Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Thursday, 16 November 2006

Hormon ayam daging undang komplikasi

Hormon ayam daging undang komplikasi

[Berikut adalah petikan dari Akhbar Utusan Malaysia Muka Depan.]
Oleh: KHAIRUN NIZAM MOHAMMAD YUSUFF

KUALA LUMPUR 29 Sept. (2006) – Amaran kepada penggemar daging ayam. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh
mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan daging ayam khususnya daripada jenis ‘ayam daging’ akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.

Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.

‘‘Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. Tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu, ‘’ katanya.

Menurut Mohd Zulkefeli, kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya memastikan kebersihan bahagian itu ketika membeli ayam daging di pasar.

Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit ayam kerana mengandungi kolestrol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada penyakit jantung.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pakar tersebut yang enggan dikenali berkata, pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon dan bahan kimia boleh memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya.

‘‘Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh yang singkat.

‘‘Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Tambahnya, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein.

Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.

‘‘Satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini,’’ ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya mempelbagaikan makanan bagi mengelak mendapat komplikasi daripada amalan memakan ayam daging.

Ini kerana katanya, mempelbagaikan makanan boleh menjamin tubuh mendapat nutrien yang seimbang.

Beliau berkata, selain daging ayam, makanan seperti ikan, daging lembu dan telur ayam turut membekalkan sumber protein yang dikehendaki badan, malah lebih murah jika dibandingkan dengan harga ayam pada
masa ini.


2 comments:

  1. No komen sebab hari2 jumpa ayam....

    ReplyDelete
  2. Yea! Yea! nasib baik saya tak suke makan ayam..Saya suke makan ikan..especially ikan siakap masak stim..yummy yummy!!

    ReplyDelete