Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Thursday, 16 November 2006

BELITAN IBLIS DALAM AJARAN TARIQAT

BELITAN IBLIS DALAM AJARAN TARIQAT
Penulis: Dr Ehsaan Ilahi Dzahir

Buku ini mendedahkan kepincangan-kepincangan dalam dalam ajaran Tariqat. Kekacauan dalam tariqat adalah suatu yang pasti kerana sesuatu yang tidak bersumber dari Al-Quran dan sunnah pasti akan terpesong.

Dr Ehsaan Ilahi menyenaraikan dengan terperinci kesesatan dalam ajaran tariqat, bersumber dari ucapan dan tulisan pemuka-pemuka ajaran tariqat itu sendiri.

Pendedahan yang berani dari seorang pejuang Islam yang gigih dari benua kecil India ini, seorang yang mendapat syahid ketika sedang berjuang menegakkan kebenaran.

Buku kecil yang sarat dengan ilmu ini sepatutnya dimiliki oleh semua pencinta kebenaran . Berikut adalah petikan-petikan menarik dari buku tersebut (dengan sedikit ubahsuai) :


SIKAP MELAMPAU DAN KETERLALUAN PENGAMAL TARIQAT


Boleh dikatakan sebahagian besar orang sufi dan pengamal tariqat pasti berlebih-lebihan dalam melaparkan diri, meninggalkan perkara-perkara yang halal, semata-mata kerana itulah ajaran imam pembimbing mereka.

Sikap mereka yang berlebih-lebihan melakukan perintah-perintah Allah s.w.t. dan larangan-laranganNya, menghadap ke hadrat Allah s.w.t. dan RasulNya hingga mengharamkan apa yang dihalalkanNya.

Imam Malik selalu mengatakan secara berulang-ulang sebagaimana berikut:

"Sesuatu yang terbaik dalam agama adalah apa sahaja yang merupakan sunnah. Dan sesuatu yang paling buruk adalah perkara-perkara baru dalam agama yang tidak lain adalah bid'ah".

Asy-Syatibi memetik daripada ibnu Rawah dari Al-Hasan bahawa dia pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini:

"Tidaklah pelaku bid'ah meningkatkan ijtihad, puasa dan sembahyang, melainkan dia meningkatkan kejauhannya dari Allah".

Firman Allah swt kepada Ahli Kitab ;

"Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar"
(Surah An Nisa ayat 171)

Saya berani mengatakan seluruh muatan ajaran tasawuf dan perbuatan para pengamal tariqat itu bertentangan dengan manhaj di atas, tidak ada ittiba' (mengikuti Rasulullah s.a.w.) atau keadilan di dalamnya, namun yang ada adalah bid'ah, sikap berlebih-lebihan, 'keterlaluan' dan 'kepaderian' yang mereka ciptakan sendiri, tidak diperintahkan Allah s.w.t. kepada mereka, tidak diwajibkan Rasulullah s.a.w., tidak pernah diamalkan para sahabat atau kawan-kawan mereka atau murid-murid mereka atau murid-murid mereka yang mendapat petunjuk.

Tidak ada satu orang pun dari orang-orang soleh yang "menganggurkan" diri, atau lepas kawalan atau mengasingkan diri di bilik-bilik kecil atau tidak bekerja atau meningalkan sembahyang Jumaat atau meninggalkan sembahyang jemaah atau menempuh jalur-jalur khusus untuk tiba di hadrat Allah s.w.t. atau menjadikan sikap menyeksa diri dan keterlaluan sebagai taqarrub kepadaNya.

Tidak ada satu orang pun dari orang-orang soleh ini yang menjadikan sikap melaparkan diri dan menelanjangi diri sebagai jalan menuju keselamatan atau menjadi pengemis sebagai usaha menuju kepada keberhasilan, namun mereka adalah para peniaga, para petani, para usahawan dan penggembala kambing yang mencari rezeki halal, menghidupi anak-anak dan keluarga mereka dengan hasil kerja yang halal, memberikan makanan yang disenanginya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan perang.

Mereka mempunyai anak isteri, tanggungan, rumah dan kekayaan. Mereka mencari kurnia dari Allah s.w.t. kecuali orang orang yang tidak boleh bekerja, tidak berkuasa atas dirinya dan dipaksa. Meskipun begitu dia tetap berusaha keras, serius dan bersabar hingga Allah s.w.t. membuatnya kaya, kerana Dia Maha Pemberi rezeki dan Maha Kuat.

Ini sangat bertentangan dengan para pengamal tariqat yang membina jalan mereka di atas landasan sikap berlebih-lebihan dan keterlaluan. Jalan hidup mereka adalah menyengsarakan dan menyusahkan diri yang sama sekali tidak diperintahkan Allah s.w.t. dan tidak ada petunjuknya di dalam sunnah. Mereka menyalahi jalan Rasulullah s.a.w., manusia terbaik dan jalan para sahabat yang merupakan makhluk Allah pilihan dan wali-walinya.

Mereka menyatakan bahawa lapar adalah salah satu rukun dan tiang tasawuf. Seorang tokoh besar sufi berkata: "Sering lapar dengan cara yang syar'i adalah rukun terbesar tariqat, kerana sebagaimana Allah menjadikan rukun haji yang teragung adalah Arafah, maka para pengamal tariqat pencinta Allah menjadikan lapar sebagai puncak tariqat.

Orang sufi yang lain memetik dari Fariduddin Mas'ud yang berpulang ke rahmatullah pada tahun 664H bahawa dia berdiri di atas kedua kakinya di dunia sufi dalam masa dua puluh tahun tanpa duduk dan makan.

As-Sya'rani memetik daripada sebahagian Syeikh para pengamal tariqat bahawa dia pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini:
"Daging sebesar biji sawi itu mengeraskan hati dalam masa empat puluh hari".

Begitulah para pengamal tariqat. Mereka mengharamkan diri dari memakan makanan-makanan yang baik-baik dan menjauhkan diri daripadanya dengan alasan bahawa dengan berbuat seperti itu mereka akan dekat kepada Allah s.w.t. Bagaimana mungkin tindakan seperti itu boleh mendekatkan mereka kepadaNya?.

Hadis terbaik dalam hal ini ialah bahawa jika Rasulullah s.a.w. mempunyai makanan, baginda makan, minum dan bersyukur. Jika baginda tidak mempunyai apa yang boleh dimakan dan diminum, baginda bersabar. Baginda tidak menolak apa yang ada dan tidak membebani diri dengan sesuatu yang tidak ada. Sungguh indah apa yang ditulis Al-Hafiz Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah tentang petunjuk Rasulullah s.a.w. dalam hal makanan. Dia menulis :

"Petunjuk Rasulullah s.a.w. dalam makanan ialah bahawa baginda tidak menolak makanan yang ada dan tidak membebani diri dengan sesuatu yang tidak ada. Jika salah satu makanan dari makanan yang baik-baik dihidangkan kepada baginda, baginda memakannya kecuali jika baginda tidak begitu menyukainya maka baginda tidak memakannya tanpa mengharamkannya.

"Baginda tidak pernah sekali pun mencela makanan. Jika baginda tertarik kepada salah satu makanan, baginda memakannya. Jika tidak, baginda tidak memakannya, misalnya baginda tidak mahu memakan daging 'dhab' tanpa mengharamkan bagi umatnya, namun daging 'dhab' tersebut dimakan di hadapan baginda dan baginda melihatnya.

"Baginda memakan manisan, madu, - kedua-duanya paling disukai baginda - daging unta, kambing, ayam, daging burung Hubara, daging binatang liar, daging arnab, makanan laut, kurma masak, dan buah kurma. Baginda minum susu segar, susu campuran, tepung, madu dengan air, minuman rendaman dari kurma, dan sup dengan cuka yang dibuat dari susu.

"Baginda juga memakan timun dengan kurma masak, mentega, kurma dengan roti, kurma dengan cuka, roti dengan daging, roti dengan lemak, hati panggang, dendeng, labu yang dimasak, - baginda amat menyukainya - makanan yang direbus, keju, roti dengan minyak, tembikai dengan kurma masak, dan buah kurma dengan anggur - baginda juga amat menyukainya.

