Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday 7 November 2006

Bolehkah bersolek nipis ke tempat kerja? Sekadar bedak dan sedikit gincu?

Bolehkah bersolek nipis ke tempat kerja? Sekadar bedak dan sedikit gincu?

Jawapan dari  Ustaz Zainudin Hashim.

Soalan:

Saya seorang wanita yang bekerja, saya ingin bertanya mengenai hukum wanita bersolek yang agak tidak tebal, iaitu dengan mengenakan sedikit bedak dan gincu.

Ada teman yang menegaskan bahawa haram hukumnya bagi saya berbuat demikian sedangkan niat saya saya sekadar tidak mahu wajah kelihatan pucat, boleh pihak ustaz huraikan perkara itu?

Jawaban: Islam yang dibawa oleh junjungan agung Nabi Muhammad SAW merupakan satu-satu agama yang menitik beratkan persoalan hubungan manusia dengan Penciptanya, malah ia diperakui sebagai agama yang menaikkan kedudukan wanita dibandingkan dengan fahaman aliran Jahiliyyah di zaman baginda. Tiap-tiap perintah atau larangan terdapat hikmah sama ada dapat dicapai atau sebaliknya. 

Tentang persoalan yang saudari ajukan, pertama sekali kita perlu kembali kepada konsep bekerja buat wanita menurut pandangan Islam, apakah kaum Hawa ini diberi kelonggaran untuk keluar rumah bekerja atau sebaliknya?

Kalau dilihat kepada ayat 33 surah al-Ahzab, dengan jelas Allah SWT menegaskan bahawa kaum wanita diarahkan menetap di rumah dan dilarang berhias diri atau bersolek yang akan mengundang pelbagai fitnah. Namun para Ulamak fiqh telah membahaskan ayat di atas dan membuat beberapa pendekatan, para wanita Islam (muslimah) dibenarkan keluar rumah untuk bekerja atau kerana beberapa keperluan harian dengan beberapa syarat yang mesti dijaga dengan baik. Jika salah satu syarat daripada al-Quran dan Sunnah baginda itu tidak dapat dipenuhi, maka  seseorang muslimah itu perlu mengekalkan hukum untuk menetap di rumah.

Pertama: Dalam ayat 33 surah al-Ahzab di atas dengan jelas dan terang Allah SWT memerintahkan muslimah tidak bersolek ketika keluar rumah dengan apa pun alasan sama ada untuk bekerja atau yang lain. Perlu diingat bahawa seorang isteri hanya dibenarkan bersolek untuk suaminya hanya di rumah, bukannya di luar rumah apatah lagi berlainan pejabat, kerana dia (muslimah) terdedah kepada pandangan umum yang boleh jatuh kepada fitnah yang tidak terduga.

Bersolek adalah amalan wanita zaman Jahiliah seperti diberitahu oleh Allah dalam ayat tersebut, ukuran bersolek tidak kira tebal atau nipis, kalau sekadar memakai bedak masih boleh diterima bagi mengelak kulit muka dari berminyak.

Kedua: Seorang muslimah diwajibkan menutup kepalanya dengan hijab (tudung kepala), kerana pemakaian hijab adalah perintah secara langsung daripada Allah dan bukannya cadangan Nabi Muhammad SAW atau pandangan serta ijtihad para Fuqaha' (ahli-ahli fiqh seperti Imam-Imam Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali dan lain-lain).

Hal ini telah disebut dalam ayat 31 surah an-Nur dan ayat 59 surah al-Ahzab, di mana Allah SWT memerintahkan kaum muslimat memakai hijab (tudung kepala) hingga di bawah perhiasan mereka. Menafikan kewajiban memakai hijab adalah satu perbuatan mungkar di sisi Allah yang boleh menjejas aqidah.

Ketiga: Rulullah SAW  melarang muslimah keluar dengan mengenakan wangi-wangian seperti mana yang pernah berlaku di zaman Baginda, ada seorang wanita keluar rumah untuk memunaikan solat jemaah, tiba-tiba baginda terhidu bau wangi, maka salah seorang sahabat mengkhabarkan kepada baginda bahawa yang mengenakan wangian itu adalah seorang muslimah, dan wanita itu diperintahkan agar pulang ke rumah walau pun alasannya untuk menunaikan solat.

