Perhiasan bagi perempuan – satu kisah dan tauladan.
Banyak ayat di dalam Al Quran selain ayat An Nahl : 14 berikut yang menggalakkan menggunakan perhiasan yang diberikan oleh Allah sama ada yang terdapat di lautan atau di daratan.
Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur. An Nahl –14
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
Allah menciptakan berbagai makanan untuk manusia tetapi adakah semua makanan boleh dimakan ? Begitulah juga dengan Allah sukakan yang cantik dan menggalakkan umatnya berhias termasuk lah wanita tetapi wanita tidak boleh menghias diri sewenang-wenang untuk tatapan semua orang. Dengan itu Allah telah menurunkan An Nuur ayat 31 berikut untuk dijadikan panduan sewajarnya untuk wanita berhias.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
1. Tidak dibenarkan perempuan memandang benda-benda yang haram seperti aurat lelaki dll.
2. Perempuan perlu melabuhkan tudung dari kepala untuk menutup leher dan belahan leher bajunya.
3. Perhiasan wanita tidak boleh ditunjukkan kepada orang lain kecuali :
a. Suami
b. Ibu bapa dan ibu bapa mertua.
c. Anak dan anak tiri.
d. Adik beradik
e. Anak saudara dari adik beradik mereka (bukan anak saudara dari adik beradik suami)
f. Hamba lelaki
g. Orang gaji lelaki yang di kasi atau sangat tua hingga tiada keinginan kepada perempuan.
h. Kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.
i. Memakai rantai kaki yang boleh menghasilkan bunyi seperti ada loceng sehingga diketahui orang lain bahawa wanita ini ada memakai barang perhiasan.
Mengapakah kini ramai orang perempuan sering diganggu sama ada di pejabat, pusat membeli belah, di simpang jalan atau di mana jua ? Wanita yang diganggu sering menyalahkan orang lelakilah yang gatal dan miang suka mengganggu orang perempuan tetapi mereka tak sedar janji ALLAH seperti dalam surah Al Ahzab ayat 59.
Dari ayat tersebut bolehlah dibuat rumusan bahawa seandainya wanita keluar dari rumah tanpa melabuhkan pakaiannya untuk menutup aurat, sudah pasti mereka akan diganggu oleh orang lelaki seperti yang dinyatakan Allah dalam surah tersebut.
Manusia bebas memilih (samada hendak keluar rumah menutup aurat atau tidak) tetapi ALLAH berhak memberikan balasan yang setimpal. Kalau keluar rumah menutup aurat dengan sempurna ALLAH akan melindungi wanita tersebut dari gangguan lelaki tetapi kalau hendak juga keluar rumah tanpa menutup aurat maka balasan dari Allah ialah gangguan dari lelaki.
Marilah kita lihat satu lagi ayat Allah yang menjelaskan Allah akan membalas setimpal dengan perbuatan kita. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa ada kalanya lelaki yang jahat menaruh keinginan untuk mengganggu wanita ? Mari kita perhatikan surah Al Ahzab ayat 32.
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
Ayat diatas jelas menyatakan bahawa kalau seorang wanita berkata-kata dengan cara yang mengada-ngada, lembut manja, atau miang menggatal, sudah pastilah akan timbul keinginan pada setiap lelaki samada yang baik apatah lagi yang jahat untuk menggangu wanita tersebut. Seandainya gangguan lelaki tersebut berbalas seperti yang dikehendaki olehnya, sudah pasti lelaki tersebut menyangka bahawa perempuan tersebut memberikan respon yang sesuai dan lelaki ini pasti akan mengganggu terus menerus hingga hajat dihatinya tercapai. Allah sahajalah dan kebanyakan lelaki memang tahu apa yang dihajati oleh lelaki apabila mereka mengganggu perempuan.
Mari kita lihat kes sebenar sebagai satu iktibar..
Utusan Malaysia 21 Mac 2001 menceritakan seorang wanita bernama Rubiyah Togi berumur 38 yang bertugas di Pejabat Tanah dan Daerah Seremban mendakwa mengalami gangguan seksual dari pegawai atasannya. Setelah kesnya didedahkan di akhbar, beberapa minggu selepas itu, berdasarkan laporan Utusan Malaysia 15 April 2001, Rubiyah Togi mendakwa bahawa beliau telah dianiaya oleh pegawai atasannya dengan memindahkan tempat bekerja beliau dari Seremban ke Jempol yang terletak kira-kira 80 kilometer dari rumahnya di Seremban.