Baginda tidak menolak makanan yang baik-baik dan tidak membebani diri dengan makanan yang tidak ada, namun petunjuk baginda ialah makan apa yang tersedia dan jika tidak mempunyai makanan, baginda bersabar hingga baginda mengikat perutnya dengan batu kerana lapar dan baginda pernah melihat bulan sabit berganti tiga kali namun api tidak mengepul di rumah baginda.

Sebahagian daripada bentuk sikap 'keterlaluan' para pengamal tariqat dan sikap mereka yang menyusahkan diri ialah apa yang diriwayatkan Al-Ghazali bahawa Malik bin Dinar menderita sakit yang membuatnya berpulang ke rahmatullah. Dalam sakitnya, dia ingin madu dan susu untuk dimakan dengan roti panas.

Pembantunya pergi untuk mencari makanan yang diinginkan Malik bin Dinar dan tidak lama kemudian datang dengan membawa makanan yang dimaksud. Malik bin Dinar mengambil makanan tersebut dan melihatnya sebentar. Dia berkata: "Wahai diriku, engkau telah bersabar dalam masa tiga puluh tahun dan umurmu tinggal tersisa satu jam". Selesai berkata seperti itu, Malik bin Dinar membuang tempat makanan tersebut dari kedua tangannya dan menyabarkan diri hingga berpulang ke rahmatullah.

Adakah tindakan seperti itu termasuk ajaran agama, wahai hamba-hamba Allah? Adakah itu termasuk sikap zuhud yang mereka cari?.

Atas dasar itulah, para pengamal tariqat meninggalkan pekerjaan dan menganggapnya sebagai sesuatu yang mesti dibenci, bahkan merupakan kemungkaran dan diharamkan. Mereka menyuruh mengemis, meminta bantuan, bermalas-malasan, dan tidak serius, padahal bekerja adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan sunnah Khulafa'ur Rasyidin selepas baginda yang menyuruh orang-orang yang beriman meniru baginda dan sunnah mereka. Selain itu, bekerja adalah sunnah seluruh sahabat Rasulullah s.a.w. kecuali sahabat yang tidak mampu bekerja kerana miskin atau terkena musibah.

Tetapi dari pengamal tariqat mengatakan sebaliknya dari apa yang disabdakan Rasulullah s.a.w., apa yang baginda perintahkan, dan dalil-dalil yang ada di dalam Al-Quran. Mereka berkata:

"Sesiapa mencari rezeki, dia telah condong kepada dunia".

Al-'Attar memetik dari Al-Junaid bahawa seseorang mengeluh lapar dan telanjang kepadanya. Al-Junaid berkata kepada orang tersebut: "Mudah-mudahan Allah melaparkanmu dan menelanjangimu, kerana lapar dan telanjang adalah salah satu nikmat Allah yang tidak diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang didekatkan kepadaNya".

Bandingkan perbuatan para pengamal tariqat tersebut dengan sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebutkan An-Nafzi Ar-Randi sendiri dalam kitabnya di mana dia meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bersabda: "Sesungguhnya agama adalah mudah. Tidaklah seseorang bersikap keras melainkan dia dikalahkan".

Demikianlah jugalah diceritakan Al-Ghazali dari Wahb bin Munabbih bahawa dia berdoa kepada Allah agar menghilangkan tidur malam darinya, kemudian tidur malam hilang darinya dalam masa empat puluh tahun.

Begitulah para pengamal tariqat, padahal Rasulullah s.a.w. tidur dan jaga tidur, bekerja dan berehat. Para sahabat juga begitu.

Abdus Salam Al-Faituri bercerita tentang dirinya bahawa dia bertasbih tujuh puluh ribu kali, mengucapkan kata "Allah" sebanyak lima ratus ribu dalam sehari semalam, dan khatam Al-Quran sebelum matahari terbit.

Di samping tindakan di atas itu tidak masuk akal, Rasulullah s.a.w memandang makruh khatam Al-Quran kurang dari tiga hari. Baginda bersabda:
"Tidak faham orang yang khatam Al-Quran kurang dari tiga hari".

Al-'Attar memetik daripada Abu Yazid Al-Bustami bahawa dia melakukan sembahyang Isyak empat rakaat. Selesai sembahyang Isyak, dia berkata: "Sesungguhnya sembahyang seperti ini tidak diterima di sisi Allah". Dia mengulang sembahyangnya. Selesai sembahyang Isyak, dia berkata seperti tadi, kemudian mengulang sembahyangnya. Begitulah yang dia lakukan, hingga pagi hari".

Asy-Sya'rani menulis:

"Orang-orang selalu takut kalau Allah mengubah wajah mereka seperti wajah anjing atau babi".



Para pengamal tariqat berkata:

"Sebahagian daripada akhlak para pengamal tariqat ialah ketakutan mereka kalau sampai Allah menenggelamkan mereka ke bumi".

Imaduddin Al-Umawi berkata: Diceritakan bahawa Hasan Basri tidak tertawa selama tiga tahun.

Ada yang mengatakan bahawa Ata' As-Sulami tidak tertawa dalam masa empat puluh tahun. Begitulah keadaan semua orang-orang Basrah. Mereka sangat takut dan sedih".

Para pengamal tariqat menggolongkan sedih terus menerus dan tidak tertawa sebagai tanda takut dan takwa, padahal Rasulullah s.a.w. - orang yang paling bertakwa dan takut kepada Allah - juga tertawa dan tersenyum.

Sheikh Islam Ibnu Ta'miyah rahimahullah berkata, "Sesiapa takut kepada Allah dengan takut pertengahan, maka takut kepada Allah seperti itu mendorongnya untuk mengerjakan apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan apa sahaja yang dibenciNya. Sesiapa ketakutannya kepada Allah lebih tinggi lagi, dia menjadi lebih baik dan lebih mulia dari mereka iaitu para sahabat. Jalan terbaik kepada Allah adalah jalan Rasulullah s.a.w. dan jalan sahabat-sahabatnya. Dari sini boleh disimpulkan bahawa kaum Mukmin wajib bertakwa kepada Allah sesuai dengan usaha dan kesanggupan mereka seperti difirmankan Allah s.w.t.

"Bertakwalah kamu kepada Allah sesuai dengan kesanggupan kamu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika aku menyuruh sesuatu kepada kamu, maka lakukan. Sesiapa menjadikan jalan salah seorang dari ulama dan fuqaha' atau jalan salah seorang dari ahli ibadah itu lebih baik daripada jalan para sahabat, maka dia keliru, sesat, dan ahli bid'ah".


Tawakkal Kaum Sufi yang Tersasar

Para pengamal tariqat juga berlebih-lebihan dan radikal dalam tawakkal kepada Allah s.w.t., memutus semua sebab, menutup pintu segala ikhtiar, dan tidak berusaha melindungi diri. Mereka mentafsirkan tawakkal tidak dengan makna yang syar'i dan bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah. Mereka menganggurkan badan dan berkeyakinan bahawa gerakan tubuh itu bertentangan dengan keyakinan dan tawakkal. Justeru, mereka lebih senang bermalas-malasan daripada bersungguh-sungguh dan mendahulukan pasif daripada aktif sebagaimana disebutkan As-Sulami dari Ruwaim bin Ahmad Al-Baghdadi bahawa dia pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini:

"Tawakkal adalah menghilangkan pandangan terhadap usaha dan bergantung kepada ikatan tertinggi".

As-Sulami juga memetik dari Al-Khawajah Abdullah Al-Anshari Al-Harawi bahawa dia pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini:

"Tawakkal adalah menghilangkan tuntutan dan memejamkan mata dari sebab disertai usaha untuk memperbaiki tawakkal".

Makna tawakkal versi sufi dijelaskan Ahmad Al-Khamsyakhawani. Dia menulis:

"Al-Hasan saudara Sinan berkata: "Aku telah melaksanakan ibadah haji sebanyak empat belas kali dengan berkaki ayam tanpa selipar atau kasut kerana tawakkal. Pernah suatu ketika, duri menusuk kakiku, namun aku tidak mengeluarkannya agar tawakkalku tidak batal".