Keempat: Larangan Rasulullah SAW kepada kaum muslimah agar memakai pakaian yang sempurna dengan tidak memakai pakaian yang terlalu ketat hingga kelihatan bentuk tubuh badan, nipis, singkat dan jarang, kerana dalam hal ini Rasulullah ada menegaskan bahawa mereka yang memakai pakaian seperti itu bagaikan bertelanjang walaupun memakai pakaian.

Maka, untuk muslimah yang keluar bekerja, jagalah batas-batas ini. Jangan bersolek, memakai hijab (tudung kepala), tidak mengenakan pakaian singkat, nipis, ketat dan jarang.

24 comments:

  1. asalamulaikum,saya ingin bertanya jika sekadar memakai mascara dan bedak biasa adakah dibolehkan?sekian t.kasih

    ReplyDelete
  2. Allah mengharamkan segala jenis bahan yang boleh MENARIK PERHATIAN ORANG kepada wanita atau dalam bahasa lain perhiasan. Perhiasan wanita yang paling cantik adalah auratnya terutama betis, dada, rambut dan bentuk badan wanita. Perhiasan yang diharamkan orang perempuan menggunakan bagi dipertontonkan kepada bukan muhrimnya termasuk emas, perak, kristal, gincu, eye shadow, celak, pemutih kulit muka, pelembab pipi, pelembab bibir dsb.

    Setiap orang wanita tanpa disedari atau dengan kesedaran menggunakan perhiasan untuk menarik perhatian orang ke arah mereka dan inilah yang Islam cuba elakkan. Mascara sewaktu memakainya, sama ada sedar atau tidak disedari adalah juga perhiasan yang berfungsi menarik perhatian orang kepada pemakainya. Bedak juga digunakan oleh orang perempuan agar kelihatan "presentable" atau lebih cantik atau mudahnya MENARIK PERHATIAN ORANG. Maka hukumnya adalah tetap sama.

    Ia sama seperti dalam situasi menggunakan wangian oleh wanita bila keluar dari rumah. Sama ada wangian tersebut dari minyak wangi, sabun, bedak, tisu paper wangi atau dari sebarang objek yang mengeluarkan bau yang wangi, maka hukumnya tetap sama iaitu diharamkan.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,bolehkah memakai sunblock?

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbh
    Sayang kulit muka sdr yang licin dan gebu yang bakal dirosakkan oleh sunblock. Kalau pakai sekali sekala waktu mandi laut masih kira ok tetapi kalau pakai tiap-tiap hari saya kira sebagai menghabis duit dan merosakkan kulit kerana bahan kimia di dalam sun block tersebut. Insya Allah bahan kimia ini akan merosakkan dalam tempuh kira-kira 10 tahun.

    WWassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  5. assalamulaikum

    Bolehkah bersolek ketika keluar berjalan bersama suami
    manakala bila sendirian tidak perlu bersolek.

    sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalam wbh

    Hukumnya sudah jelas di sini bahawa bersolek ketika keluar bersama suami adalah di larang. Memakai bauan ketika keluar bersama suami juga di larang.

    Bila bersendirian, buang masa tenaga dan bahan solekan sahaja kalau bersolek.

    Bersoleklah untuk suami di dalam rumah.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  7. semakin risau pula saya bila dah nak dekat hari majlis saya. ini kerana saya akan dimakeup oleh mak andam,siap facial sebelum makeup lagi, dengan menggunakan air batu... trim anak rambut dan kening awal-awal lagi saya dah tolak. pakai bulu mata palsu pun tengah kuatkan diri nak bermujahadah. tapi kalau tak pakai makeup langsung, takut orang mengata ibu bapa saya pula. Jadi saya nak tahu:
    - Apa niat yang betul untuk saya supaya tak jadi tabarruj dan sekaligus merosakkan hati saya dan menipiskan peluang saya dapat redha dan hidayah Allah?

