Namun harapan tinggal harapan sahaja kerana apabila selepas beberapa hari Mak Nah menerima panggilan telefon dari sekolah pondok Ahmat menceritakan bagaimana Ahmat melakukan perkara yang pelik-pelik dan mengalami gangguan seperti orang kena histeria. Mak Nah dan suaminya lalu bergegas menyewa teksi pergi ke sekolah Ahmat di Negeri Sembilan. Melihatkan keadaan Amat yang menyedihkan lalu Mak Nah dan suaminya membuat keputusan untuk membawa balik Amat ke kampung. Setibanya ke kampung Ahmat menjadi elok semula. Oleh kerana Ahmat memang tidak berminat untuk belajar semula di sekolah pondok tersebut, lalu ia memberikan seribu satu alasan agar ia tidak dihantar semula belajar ke sekolah tersebut. Hancur leburlah harapan Mak Nah dan suaminya. Harapan melihat Ahmat menjadi ustaz tidak kesampaian. Pada usia muda di mana rakan sebaya Ahmat sedang bersekolah di tingkatan tiga, Ahmat kini tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar di kawasan sekitar daerah kediaman Mak Nah.

Sewaktu Mak Nah merujukkan cerita Ahmat ini kepada saya, saya mengambil kesempatan untuk mengorek sejarah Ahmat ini. Mak Nah ada menceritakan bahawa semasa Ahmat kemalangan dahulu memang Ahmat ada dibawa berjumpa bomoh dan bomoh ada memberikan tangkal untuk disimpan oleh Ahmat. Sewaktu Ahmat balik mengikut ayah ibunya, Ahmat ada juga dibawa untuk bertemu bomoh dan ada tangkal yang diberikan untuk simpanan Ahmat. Setelah menasihati Mak Nah, saya ada mengatakan bahawa menyimpan tangkal ini adalah menyalahi agama dan Mak Nah seperti benar-benar faham, berjanji akan mencari tangkal tersebut untuk diserahkan kepada saya untuk dilupuskan. Namun hingga sekarang, janji tinggal janji dan tangkal masih belum diserahkan kepada saya. Pada kebiasaannya di saat umur tua melebihi tujuh puluhan, memang ramai orang tua seperti Mak Nah merasakan adat kebiasaan berjumpa bomoh dan menyimpan tangkal adalah semacam satu adat yang diredahi Allah. Jadi untuk mengubah tanggapan yang salah ini, satu tempuh waktu yang panjang adalah diperlukan untuk buat satu 'turnover' agar Mak Nah benar-benar faham dan kukuh agar meninggalkan kerja syirik yang berat hukumannya di sisi Allah. Saya masih belum berjaya melakukan 'turnover' ke atas Mak Nah.

Akibat penyimpanan tangkal dan azimat oleh Ahmat cucu Mak Nah ini, sifat-sifat Ahmat kian berubah. Jikalau dahulu Ahmat sering azan maghrib di surau, kini hanya tinggal kenangan sahaja. Syaitan pada tangkal dan azimat tersebut semakin hari semakin berdamping rapat dengan Ahmat. Syaitan inilah yang setiap saat membisikkan kepada Ahmat agar kelakuannya menjauhi agama Islam. Semakin hari hubungan syaitan dan Ahmat semakin rapat dan seolah-olah tidak akan berpisah lagi buat selama-lamanya. Syaitan inilah yang mempengaruhi Ahmat supaya benci kepada sekolah agama pondok di Negeri Sembilan dahulu. Syaitan juga mempengaruhi diri Ahmat dengan secara melampau hingga Ahmat hilang fikiran dan mengalami histeria. Manakan sanggup syaitan dalam diri Ahmat untuk terus tinggal di sekolah agama pondok tersebut. Setiap masa syaitan seperti terpukul apabila mendengar azan dan ayat-ayat Allah. Kalau Ahmat menjadi baik di sekolah ini dan menjadi ustaz, sudah pasti Ahmat akan membuang tangkal dan azimatnya dan sedihlah syaitan kerana ia akan kehilangan satu sahabat karib bernama 'Ahmat'.

Ahmat dirasuk syaitan setiap masa dan waktu dan klimaksnya adalah sewaktu berada di sekolah agama pondok kerana perlindungan Allah ke atas Ahmat telah ditarik balik kerana Ahmat melakukan syirik yang besar lalu Ahmat terdedah dengan godaan dan permainan dari syaitan laknatullah. Elakkan diri kita dari berjumpa bomoh dan menyimpan tangkal dan azimat kerana ini hanya akan menjadikan diri kita syirik  kerana menyekutukan Allah dan mulai dari saat tersebut, Allah tidak akan memberikan perlindunganNya kepada kita. Pohonlah sentiasa doa terus kepadaNya disamping mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya. Tuhan pasti akan melindungi kita. InsyaAllah.


Pengajaran dari kisah kali ini ialah:

1.    Gangguan syaitan melalui perangai yang pelik dan histeria adalah antara puncanya adalah disebabkan menyimpan dan mengutip tangkal.

2.    Syaitan yang menjadi pendamping pada tangkal azimat ini akan menjauhkan diri seseorang itu dari jalan Islam yang sebenar apatah lagi kalau nak jadi ustaz, macam jauh panggang dari api.

3.   
Sekolah pondok berteraskan Islam di atas sudah tidak mampu lagi menangani kes gangguan histeria di kalangan pelajar islam mereka. Banyak sekolah agama lain yang saya sangat kenal juga sudah tidak mampu menangani dan membanteras gejala histeria ini. (Ada setengah sekolah agama akhirnya memanggil bomoh untuk menangani sebahagian kawasan sekolahnya yang dianggap “keras”).


Sekian buat kali ini.

Wallahua'lam, Wassalam.


Dan email saya di emjayjb@gmail.com


Emjay.


6 comments:

  1. mj ni,tunjukkan lah muka tu. Takkan takut kot,awak kata haron din sesat sebab pakai selawat tafjiriyyah. Dia berani kata benar,awak kata selawat tafjitiyyah sesat tapi takut nak tunjuk muka...Berani kerana benar,takut kerana penakut......

    ReplyDelete
  2. mj ni kan wahabi,biasalah .wahabi kan terkenal menghukum org lain tak betul macam menkafirkan pejuang hizbullah dan menharamkan daripada menolong mereka(rujuk fatwa al-baz) tapi kalau tolong amerika takpe sebab amerika baik.heheheeh

    ReplyDelete
  3. apa kata ustad tolong Islam dari difitnah... di faithfreedom.org ..banyak fitnah dilontarkan disitu.. ita perlu bantuan dari segi intelek

    ReplyDelete
  4. orang2 yg kat atas tu sume old skool...jgn ckp wahabi jika tak tahu sejarah sebenar..emang susah nak masuk syurga tapi senang banget masuk neraka.....jgn ingat bila profile hafiz besar dan ustaz besar dia btol sokmo..org2 yg beginilah yg banyak kelirukan umat Islam dgn pangkat yg lawa tapi sebenarnya........................banyak menambah dan mengadakan apa Nabi Muhammad SAW ta pernah bikin pun...sesat la tuh...hati2 bro, kita jangan sampai melangkaui baginda Rasulullulah sebab Al-quran tu turun pd Nabi, tp Baginda tak buat bukan2 yg mcm Pusat D**** S***A tuh...check this out....

    ReplyDelete