Al-'Attar memetik dari Ibrahim bin Adham bahawa dia pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini:

"Pada suatu hari, aku keluar ke Al-Bariyyah dengan bertawakkal kepada Allah. Di sana, aku tidak mendapat makanan dalam jangka waktu yang lama. Untuk itu, terlintas dalam benakku untuk pergi ke rumah kawanku dan makan di rumahnya, namun tiba-tiba penyeru berseru kepadaku: "Sesungguhnya Allah membersihkan bumi dari orang-orang yang bertawakkal".

Aku berkata: "Suara apa ini?".

Penyeru tersebut berseru lagi: "Sesiapa ingin makan di rumah kawannya, dia bukan termasuk orang-orang yang bertawakkal".

Begitulah para pengamal tariqat, padahal ada hadis dari Rasulullah s.a.w. yang tidak membenarkan tindakan mereka tersebut dan menjadi tentangan kuat terhadap cara berfikir sufi yang batil, penuh bid'ah, dan bertentangan dengan teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w., kehidupan baginda yang indah, dan penuh berkat. Abu Hurairah r.a. berkata:

"Pada suatu malam atau siang, Rasulullah s.a.w. keluar, tiba-tiba baginda bertemu dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Baginda bertanya kepada keduanya: "Kenapa kamu berdua keluar pada waktu seperti ini?"

Keduanya menjawab: "Kerana kami lapar".

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, aku juga keluar rumah kerana lapar seperti kamu berdua. Mari kita pergi". Abu Bakar dan Umar bin Khattab pun pergi bersama Rasulullah s.a.w. ke rumah salah seorang sahabat Anshar, namun sahabat tersebut tidak ada di rumah. Ketika isteri sahabat Anshar tersebut melihat Rasulullah s.a.w., dia berkata: "Selamat datang, wahai Rasulullah". Rasulullah s.a.w. bersabda kepada wanita tersebut: "Mana suamimu?".

Wanita tersebut menjawab: "Dia pergi mengambil air tawar untuk kami". Tidak lama selepas itu, datanglah sahabat Anshar tersebut. Ketika melihat Rasulullah s.a.w. dan dua sahabatnya, dia berkata: "Segala puji bagi Allah. Pada hari ini, tidak ada tuan rumah yang lebih mulia daripada saya". Selesai berkata seperti itu, sahabat Anshar tersebut masuk ke rumah dan keluar lagi dengan membawa setandan kurma. Dia berkata: "Silakan makan".

Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: "Engkau tidak usah memerah susu". Sahabat Anshar tersebut kemudian mengambil pisau dan menyembelih kambing untuk Rasulullah s.a.w. dan dua sahabatnya. Selepas itu, mereka memakan daging kambing tersebut, setandan kurma, dan minum."
(Riwayat Muslim)

Siapa yang lebih bertawakkal? Rasulullah s.a.w. ataukah para imam pembimbing para pengamal tariqat?

Manakala tawakkal versi sufi, maka tidak lain adalah senang bermalas-malasan, duduk-duduk di tempat-tempat awam, lari dari keseriusan dan keletihan, tidak bersungguh-sungguh, dan lari dari jihad sebagaimana disebutkan oleh As-Suhrawardi dalam "Awarifnya" dari Dawud bin Shalih.

Menghinakan diri

Para pengamal tariqat berkata:

"Sesiapa menyakini dirinya lebih baik daripada Fir'aun, sungguh dia telah memperlihatkan kesombongan".

Sebahagian daripada cerita lain yang diceritakan para pengamal tariqat tentang ketawadhu'an imam-imam pembimbing mereka adalah cerita yang diceritakan Al-Yafi' dari Ibrahim bin Adham bahawa dia pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini:

"Aku tidak pernah bahagia ada suatu hari seperti kebahagiaanku pada saat aku duduk, tiba-tiba seseorang datang kepadaku kemudian mengencingiku".

As-Sulami memetik daripada Abu Muhammad Ar-Rasibi bahawa dia pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini:

"Seseorang tidak dinamakan orang sufi hingga dia tidak diangkat oleh bumi, tidak dinaungi langit, dan tidak diterima manusia".

Sikap keterlaluan

Ada lagi bentuk sikap 'keterlaluan' dari para pengamal tariqat dalam urusan agama dan dunia. Sebahagiannya saya sebutkan di sini. As-Suhrawardi Abdul Qadir berkata:

"Sesiapa mengetahui sebelah kanan dan kirinya ketika sembahyang dengan sengaja, sembahyangnya tidak sah".

As-Sulami menyebutkan dalam "Tabaqatnya" dari Asy-Syibli bahawa dia pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini:

"Lupakan atau tidak ingat kepada Allah sekejap mata bagi orang-orang yang mempunyai ma'rifat adalah syirik".

Enggan mencontohi Rasulullah s.a.w.

Para pengamal tariqat tidak mahu meniru tauladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam muamalah mereka, makan dan minum, pakaian, rehat, kerja dan kegiatan-kegiatan dunia yang lain.

Mereka Membuat Syariat Sendiri

Bukan sekadar itu, mereka bertindak lebih jauh dengan menempatkan diri mereka dan imam-imam pembimbing mereka sebagai pembuat syariat dan hukum. Oleh kerana itu tidak hairan, kalau mereka membuat banyak sekali perkara-perkara baru dan menciptakan banyak sekali amalan yang kemudian mereka dakwa sebagai bahagian dari agama dengan melupakan firman Allah s.w.t.:

"Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?"

(Surah Asy-Syura ayat 21)

Menghina Syurga dan Neraka

Al-'Attar berkata: "Beberapa wali Allah datang kepada Rabi'ah Al-Adawiyah, kemudian Rabi'ah Al-Adawiyah bertanya kepada salah seorang dari mereka:

"Kenapa engkau menyembah Allah?"

Orang tersebut menjawab: "Aku menyembah Allah kerana takut seksaNya dan neraka yang diperlihatkan kepada orang-orang yang sesat".

Pertanyaan yang sama dikemukakan Rabi'ah Al-Adawiyah kepada orang yang lain dari mereka, kemudian orang tersebut menjawab: "Aku menyembah Allah kerana mengharapkan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa".

Rabi'ah Al-Adawiyah berkata: "Manakala aku menyembah Allah kerana tidak takut nerakaNya dan tidak mengharapkan syurgaNya. Aku seperti buruh yang tidak berguna. Ya, aku menyembahNya kerana cinta dan rindu kepadaNya".

Demikian jugalah dinukil dari Al-Bustami bahawa dia pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini: "Syurga adalah penghalang terbesar, kerana penghuni syurga merasa damai dengannya, kerana siapa sahaja yang merasa damai dengan selain Allah, dia terhalang".

Imaduddin Al-Umawi berkata:

"Para wali pilihan menjauhkan diri dari bidadari dan kenikmatan-kenikmatan syurga yang lain, kerana lebih asyik melihat Wajah Allah s.w.t. Mereka berpaling dari bidadari, istana-istana, bersandar di tilam-tilam dan sofa-sofa, daging-daging, dan buah-buahan, yang ada di syurga kerana lebih senang menyaksikan kesempurnaan Allah yang menjadi Tuhan kepada semua itu".

Yang lebih parah dari itu semua adalah apa yang diriwayatkan Ibnu Al-Mulqan dalam "Tabaqatnya" dari Abu Al-hasan bin Al-Muwaffiq yang wafat pada tahun 265H bahawa dia pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini:

"Ya Allah, jika Engkau mengetahui aku menyembah-Mu kerana takut kepada nerakaMu, seksalah aku dengan neraka tersebut "

"Jika Engkau mengetahui aku menyembahMu kerana takut kepada neraka Mu, ancamlah aku dengannya "

"Dan jika Engkau mengetahui aku menyembah Mu kerana mencintai syurga Mu dan rindu kepadanya, haramkan syurga bagiku".

Lebih parah lagi, para pengamal tariqat memetik daripada Abu Musa bahawa dia pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini:

"Apa neraka itu?"

"Esok pagi, aku pasti pergi ke sana dan berkata: Jadikan aku sebagai tebusan bagi para penghuni neraka. Atau kalau tidak, aku akan menelannya".

"Apa syurga itu?"

"Syurga adalah mainan anak-anak".

Mereka Menghina Al-Quran dan Sunnah

Seorang sufi terkenal, Aiunuddin yang wafat pada tahun 822H, bahawa dia meminum minuman keras siang dan malam.