    ReplyDelete
  8. Berjalan menongkah arus memangnya rumit dan berat sekali cabarannya. Itulah sebabnya orang yang hidup di zaman majoriti orang bagaikan jahiliah, jikalau dapat melaksanakan sunnah diberikan Allah SWT ganjaran yang besar sekali.

    Perbanyakkan doa dan solat sunat.

    Emjay

    ReplyDelete
  9. sy stju dgn artikel nie.. pd kaum wanita yg msh was2 nk tinggalkan lipstik n make up sume ni, nsht sy jgnlah ragu2... nikmat yg Allah berikan mmg menakjubkan.. ALHAMDULILLAH.. sy sblum ni pkai lip balm ke sekolah utk mngjar.. ada sorg ckgu senior laki nie mmg ska "main mata" ngn sy..smpai sy naik rimas n xnak terserempak langsung ngn ckgu ni..siap mcm2 plan ckgu ni bt utk ajak sy kluar.. Alhamdulillah..Allah slmtkn sy melalui nsht tn hj utk buang sume makeup.. slps sy tnggalkan lip balm sy je, mmg ckgu tu dah x pandang dan kcau sy lg... antra nkmt lain yg sy ingin kongsi adlh pelajar2 sy lbh m'hormati sy dan sy rsa lbh confident dlm mnyampaikan P&P..sy pn pelik nape kmenterian tekankan penampilan yg bersolek ke sekolah bg guru-guru. cikgu cikgi jgn trkjut klau anda dngr student pnggil anda ngn "cikgu lipstik menyala".. sbb sy prnh dgr sume tu dr student2 sy swaktu latihan mngajar lpas.. smga Allah memberkati tn hj yg menshtkn+mengingatkan sy tntng isu lipstik n makeup ni..

    ReplyDelete
  10. lg 1 sy nk share ngan anda semua terutamanya kaum wanita yang katenya da 'addicted' ngan lip balm ni, sbnarnya sume tu karut je.. sbb dlu pn sy rase mcm tu, tp sy amik inisiatif lain ngan minum air bnyak, shngga 3L shari.. ALHAMDULILLAH, tiada lg mslh bibir kering. tak payah nk pkai bnda2 yg terlarang, hanya dgn menggunakan air masak shj.. lip balm ni menambahkan parah je.. sbb yg pkai lip balm @ lipstik ni, sume mmg jrang mnum air, tkut lip balm @ lipstik tanggal.. sesungguhnya, tiap larangan Allah, ada sbbnya dlm menyelamatkan manusia.. tp nape kite msh nk persoalkan lg? fkir2kanlah sblum terlambat..

    ReplyDelete
  11. saya sangat setuju..kerana makeup ni sebenarnya byk ngat mengundang fitnah dan padah...saya memang nyesal sangat...walaupun tak makeup...tapi penah la gak ada niat...penah gak cuba - cuba nak melawa....tapi bila dah tau konsep tabarruj tu untuk suami sahaja...keinginan tu semua sy buang....Alhamdulillah suami pun mmg tak bagi saya makeup...katanya makin huduh...dan MEMBAZIR...

    YAKINLAH DENGAN CIPTAAN ALLAH...

    ReplyDelete
  12. Semoga Allah SWT merahmati lyna1976

    ReplyDelete
  13. ALHAMDULILLAH Ustaz..semenjak saya mengenali blog ustaz ini dan membaca tentang larangan bersolek ini, saya tidak lagi mengenakan apa2 di wajah saya. Pada mulanya susah jugak sebab tak biasa tapi alhamdulillah..sekarang saya dah biasa dan wajah saya tetap cantik tanpa benda2 tu..dan kawan2 tegur wajah saya nampak bersih..sebabnya..jerawat2 dah takde..sebab dulu jerawat rajin tumbuh sebab alat2 mekap nih..tapi yelah, muka saya nampak pucat sikit..tapi takpe..

    ReplyDelete
  14. Pucat kepada lelaki berhati kotor tetapi kalau saya melihatnya, itulah yang paling manis.