Sepintas lalu selepas membaca laporan akbar ini, mungkin timbul rasa belas kasihan kita kepada Rubiyah Togi yang seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Namun demikian janganlah kita juga tersilap mebuat satu keputusan menyebelahi Rubiyah Togi. Allah selalu mengingatkan manusia supaya jangan menganiaya diri sendiri tetapi ramai manusia tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah atau sedang menganiaya diri sendiri.
Berbalik kepada kes Rubiyah Togi, apakah kesilapan yang telah membawa kepada musibah dari Allah seperti ayat 32 dan 59 surah Al Ahzab diatas ?. Apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh Rubiyah Togi berdasarkan kedua dua laporan akhbar tersebut ?. Apa yang saya boleh senaraikan mengenai kesalahan Rubiyah Togi ialah seperti berikut :
- Berhias untuk orang yang tidak sepatutnya seperti memakai
· Gincu (lipstick).
· Celak.
· “Eye shadow”.
Yang lainnya tidak boleh dipastikan dari gambarnya sama ada memakai pelembab dan krim muka lainnya.
- Tidak menutup aurat dengan mendedahkan dadanya dari laporan akhbar kedua.
- Memakai perhiasan (satu rantai emas dan satu lagi rantai hitam) untuk tontonan semua orang.
Perbuatan baik Allah balas dengan kebaikan dan perbuatan buruk Allah balas dengan keburukan (musibah). Allah menerangkan melalui An Nisaak ayat 111 dan ayat lain seperti Taha ayat 124.
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Jelaslah di sini Rubiyah telah diberikan penghidupan yang perit (Taha : 124) seperti diganggu seksualnya oleh pegawai-pegawai atasannya dan kini keperitan hidupnya bertambah selepas dipindahkan ke Jempol yang terletak 80 kilometer dari rumah, suami dan anak-anaknya. Keperitan hidup atau bala bencana yang sedang menimpa Rubiyah ini insya Allah tidak akan terhenti malahan bertambah dari sehari ke sehari selagi Rubiyah terus melakukan maksiat ke atas larangan Allah tersebut.
Ambillah iktibar dari kisah salah seorang pelajar saya ini. Mas Idayu (bukan nama sebenar adalah salah seorang pelajar saya pada tahun 2000. Sebagaimana biasa, saya suka menyampai seruan Allah agar pelajar perempuan menutup aurat dengan sempurna dan jangan menggunakan “make up” seperti gincu. Buat pertama kali dalam sejarah hidup saya, itulah kali pertama semua pelajar perempuan termasuk yang bukan Islam mengubah gaya hidup dengan tidak lagi ber”make up” dan bergincu termasuklah Mas Idayu.
Mas Idayu telah pun bersuami dan mempunyai seorang anak berumur lebih setahun waktu itu. Mas Idayu bukanlah seorang perempuan yang cantik malahan saya mengkategorikannya sebagai “normal average girl”.
Pada penghujung semester ketika Mas Idayu menemui saya untuk membincangkan soal akademik, saya mengambil kesempatan bertanya sebarang pengalamannya sepanjang menjadi pelajar saya. Mas Idayu dengan nada gembira menyatakan bahawa selepas beliau tidak lagi ber “make up” dan bergincu, tidak ada lagi gangguan orang lelaki keatasnya. Sebelum ini kerap orang lelaki mengganggunya termasuklah ajak berkahwin (walau pun telah bersuami), keluar malam dan keluar makan bersama.
Seorang pelajar lain pula Aniza (bukan nama sebenar) pada tahun 2000 sering bila bertemu saya menyatakan rasa meluat dengan gangguan pelajar lelaki yang suka memandang, mengusik dan mendampinginya. Berbanding dengan Mas Idayu, Aniza memanglah cantik menarik, berkulit putih dan kulit pipi yang halus. Aniza ada memakai subang perak di hidungnya (seperti orang india). Setelah dinasihati, Aniza telah menyerahkan subang perak kepada saya. Pada perjumpaan di hujung semester tersebut, Aniza telah menyatakan gembiranya kerana tidak lagi diganggu oleh lelaki seperti sebelumnya.
Marilah kita mendoakan Rubiyah Togi semoga menginsafi kesalahannya dan balik ke pangkal jalan dengan meninggalkan larangan Allah kerana ini sahajalah yang bakal menjanjikan kebahagian Rubiyah Togi di Dunia dan di akhirat.
Dari kisah musibah yang menimpa Rubiyah Togi serta Mas Idayu dan Aniza, marilah kita mengambil iktibar dengan mengawasi isteri, anak, saudara mara serta sahabat handai semoga tidak mengulangi kesilapan mereka kerana kelak kita akan menerima musibah yang hampir sama.