Juga Syeikh Asy-Syuryani Al-Qushuri yang wafat pada tahun 1043H, bahawa dia mempunyai banyak sekali keperluan dan murid. Dia tidak memenuhi salah satu keperluan melainkan dengan meminum minuman keras.

Mengenakan pakaian sutera dan memakai perhiasan dari emas

Para pengamal tariqat mengatakan bahawa Aun bin Abdullah mengenakan pakaian dari bahan sutera.

Abu Al-Abbas Ahmad bin Ali yang wafat pada tahun 622H mengajak laki-laki mengenakan cincin emas.


Keengganan mereka sembahyang Jumaat di Masjid

Al-Jami menceritakan tentang orang sufi terkenal Syamsuddin At-Tibrizi bahawa dia berkhalwat dalam masa tiga bulan. Dalam jangka waktu tiga bulan tersebut, dia tidak keluar sekalipun dan tidak mengizinkan siapa pun masuk kepadanya.

Asy-Sya'rani menyebutkan orang sufi lain yang berkhalwat dalam masa sembilan bulan. Dalam masa sembilan bulan tersebut, dia memutus hubungan dari manusia, meninggalkan sembahyang jumaat dan sembahyang jemaah.

Abu As-Su'ud Al-Jarihi berkata:-

"Ada orang sufi yang berkhalwat enam bulan dalam setiap tahun tanpa makan dan minum sedikit pun. Jika masa khalwatnya telah selesai dan dia ingin keluar, dia berteriak dengan suara keras agar manusia menghindar daripadanya sebab jika dia melihat seseorang, orang tersebut pasti buta dalam masa dua hari".

Para pengamal tarikat juga memetik daripada orang sufi terkenal, iaitu Muhammad Al Hanafi bahawa dia mengasingkan diri dari manusia dan duduk berkhalwat di bawah tanah selama tujuh tahun. Asy-Sya'rani memetik daripada Abu Al-Abas Al Mursi bahawa dia pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini :

" Ketika Syeikh Muhammad Al Hanafi keluar dari Al Khuttab, dia menjual kitab-kitabnya di pasar. Beberapa orang berjalan melaluinya dan berkata kepadanya : "Wahai Muhammad, engkau tidak diciptakan untuk dunia". Selepas itu Muhammad Al Hanafi keluar dari kedainya dengan meninggalkan pakaian dan buku-buku yang ada di dalamnya, serta tidak menanyakannya lagi. Kemudian dia tertarik berkhalwat dan menjalaninya selama tujuh tahun di bawah tanah tanpa keluar daripadanya, padahal dia baru berumur empat belas tahun".

Tidak hanya berkhalwat selama dua puluh tahun, bahkan mereka berkhalwat lebih dari tiga puluh tahun. Ramai orang memetik daripada Husain Abu Ali yang mereka yakini sebagai orang yang paling sempurna makrifatnya dan memberikan emas dan perak kepada manusia. Ya, mereka memetik daripada wali mereka ini bahawa dia berkhalwat selama empat puluh tahun di rumah tertutup rapat dan hanya terbuka celah kecil tempat udara masuk.

Kesimpulannya, syaitan telah memperindah bid'ah-bid'ah kepada para pengamal tariqat, membuat mereka benci kepada jalan-jalan yang syar'i, membuat mereka senang berkhalwat dan mengasingkan diri agar mereka tidak mendapat pahala sembahyang berjemaah dan sembahyang Jumaat.

Mereka tidak tahu bahawa jalan satu-satunya menuju Allah s.w.t. ialah dengan mengikuti Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda. Mereka tidak sedar bahawa menyendiri seperti itu, tidak mempedulikan keluarga, anak, sanak saudara, kawan-kawan, dan sahabat-sahabat itu termasuk penentangan terhadap syariat Islam dan membuat mereka tidak mendapat pahala zikir kepada Allah s.w.t., menunaikan sembahyang Jumaat, mendengarkan bacaan Al-Quran Al-Karim, dan mendengarkan dengan serius hadis-hadis Rasulullah s.a.w.


Mengasingkan Diri Dari Manusia

Ibnu Arabi menulis:

"Sesungguhnya Allah tidak memperlihatkan diri kepada hati yang bersahabat dengan selain Dia".

Para pengamal tariqat meriwayatkan dan Asy-Syazili bahawa dia pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini: "Tanda kemuflisan adalah bersahabat dengan manusia".

Padahal Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang mukmin itu bersahabat dan boleh dipersahabatkan. Tidak ada kebaikan pada orang yang tidak bersahabat dan tidak boleh dipersahabatkan".

Al-Umawi memetik daripada Al-Junaid bahawa dia pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini: "Sesiapa ingin agama, badan, dan hatinya selamat, hendaklah dia menjauhi manusia, kerana sekarang zaman yang jahat".


Mereka Meninggalkan Sembahyang Fardu

Muhammad bin Ghuthi Asy-Syattari yang wafat pada abad ke sepuluh Hijriyah berkata tentang imam pembimbing, Syaraf Al-Bani Batti, bahawa dia tidak melakukan sembahyang, kemudian diprotes manusia. Dia menjawab:

"Sesungguhnya Allah membebaskanku dari mengerjakan sembahyang wajib dan berfirman kepadaku: "Zatmu adalah Zat Ku".

Para pengamal tariqat menceritakan tentang tokoh sufi lain bernama Ahmad Al-Ma'syuq yang wafat pada tahun 773H bahawa dia tidak mengerjakan sembahyang. Dia ditanya manusia kenapa dia tidak melakukan sembahyang. Dia menjawab: "Aku wanita yang manakala haid. Dengan demikian, sembahyang tidak diwajibkan ke atasku".

Menghina Kaabah

As-Sahlaji dari Al-Bustami pernah berkata:
"Aku tawaf disekitar kaabah. Ketika tiba di Kabaah, aku lihat Kaabah tawaf disekitarku".

Bukan sekadar itu, bahkan Al-Hasan bin Alawiyah berkata:

"Abu Yazid pergi ke Makkah bersama salah seorang muridnya. Ketika dia memasuki Madinah, maka Makkah datang ke Madinah kemudian tawaf di sekitar Abu Yazid. Melihat hal tersebut, murid Abu Yazid jatuh pengsan. Ketika dia sedar, Abu Yazid mengusap kepala muridnya dan berkata kepadanya: "Engkau hairan?"

Muridnya menjawab: "Ya".
Abu Yazid berkata: "Demi Allah, jika Bustam datang kepadaku, maka Bustam itu belum apa-apa".

Adakah penghinaan terhadap Kaabah dan tawaf di sekitarnya yang melebihi penghinaan di atas?.

Asy-Shibli menjawab: "Dengan lilin ini, aku ingin membakar Kaabah agar manusia langsung menghadap kepada Tuhan".

Kaum Sufi Mengabaikan Kebersihan

As-Sya'rani memetik daripada aseorang sufi Syikh Muhammad As-Sarawi bahawa dia didatangi Syeikh Ali-Al-Hadidi yang meminta nasihat dan petunjuk. Syeikh Muhammad As-Sarawi memalingkan muka kerana pakaian Syeikh Ali Al-Hadidi bersih kemudian berkata: "Jika engkau meminta petunjuk jalan, maka jadikan pakaianmu sebagai alat mengelap orang-orang miskin".

Jika tokoh besar sufi telah memakan makanan berminyak, dia mengusapkan tangan ke pakaiannya selama setahun tujuh bulan, hingga pakaiannya menjadi seperti pakaian pembuat minyak atau pakaian orang-orang miskin. Jika dia telah melihat pakaian kotor seperti itu, dia baru mahu mengajarkan zikir."

Mereka mesti bersabar terhadap kotoran pakaian dan keusangannya, hingga kotoran hatinya hilang.

Mereka Membuang-Buang Harta

Manakala para pengamal tariqat, mereka memetik daripada Asy-Syibli bahawa dia membuang wang sebanyak empat ribu dinar ke Sungai Dajlah. Orang-orang yang melihatnya bertanya kepadanya: "Kenapa engkau berbuat seperti itu?".

Asy-Syibli menjawab: "Batu itu lebih tepat bersama dengan air". Orang-orang berkata: "Kenapa engkau tidak memberikan wang tersebut kepada orang-orang miskin?"