    Saya nak tanya soalan cepu mas, semenjak sudah tiada bermake up, adakah bertambah atau berkurang gangguan seksual di pejabat seperti orang mengusik tentang seks dsbnya??

    Semoga Allah SWT menambahkan rahmatNya kpd sdr dan ditetapkan imannya semoga tidak kembali bermake up


    Sekian wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  15. Erm..nak katakan gangguan seksual tu tak adalah sangat tapi rasanya lebih tenang sebab takde komen2 seperti "lipstik tu nampak tak matching dengan baju" " eye shadow tak kena la dengan lipstik" yang kadang2 mengganggu kita...

    ReplyDelete
  16. izan pun kat pej jarang sekali gunakan make up, klu ada pun sekadar bedak nipis, celak, pelembap bibir tanpa warna dan tak over2 shiningnyer kerana bibir terlalu lah kering.. rasa senang tak payah nak amik masa berjam2 make-up sebelum pg kerja, cuma tu lah, kadangkala kwn di pej kalau nmpk saya begini akan kata saya sakit la, muka sakit, muka pucat... macam lepas nangis la.. aduhhh haiii cobaan btull...

    ReplyDelete
  17. Cubaaannnnnnnnnn izan. Kena kuatkan semangat

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum ustaz..jika bercelak, adakah ketika mengambil wuduk atau mandi hadas, celak tersebut perlu dihilangkan dahulu?

    ReplyDelete
  19. Salam tuan. Jzkk for the interesting article.
    Teruskan dakwah di alam siber.....

    ReplyDelete
  20. Ustaz, saya nak bertanya.

    Saya rasa naturally Allah dah jadikan sy ni cantik dah tapi masalahnya suami saya tak suka kalau saya keluar dgn dia tak pakai mekap, dia kata saya ni pemalas nak jaga ketrampilan diri. Yang saya pula mcm tersepit antara tak nak mekap dgn suruhan suami.

    Saya pernah bagitau dia tak elok isteri mekap bila keluar rumah, akhirnya dia mengalah bila saya kata itu hukum agama bkn saya pandai2 buat alasan. Skrg bila keluar rumah dia tak bising lagi tapi muka di masam mencuka kerana tak happy. Kdg2 dia ckp malu dgn kawan2 bila keluar rumah coz isteri dia tak cantik dan nampak kusam.

    Lagi satu, bila saya pakai mekap kat rumah dia kata saya membazir masa dan buat benda tak kena tempat. Sebab bukan nak pergi mana2 jadi buat apa mekap.

    Aduh, pening kepala kdg2 tu.

    Apa pendapat ustaz tentang perkara ni supaya saya dapat menjalankan perintah Allah dan pada masa yang sama dapat menggembirakan hati suami saya.

    ReplyDelete
  21. Tidak beriman kamu sehingga kamu mencintai Allah SWT dan rasulNya lebih daripada kamu mencintai sesiapa pun termasuk suami.

    Dengan itu walau suami sdr jahil insyaAllah keluarga sdr diberikan pelbagai rahmat dari Allah SWT. Ada orang macam artis tu bila keluar rumah dengan suami habis bergaya dan bermake up tetapi tup tup lepas setahun kena cerai juga.

    Biarkanlah kerenah suami jahil tu. Doakanlah dia agar diberikan taufik hidayah dengan segera.

    Semoga Allah SWT memberikan rahmat berkat kepada sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  22. Salam ustaz. saya nak tanya boleh ke x wanita kluar bekerja guna bedak nipis & celak jer? kan celak tu adalah sunah nabi?

    ReplyDelete
  23. Buat para wanita yg menguatkn smangat mengamalkan tabarruj, smoga sebesar-besar rahmat buat puan-puan smua. Saya seorang lelaki, beristeri.. dan tau sukarnya dalam menbawa isteri ke dalam sbagaimana puan-puan smua amalkan.. Sungguh terharu berair mata saya mbaca kesungguhan puan-puan semua, beruntunglah sunggah suami puan-puan smua! Smoga suatu hari nanti isteri saya mendapat hidayah sbagaimana puan-puan smua, insy'allah.

    ReplyDelete