Nota : Persoalan mengenai Rubiyah Togi hangat dibincangkan hingga melibatkan menteri besar Negeri Sembilan dan oleh Dato’ Rais Yatim. Sila rujuk Utusan Malaysia 17 dan 18 April 2001.
sikap suka menyalahkan orang lain sebelum menilai diri sendiri adalah satu sikap yang sangat tak patut....saya menasihatkan diri saya sendiri agar sentiasa muhasabah diri diatas setiap apa yang terjadi pada diri kita..InsyaAllah
ReplyDeleteassalamualaikum...sekadar bertanya..bolehkah kita menceritakan aib orang lain secara umum?walaupun untuk pengajaran..? sekadar ingin tahu dan ilmu..kalau boleh..saya ingin tahu juga hujahnya..kerana pernah ditegur sebelum ini kerana menceritakan kisah pengajaran orang lain yang dikatakan tidak dibenarkan dalam islam ,membuka aib orang lain..harap ustaz dapat membantu memberikan jawapannya,..terima kasih..
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteDalam bab ini, ada yang dibenarkan dan ada yang dilarang. Nasnya, lihatlah bagaimana Abu Lahab sendiri namanya dimasukkan dalam al Quran. Firaun juga begitu, Tsaklabah juga begitu.
Rubiah Togi ini sudah jadi bahan bacaan umum dan saya sekadar mengambil kesempatan ini untuk mengambil iktibar dari kisahnya. Sekiranya kes Rubiah tidak masuk dalam akhbar, adalah amat tidak wajar saya menyebut namanya dan memadailah dengan menggunakan nama Hamba Allah.
Emjay
oo..begitu..terima kasih ustaz..jazakallahu khoir..
ReplyDelete"Manusia bebas memilih (samada hendak keluar rumah menutup aurat atau tidak) tetapi ALLAH berhak memberikan balasan yang setimpal. Kalau keluar rumah menutup aurat dengan sempurna ALLAH akan melindungi wanita tersebut dari gangguan lelaki tetapi kalau hendak juga keluar rumah tanpa menutup aurat maka balasan dari Allah ialah gangguan dari lelaki" - dari petikan di atas ,
ReplyDeletepersoalannya , adakah kerana tak menutup aurat balasannya ialah gangguan dari lelaki?? Tolonglah perbetulkan ayat ini...ini akan menjadi salah tafsir bagi mereka yang baru hendak mengenali islam, apa akan jadi..jika seorg saudara baru yg memeluk islam, dia sudah menutup aurat..tetapi masih diganggu lelaki??? dirogol..diraba.. adakah dia akan menyalahkan ALLAH..atau saudara???? jika hendak bahas..bahas la dengan betul2..setiap kejadian ada hikmahnya..ALLAH menguji setiap umatnya..yang baik atau jahat..DIA yg menentukannya...
dulu saya mabeles dgn perhiasan dan apa2 pun pasal perhiasan wanita ni...tapi banyak mengheret ke kancah masalah yg tak diundang dan peningkan kepala, ...percayalah kaum hawa, apa yg Allah sebut tu sangat benar dan tinggalkanlah solek dan hias jika keluar rumah..jika masih degil, jangan salahkan Allah jika Allah beri azab atas sikap kita yg asik menentang suruhannya...
ReplyDeletebukankah tiap larangan Allah mengandungi hikmah yg besar? ..hanya kita yg terpedaya dgn godaan syaitan untuk hal itu...................
Alhamdulilah semoga Allah SWT memantapkan sdr
ReplyDeleteEmjay
macamana la tuan MJ ni...... kenapa pula mangsa gangguan seks yg dipersalahkan, sedangkan tuan MJ langsung tak menyalahkan pula pegawai atasan robiah togi ni kerana tak mampu mengekang nafsu.....hmmmm
ReplyDeleteharizant, harizant!!!!!
ReplyDeletedalam kes gangguan seks ini, memanglah pegawai atasan si Robiah ini memang menggatal. Persoalannya ialah mengapa staf wania lain tidak diganggu oleh pegawai atasan ini? Jawapannya ialah kerana staf wanita lain tidak melakukan kesalahan yang sama.
Kalau harizant seorang wanita berjalan seorang diri diwaktu malam dengan berpakaian menurut Islam dan tidak berhias dan memakai bauan, insyaAllah walaupun ramai lelaki gatal, anda tidak akan diusik kerana Allah SWT melindungi sdr sebagai janji Allah dalam Al Quran. Namun sekiranya sdr memakai mini skirt, insyaAllah ramai lelaki gatal dan tak gatal yang nak mengusik sdr.
Emjay