Asy-Syibli menjawab: "Maha suci Allah, apa yang mesti saya katakan kepada Allah jika aku telah mengangkat tabir dari hatiku, kemudian aku memberikannya kepada saudara-saudara seagamaku?"


Mereka Mengejek Allah dan Rasul

Para pengamal tariqat dan imam-imam pembimbingnya menjadikan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. sebagai bahan ejekan dan penghinaan seperti yang diriwayatkan dari buku-buku mereka sendiri. Seolah-olah mereka tidak beriman kepada Kemaha-Esaan Allah s.w.t., keagungan-Nya, kesempurnaan Nya, risalah Rasulullah s.a.w., dan ketinggian kedudukan baginda.

Mereka berusaha memalingkan kaum muslimin dari membacanya dan memperlajari ayat-ayatnya. Lihatlah bagaimana An-Nafri memperkecilkan Al-Quran Al-Karim dan menghina ayat-ayatnya tentang syurga, neraka, pahala, seksa, hari kiamat dan kedahsyatannya. Dia berdusta kepada Allah s.w.t. melalui kata-katanya sendiri:

"Allah s.w.t. berfirman: "Malam adalah milik Ku dan Al-Quran itu tidak untuk dibaca. Malam adalah milik Ku dan bukan untuk memuji dan menyanjung".

Allah s.w.t. juga berfirman: "Sesungguhnya pada waktu siang, engkau mempunyai urusan yang banyak. Maka, jadikan malam milik Ku sebagaimana dia menjadi milik Ku. Aku tidak menyuruhmu membaca Al-Quran dan merenungkan maknanya, kerana maknanya memisahkanmu dari Ku. Satu ayat berjalan denganmu ke syurga Ku dan apa sahaja yang telah Aku sediakan bagi wali-waliKu di dalamnya. Dimanakah Aku, jika engkau berada di syurgaKu bersama bidadari-bidadari yang dipingit di khemah-khemah di mana mereka seperti mutiara, yakut dan marjan.


PERSEKONGKOLAN PENGAMAL TARIQAT UNTUK MELEMAHKAN ISLAM

Bertolak dari kenyataan-kenyataan yang telah saya sebutkan, maka saya amat yakin bahawa pengamal tariqat bukan sahaja merupakan pantulan sikap berlebih-lebihan dan sikap 'keterlaluan' dalam agama, namun merupakan persekongkolan yang telah dirancang. Ia sudah dirancang jauh-jauh hari dan benang-benangnya disusun rapi untuk melawan Islam dan kaum muslimin.

Sebahagian daripada tujuan terpenting mereka dengan persekongkolan tersebut adalah sebagai berikut:

1. Menjauhkan kaum muslimin dari Islam yang hakiki dan ajarannya yang suci murni dengan topeng Islam.

2. Memasarkan akidah-akidah Yahudi, Kristian, fahaman-fahaman di India, dan fahaman-fahaman di Parsi seperti agama Budha, agama Hindu, Zoroaster, Al-Manawiyah, Platoisme moden dan fahaman-fahaman lain yang tidak mempunyai asas dalam Islam dan syariatnya yang lurus, toleran dan cemerlang. Untuk mematikan semangat jihad dan gagasan meninggikan kalimatullah dan agama menjadi milik Allah s.w.t. sepenuhnya serta menyampaikan risalahNya kepada seluruh umat dan kelompok di seluruh penjuru dunia.

3. Mengekalkan kehinaan, kejumudan, dan kelemahan di tubuh kaum muslimin.

4. Menyebarkan kebodohan dan kemalasan di tengah-tengah kaum muslimin.


Memecah-belahkan Kaum Muslimin

Para pengamal tariqat memecah-belah kaum muslimin setelah sebelumnya bersatu dan menjauhkan mereka dari jemaah-jemaah kaum muslimin dengan membuat prinsip-prinsip yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jemaah kaum muslimin.

Mazhab dan sumber jemaah kaum muslimin dibina di atas Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah, manakala mazhab dan sumber para pengamal tariqat dibina di atas sufi yang bersumberkan kasyaf dan ilham yang tidak hanya dimiliki orang tertentu, tetapi menurut mereka, semua orang sufi itu mempunyai kasyaf dan ilham.

Dalam pandangan mereka, setiap orang sufi adalah nabi kecil yang mempunyai syariat dan jalan hidup tertentu, bahkan menurut mereka, salah seorang dari mereka boleh mencapai darjat Uluhiyah dan Rububiyah.

Mereka menciptakan aturan-aturan baru dan jalan hidup pelik, kemudian aturan-aturan dan jalan hidup tersebut diabadikan dalam buku-buku mereka dan diwariskan kepada generasi-generasi mereka. Aturan-aturan dan jalan hidup dinamakan dengan tariqat (jalan) dalam istilah yang lazim di kalangan kaum sufi dan pengamal tariqat itu sendiri.

Selepas itu mereka cuba pula membuat Al-Quran baru dalam bentuk nyanyian, syair-syair, lagu-lagu, wirid-wirid pelik, dan zikir-zikir asing. Mereka jadikan hadis-hadis imam pembimbing mereka, cerita-cerita para imam pembimbing tersebut, cerita-cerita lucu, dan cerita-cerita sedih sebagai sunnah.

Mereka mengerjakan sembahyang dengan menari, sukacita, dan memutar kepala ke depan dan belakang. Haji mereka adalah dengan mengunjungi kuburan, tawaf disekitarnya, memakan tanah kuburan tersebut, dan menyentuh temboknya.

Mereka menjadikan puasa mereka dengan meninggalkan makanan dan minuman yang baik, mengharamkan apa yang dihalalkan Allah s.w.t., dan melaparkan diri selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun. I'tikaf mereka ialah mengasingkan diri di tempat-tempat sepi, masuk ke bawah tanah, atau gua, pengembaraan tidak tentu arahnya di padang pasir, daratan, dan kuburan.

Mereka juga memutarbelikkan makna zakat dan mengubahnya dengan mengemis, meminta belas-kasihan orang lain, dan menjadikan tangan yang di bawah lebih baik daripada tangan di atas. Mereka berpaling dari ilmu dan ulama.

Mereka mengajar murid-murid mereka dan orang-orang yang masuk dalam perangkap mereka untuk menjauhkan diri dari ilmu dan ulama agar murid-murid yang merupakan "mangsa" dan "buruan" mereka tidak lari dan tidak selamat dari kuku-kuku dan perangkap-perangkap mereka. Tidak ada penentangan dalam buku-buku generasi pertama atau terakhir mereka yang lebih besar daripada penentangan mereka terhadap ilmu.

Bertaqlid Buta Kepada Imam Pembimbing

Para pengamal tariqat memetik dari Al-Junaid yang pernah berkata:

"Murid sejati itu tidak memerlukan ilmu para ulama. Jika Allah menghendaki kebaikan kepada seorang murid, Allah menempatkannya ke tempat para pengamal tariqat dan menghalanginya bergaul dengan para qari' Al-Quran."

Bukti lain yang menunjukkan penentangan para pengamal tariqat terhadap mencari ilmu, kebencian, dan dendam mereka kepada ulama dan pencari ilmu adalah riwayat yang telah dinyatakan Ibnu Ajibah. Dia berkata:

"Salah seorang tokoh besar sufi mengadakan majlis zikir di tempat yang gelap-gelita, akibatnya, para pengamal tariqat tidak menemukan hati mereka. Imam pembimbing tersebut berkata kepada mereka: "Bawa lampu kepadaku". Ketika para pengamal tariqat menyerahkan lampu kepada imam pembimbing tersebut, mereka mendapati salah seorang pencari ilmu tersebut. Setelah pencari ilmu tersebut keluar mereka menemukan hati mereka".


Ilham, Kasyaf atau Ilusi dan Khayal

Para pengamal tariqat menjadikan ilusi-ilusi dan khurafat-khurafat yang mereka namakan ilham sebagai landasan mereka selain Al-Quran dan Sunnah. Itulah asas/pedoman dan landasan mereka. Berdasarkan landasan itulah, mereka menentang nas-nas Al-Quran dan Sunnah, serta tidak memberi kesempatan kepada murid-muridnya untuk menyalahi mereka dengan berlindung kepada landasan tersebut .

Bahkan salah seorang sufi terang-terangan mengungkapkan penentangannya terhadap ilmu yang mulia, iaitu ilmu Sunnah Rasulullah s.a.w. Dan pengetahuan agama yang lain. Sebahagian pengamal tariqat memetik daripada Abu Sulaiman Ad-Darani yang pernah mengeluarkan kata-kata berikut ini.

"Sesiapa mencari hadis, sungguh dia telah cenderung kepada dunia".

Membenci Hadis yang Sahih

Sebahagian pengamal tariqat sangat keterlaluan dalam membenci hadis dan ulama hadis hingga mereka berkata bahawa seseorang meminta pertimbangan kepada Ma'ruf Al-Kurkhi untuk bergaul dengan Imam Ahmad bin Hanbal. Ma'ruf Al-Kurkhi menjawab:

"Jangan engkau bergaul dengan Imam Ahmad bin Hanbal kerana dia ulama hadis dan hadis itu menyibukkan manusia. Jika engkau bergaul dengannya, kelazatan zikir dan cinta khalwat hilang dari hatimu".

Membenci Ilmu dan Menyukai Kesesatan

Peliknya sebahagian pengamal tariqat lebih menyukai kebodohan, membenci ilmu, membeli kesesatan dengan petunjuk yang nyata, hebat dalam menentang ilmu dan para ulama, serta pakar dalam menyebarluaskan kebodohan.

Untuk itu, mereka menciptakan jalan lain, mendatangkannya dan menamakannya kasyaf dan ilham. Dengan cara seperti itulah, mereka hendak menghilangkan ilmu dan memadamkan cahaya petunjuk dengan menghalang-halangi dari Al-Quran dan Sunnah dengan dalil bahawa Sunnah itu diriwayatkan dari orang yang telah mati, manakala kasyaf dan ilham mereka berasal dari Zat Maha Hidup yang tidak mati.

Dengan demikian, sunnah bukan hujah mereka, manakala mereka dan ucapan mereka adalah hujah bagi Sunnah dan seluruh manusia. Ini jelas bentuk kebodohan dan mereka tenggelam di dalamnya. Kita tidak ragu bahawa itu adalah persekongkolan berbahaya melawan syariat Islam yang dibawa Muhammad bin Abdullah s..a.w. yang tidak lain adalah penutup para nabi dan pemimpin para rasul.

Tidak ada persekongkolan yang lebih besar dan lebih berbahaya daripada persekongkolan ini mencakupi penghapusan syariat Allah s.w.t. yang terakhir dan kenabian Muhammad s.a.w., kerana jika syariat Allah s.w.t. adalah perintah-perintah dan hukum-hukumNya yang masih turun, petunjuk-petunjuk Nya yang diilhamkan, dan maklumat-maklumat yang boleh diketahui dengan kasyaf, maka terputusnya kenabian, penutupan risalah, penyempurnaan agama, dan nikmat menjadi tidak ada ertinya.

Jika Al-Quran belum cukup untuk menyeru umat dan menyeru manusia, maka banyak hal masih diperlukan diturunkan lagi.

Jika sunnah Nabawiyah belum lengkap, pasti diperlukan penurunan sunnah-sunnah setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Jika sunnah belum diperjelaskan Rasulullah s.a.w. kepada murid-muridnya, iaitu para sahabat, bagaimana boleh dikatakan bahawa baginda telah menunaikan amanah dan menyampaikan risalah? Dan kenapa Allah s.w.t. memberi kesaksian untuk baginda dengan firman Nya.

"Dan Dia (Muhammad) bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib"
(Surah At-Takwir: ayat 24)


Dengan demikian, dakwaan kasyaf dan ilham adalah bertujuan meniadakan ilmu dan kaedah-kaedah Syar'iah tanpa dasar yang kuat, menyebarluaskan kekacauan agar setiap orang tidak mempunyai sebarang panduan dan tidak diminta apa-apa kerana kewujudan kasyaf dan ilham yang berbeza dengan sesuatu tersebut, juga kerana kewujudan bermacam ilham dan kasyaf dari banyak orang pada masa yang sama , akal dan fikiran tidak boleh ikut campur di dalamnya, sebagaimana disebutkan oleh tokoh besar sufi Muhyiddin bin Arabi dalam "Futuhatnya":

Sebahagian pengamal tariqat tidak boleh dikecam meskipun seseorang melihat mereka berzina atau meminum minuman keras, atau melakukan hal-hal yang keji, atau melakukan hal-hal yang diharamkan, kerana boleh jadi jiwa orang sufi tersebut menjelma ke dalam bentuk seperti dirinya kemudian jelmaan jiwanya mengerjakan hal-hal yang diharamkan manakala orangnya terpisah dari perbuatan tersebut.

Dahsyat sekali persekongkolan sebahagian pengamal tariqat terhadap Islam dan syariatnya yang suci bersih dalam bentuk seperti falsafah-falsafah syaitan tersebut. Falsafah-falsafah syaitan tersebut tidak mengenal sesuatu apa pun dari tipu muslihat yang dibuat sebahagian pengamal tariqat untuk memperkecilkan syariat dan perintah-perintahnya serta merosak kehormatannya.

Tentang orang-orang seperti para pengamal tariqat ini, Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

"Maka celakalah orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu mereka berkata: Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu, maka celaka besar bagi mereka akibat dari apa yang ditulis tangan mereka sendiri dan celaka besar bagi mereka akibat dari apa yang mereka lakukan".
(Surah al-Baqarah : ayat 79)

Allah s.w.t. juga berfirman:

"Dan mereka mengatakan: "Ini dari sisi Allah", padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedangkan mereka mengetahui".
(Surah Ali Imran: ayat 78)

53 comments:

  1. Amat sedih kerana orang berilmu spt anda juga membuat penilaian dan menjatuhkan hukum tanpa qawaid hukum

    ReplyDelete
  2. islam, iman ikhsan adalah teras cabang ilmu Islam.Hati2 dalam bicara.Penilaian anda tersangatlah umum.

    ReplyDelete
  3. sesat seseorang itu atas urusan allah....

    ReplyDelete
  4. seolah2 ustaz dah menjatuhkan hukum kpd seseorang..

    ReplyDelete
  5. Saya hanya memasukkan tulisan hamba Allah bernama Dr Ehsaan Ilahi Dzahir ke dalam Laman Emjay.

    Kalau smbelara dan 26785 ingin meneruskan amalan tareqat sdr semua, terpulanglah sebab akaun dosa pahala kita adalah asing-asing. Saya sebagai insan kerdil yang mencari redha Allah ini sekadar menyampaikan apatah lagi kalau ilmu yang saya sampaikan memangnya sahih. Saya nak tanya sdr berdua, Nabi Muhamad SAW ada ke berpesan kepada sdr semua bahawa setelah beginda wafat adalah disuruh sdr semua memasuki dan mengamalkan ajaran tareqat?

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Artikel ini hanya ditujukan kepada golongan tareqat yang menyimpang dari Quran dan Sunnah. Islam, iman dan ikhsan ya itu adalah cabang ilmu Islam. Namun kalau nak berihsan adakah perlu masuk taqerat? tidak perlu. Islam yang di bawa Nabi s.a.w sudah cukup. Segala amalan dari hadis shahih sudah mencukupi untuk membersihkan jiwa serta berakhlak dalam kehidupan. Bukan nak meningkatkan makrifat, hakikat, ilmu ladunni dan sebagainya. Itu bukan ajaran baginda. Golongan sufi byk memporak perandakan Islam..

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah sahaja yang membalas ikhsan sdr axstudio keatas tulisan sdr di atas.

    Terima kasih daun keladi

    ReplyDelete
  8. Saya bukan menyebelahi mana2 tarekat.

    ReplyDelete
  9. "Saya nak tanya sdr berdua, Nabi Muhamad SAW ada ke berpesan kepada sdr semua bahawa setelah beginda wafat adalah disuruh sdr semua memasuki dan mengamalkan ajaran tareqat?"

    - saya guna mantik yang sama, ada ke Nabi Muhamad SAW berpesan untuk tidak masuk mana2 tarekat.

    ReplyDelete
  10. Begini sajelah, saya sebenarnya dalam banyak perkara saya bersetuju dengan saudar emjay. Cthnya, amalan2 mempercayai tangkal dll adalah ternyata syirik. Namun dalam kes tarekat/tasawuf, saya agak kurang bersetuju Pegangan kita Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam bab tasawuf adalah pegangan Imam Junaid dan Imam Ghazali, so kalau nak ikut tarekat yang sanadnya dari syeikh di atas, clear no hal. Sebenarnya, perbincangan tentang golongan tarekat/sufi/tasawuf telah lama di perbincangkan. Beberapa kurun/abad yang terdahulu dah jadi kontroversi. Namun untuk mengatakan Syeikh ahmad Tijani, syeikh Junaid Baghdadi, Syeikh Abdul Qadir sesat dan memporak perandakan agama, rasanya penuduh perlu mempunyai ilmu yang setaraf. Kalu nak tuduh sesat, sesat tang mana, akhlak kah, syariat kah, aqidahkah. So kalau buang tang sesat, jadi tak sesat la kan?

    Wallahutaalaa'lam.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah smbelara dgn penjelasan..

    Bagi saya, Syeikh Abdul Qadir Jailani adalah seorang alim dan wali iaitu wali yang sebenar-benar wali di sisi Allah. Cuma golongan kemudian yang agak keliru dan menyeleweng sehinga memartabatkan Abdul Qadir Jailani ke tahap yang direka-reka sendiri oleh golongan ini.Memartabkan syeikh2 taqerat dll.

    Betul kata smbelara, isu ini sudah lama dibincangkan. Jalan selamat adalah tidak lain dan tidak bukan ikut sunnah nabi s.a.w dan jalan golongan salafussoleh agar tidak tersesat.

    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Ye saya bersetuju dengan saudara. Pengikut tareqat sekarang banyak keliru dan selewangkan kebenaran. Ikut je sunnah dan golongan salafussoleh agar tidak tersesat.

    ReplyDelete
  13. betul semua tu... perkara ni orang dah tahu semua.... cuma yang tak tahu je ikut... dan cumanya mj nak tunjuk terror.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..

    Siapa sebenarnya Dr Ehsaan Ilahi Dzahir ni?

    ReplyDelete
  15. Saya tidak kenal orangnya Dr Ehsaan Ilahi Dzahir ini tetapi saya tertarik dengan tulisannya.

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Saudara Emjay..bgaimana pula dgn fahaman alam wali...benarkah ada alam wali..wali Allah masih hidup di alamnya n masih lakukan tugas2 tertentu..berubat memanggil wali Allah dengan izin Allah..??

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbh

    Mana ada alam wali! tidak pernah saya terdengar dalam Al Quran atau Hadis.

    Memanggil atau menyeru selain Allah adalah amat berat padahnya. Menyeru keris, pokok, kubur, wali, Nabi, malaikat, tangkal dan semua yang sewaktu dengannya adalah syirik. Jauhilah dan elakkanlah.

    Wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  18. diamlah mj ibnu wahabi,puak wahabi rela mengkafirkan pejuang Hizbullah dan para orang yang mengamalkan ilmu terikat walaupun mereka merupakan pejuang islam yang menentang Israel dan menentang komunis.....Dgn Amerika sanggup peluk cium....jgn sebar wahabi di Malaysian ni

    ReplyDelete
  19. ibnu taimiyyah mengharamkan daripada menziarahi kubur Rasulullah,ajarannya diikuti oleh Mohd bin abd wahab)pengasas wahabi).....baca balik sejarah,kejatuhan Palestin di tangan British salah satu sebabnya adalah fahaman wahabi yg mengajar khalifah mestiu org arab kerana nabi orang arab. dgn bersekongkol dgn puak kafir british,sanggup memeranggi saudara seagama otrang turki uthmaniah...ingat tu emjay yang ....

    ReplyDelete
  20. tetapi saudara tidak boleh menafikan fakta bahawa pendakwah2 terawal Islam di nusantara ini merupakan terdiri daripada golongan sufi dan pengamal tarikat.Menuduh mereka sesat secara total(keseluruhan) berupakan tindakan yang agak keterlaluan kerana jasa mereka menyebarkan dakwah Islam membolehkan majoriti umat Melayu memeluk Islam(majoriti bukan semua kerana sekarang ada yang murtad keluar dari Islam)dan kita mendapat rahmat Islam daripada Allah swt. sebab atas asbab usaha merekalah nenek moyang saudara emjay dan nenek moyang saya beragama Islam dan rahmat Islam itu masih turun kepada saudara emjay dan saya juga .Tetapi saudara boleh menentang sesetengah perbuatan dan iktikad segelintir ahli tarikat yg sesat seperti boleh berzina,minum arak dan meninggalkan solat wajib kerana memang ada di kalangan ahli tarikat yang percaya jika diri sudah sampai ke taraf peringkat tertinggi(tahap makrifatullah)diri lepas daripada kewajipan dan melakukan perkara yang terlarang dalam agama mkerana percaya diri sudah bercantum dengan Allah swt

    ReplyDelete
  21. Sikap sesetengah ahli tarikat yg melakukan perkara sesat seperti yang di sebutkan di atas memang saya tentang habis-habisan. Golongan sesat inilah yang perlu di tentang oleh saudara Emjay,bukan menyalahkan dan mengafirkan kesemua pengikut amalan tarikat yg banyak berjasa kepada umat Islam

    ReplyDelete
  22. Nak mendalami ttg dunia ilmu tasawuf dan toriqah boleh layari www.bicarasufi.com

    ReplyDelete
  23. Banyak info yg emjay tulis kat sini tak tepat dan banyak hanya tuduhan kosong
    tnpa bukti sohih dan waham yg melulu shj.boleh layari laman www.bicarasufi.com
    sufi triqah bkn steruk yg emjay tulis.sdgkan dalil ada dalil aqli,dalil nqli dn dalil musyahadah.kerja mensucikn qalbi itu nama nya toriqah.susah sgt ke nk trima?
    MMg ada toriqah yg ghulu' ,sdgkan umat islam itu ada yg brmasalah,nk tuduh smua Islam itu sndiri sesat ke?

    ReplyDelete
  24. Brader Mjey kna banyak blajar lg.Jgnpuas ati dgn ilmu yg kunun nya dh banyak di dada tu.

    ReplyDelete
  25. banyak jalan untuk menemui Allah..
    tapi awas jgn tersesat jalan..

    ReplyDelete
  26. kena jaga gak emjay penulisan tu hati2 dalam berdakwah jangan sebab terkeliru sedikit akidah rosak mohon maaf emjay

    ReplyDelete
  27. Kenkadang ilmu yg kita ada menjadi hijab kita kepada Allah... banyak berlaku kepada ulamak2 terdahulu yg asalnya penentang Takekat, akhirnya menjadi ahli sufi yg mahsyur....
    Tarekat hanya satu jalan dari berbagai jalan menuju Allah, ia bagaikan jalan shortcut kerana dibimbing oleh guru yg bersilsilah hingga kepada Rasulullah SAW. Tetapi semuanya adalah semata2 kurnia Allah...

    ReplyDelete
  28. Engko baca artikel pendek dan jelas macam ini pun susah faham. Itulah yang menyebabkan manusia mudah di tipu oleh syaitan.

    Semoga engko diberikan ilmu dan kefahaman yang boleh membawa engko ke syurga. Namun hakikatnya ialah syurga bukan untuk orang yang bodoh bengap.

    Emjay

    ReplyDelete
  29. salam tuan mj...boleh dikatakan semua yg pakcik mj ulas saya setuju..kecuali yg ni aje..harap pakcik mj buat study dulu sikit2..dan semayang hajat agar Allah s.w.t bg jawapan kat pakcik..sy bukan pengamal tarikat ye pakcik namun sy x dapat tolak apa yg imam ghazali tulis..

    ReplyDelete
  30. sy ada belajar bab ketauhidan dan bukan tarikat...sy cadangkan pakcik jumpa la mana2 syeikh tarikat/tasawuf yg pakcik nampak elok pembawakannya...yakni,dari segi syariatnya adalah tip top..kalau pakcik nk jumpa guru sy utk muzakarah pun boleh..imam ghazali ada cakap,mmg manusia bertabiat memusuhi apa yg tidak diketahuinya

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum wbh

    Kepada adek kekosongan, sama-samalah kita berdoa ditunjukkan Allah jalan lurus yang diredhai Allah.

    Untuk makluman adek, imam Ghazali adalah orang tarekat namun alhamdulillah dihujung usianya beliau bertaubat dari amalan tarekat.

    Emjay

    ReplyDelete
  32. oh ye ke pak cik..sy tak tau tu....tapi memang,tarikat ni berbahaya..wallahua'lam

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum Warohmatullohi Wabarokatuh

    Al-Qur'an Online + Murottal + Tafsir + Asbabun Nuzul
    http://alquranonline.co.cc/

    Risalah Islam
    http://sibin2007.multiply.com/

    Koleksi ebook, Aplikasi Handphone
    http://assalambook.as.funpic.org/

    Koleksi Streaming Radio Dakwah
    http://assalambook.as.funpic.org/Streaming_Radio_TV_Islam.m3u

    Wassalam

    ReplyDelete
  34. Waalaikumussalam Warohmatullohi Wabarokatuh

    Terima kasih sdr sibin2007

    ReplyDelete
  35. Hati2 dgn bicara saudara..dgn usaha gigih golongan suffiyahlah Islam tersebar ke Nusantara ini...dengan izin Allah, tanpa usaha mereka, saudara mungkin masih lagi menganut fahaman Hindu atau Hedonisme yg lama bertapak disini. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  36. semalam saya baru puji pasal dakwah blog ini berhubung kesalahan-kesalahan dalam Perubatan Islam. Bila baca bab ini rasa bengap dan bodoh rupanya.... emjayjb cam Rasul Dahri gak... rasanya pengamal tarikat dan tasawwuf yang hakiki tauhid (aqidah) dan feqah (Ibadah) beres... mengesakan Allah SWT memelihara Syirik Jali dan Khafi... dengan kemas lagi teliti...

    ReplyDelete
  37. Kepada sdr zidni88,

    Semoga Allah memberikan taufik hidayah kepada sdr.

    Sila dengar kuliah tentang tarekat dari MAZA di http://emjayjb.multiply.com/music/item/85

    Emjay

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum..
    maaf sy bertanya..mengapa syurga ada beberapa tingkat?sy jahil,silakan ajari sy

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum..mintak saudara beri saya rujukan mana yang mengatakan imam al-ghazali ada bertaubat dari ilmu toriqat...

    -fakhiruddin-

    ReplyDelete
  40. Waalaikumussalam wbh

    Imam Ghazali memanglah orang tarekat atau orang Sufi. Beliau adalah pengarang kitab Ihya Ulumuddin yang banyak menukilkan hadis dhaif dan maudhu. Namun dipenghujung usia beliau telah bertaubat dari fahaman tarekat / sufi dan kembali kepada fahaman ahlisunnah waljamaah.

    Untuk membaca sejarah hidupnya,bacalah kitab berkenaan encyclopedia ulamak-ulamak terdahulu bertajuk "SIAR A'LAM AN NUBALA" karangan imam Zahabi iaitu seorang ulamak yang mengkaji perawi. Buku ini menceritakan riwayat setiap ulamak. Buku ini terdiri daripada 32 jilid dan dalam bahasa Arab.

    Selamat membaca buku ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  41. tuan tidak tahu apa erti triqat malah tuan juga tidak jelas tentang sufi.jangan gelojoh tuan dalm berbicara.

    ReplyDelete
  42. jalan sufi adalah., satu jalan aqidah mendekatkan diri dengan Allah yg betul, Penyucian hati (Qalbi) yang asalnya hitam., kotor... Oleh itu kite Diseru oleh Allah untuk mendekatkan hati dengan zatNya. Pandangan mata kasar kita tertumpu hanya pada keduniaan., tetapi pandangan hati itu., adalah padaNya., terangilah hati dan suci lah hati dengan Zikrullah., Nescaya keindahan yg dapat kita lihat dalam hati itu yg terindah., Itu yg disyariatkan nabi, dan ape yg disampaikan dalam tariqat Sufi ini., Wallahualam

    ReplyDelete
  43. Allah S.W.T jga telah berfirman.."Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk mengabdikan diri(menghambakan diri) kepada Aku...,"

    ReplyDelete
  44. Ajara Islam itu mudah kalau betul dengan caranya., dari segi pemahamannya, Perkemaskan diri kita, cukup ke amalan kita setakat ini, untuk pergi menghadapNya, Perbanyakkan amal.., itu yg dipentingkan dalam amalan tariqat sufi., ape yg saudara mksudkan dari awal tentang tariqat sufi ini adalah amalan yg dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W ketika bersuluk. Yakni berkhalwat dimana maksudnya mengasingkan diri seketika daripada segala manusia yg lalai dan leka kepada Allah dan segala perkara yg berlaku di dunia ini., hanya semata mata mahumenghadap tuhan Malikil Muluk., Allah S.W.T. nasihat sy kita teruskan lan perjuangan hidup ni., Sebab bagi saya., Ilmu Allah ini bukan sesuatu perkara yg boleh diambil mudah., jangan kita sekalipun membangkangnya.,sebab amalan kita tidak akan pernah cukup, maaf atas segala teguran, daripada sy hamba Allah S.W.T yg sehina hina umat Rasulullah S.A.W ini.......

    ReplyDelete
  45. emjay kau ni ulamak dari mana?bidang agama belajar setakat mana?
    jawap soklan aku ni dulu?pas tu kita bincang yang penting jgn delete.jadi anak jantan eh!

    ReplyDelete
  46. artikel diatas itu ,siApa pengarangNYA? atau ko sendiri DAPAT ILHAM DARI IBLIS LAKNATULLAH,untuk menunjukan kebodohan tahap KEBEBALAN DIRI KO SENDIRI?

    ReplyDelete
  47. memang ARTIKEL YG PALING BODOH AKU PERNAH BACA

    ReplyDelete
  48. Maha Suci Allah yang tiada siapa tahu qadarnya(martabatnya) melainkan Dia,dan tidak dapat orang mengambarkan sif atNya.Maha Suci Tuhanku Yang Mulia lagi Maha Tinggi yang banyak memberikan kurnia...semakin hari Islam semakin disulitkan pengertiannya oleh mereka yang berasa diri telah mampu dan layak untuk menghurai,dan menghukum sehingga menciptakan berbagai-bagai kekeliruan pada cabang-cabang ilmu islam itu sendiri,tiap satu menyalahkan yang lain tanpa berani bersemuka untuk membuktikan kebenaran kefahaman.Benarlah Islam dalam banyak hal di rosakkan oleh orang Islam itu sendiri.Tiap tajuk ada ilmunya,tiap ilmu ada masailnya,tiap masail ada ahlinya,jika sesuatu perkara tidak di serah pada ahlinya rosak binasalah kesudahannya.Kadang-kadang keghairahan mempertahankan faham sendiri akan melebarkan jurang yang amat luas dalam memahami Islam.Ketaksuban tehadap kefahaman yang dipegang adakalanya membutakan mata hati daripada menerima kebenaran sehingga saling membenci tanpa menyedari ada masanya sesuatu yang kita benci itu sebenarnya baik buat kita...

    ReplyDelete


  49. JALAL AL-DIN RUMI pernah mengumpamakan ma’rifat dengan mutiara yang masih berada dalam kerang, sedangkan kerang itu masih berada di dasar laut. “Karena mutiara selalu memikat hati orang, maka banyaklah orang yang datang ke laut untuk mendapatkannya. Setelah melihat-lihat dengan teliti, seseorang di antara pengunjung bertanya, “Mana mutiara itu, aku tidak melihatnya, padahal orang-orang mengatakan bahwa mutiara itu ada di laut?” Tentu saja mutiara tidak dapat dilihat apalagi dimiliki hanya dengan memandang laut, karena mutiara itu ada di dasarnya. Ini berarti bahwa ma’rifat tidak bisa diperoleh dengan mengandalkan “indera lahiriah” karena ia berada jauh di lubuk diri seseorang sehingga tersembunyi kepadanya.

    ReplyDelete
  50. aneh bukan pengamal tarekat membincang hal tarekat selidik dulu kitab ihya ulumuddin jangan sambil cakap jee emejy ....ilmu x kemana lidah bercakap macam ketam mengajar anaknya mengajar aku rasa sijil dari jakim pun x ada pak emejy nie fikir laaah

    ReplyDelete