Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 17 November 2006

Mengapakah setengah perempuan diusik lelaki??

Mengapakah setengah perempuan diusik lelaki??


Sewaktu saya remaja dahulu, saya sangat mengingati satu fenomena iaitu setengah perempuan bila keluar rumah tidak diusik dan diganggu oleh lelaki sedangkan setengahnya diusik dan diganggu oleh lelaki dan paling kurang akan disiulkan. Pada waktu itu saya langsung tidak mengerti mengapa setengah mereka diganggu dan setengahnya pula tidak diganggu. Alhamdulillah setelah beransur senja (makin tua) semakin banyak yang
Allah berikan sebagai ilmu untuk dimanfaatkan.

Ada kalanya setengah perempuan tidak diganggu namun dapat dilihat dengan jelas bahawa ada setengah wanita apabila berjalan, ekor mata lelaki akan terus memandangnya walaupun terpaksa memalingkan leher untuk hampir 180 darjah.

Selepas mula mempelajari Al Quran, satu demi satu ilmu diberikanNya. Rupa-rupanya piramid dan bangunan yang hebat tersergam indah telah dinyatakan oleh Allah bahawa ianya telah dibina dengan bantuan jin sebagaimana dalam surah Saba':12-13. Dalam Al Quran dijelaskan bagaimana istana ratu Balkis dipersembahkan kepada Nabi Allah Sulaiman. Namun itu adalah syariat Nabi Sulaiman. Syariat Nabi Muhamad melarang kita umatnya menggunakan jin sebagai pembantu.

Kembali kepada persoalan asas dalam topik ini iaitu mengapakah setengah perempuan di ganggu apabila keluar dari rumah. Marilah kita perhatikan ayat Al-Quran Surah Al Ahzab: 59.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dari ayat ini jelas disebutkan Allah bahawa dengan itu mereka tidak diganggu. Orang lelaki memang dijadikan Allah sebegitu. Untuk tujuan menjaga kehormatan wanita dan juga lelaki, sekiranya wanita menutup
aurat dengan sempurna, nafsu lelaki insyaAllah tidak akan dirangsang. Itulah sebabnya kalau di Johor Bahru ini, ramai lelaki memang suka pergi ke Holiday Plaza kerana di sana, pendek kata istilah mudahnya ialah menjamu mata di mana wanita pelbagai kaum memakai pakaian menjolok nafsu lelaki dengan jelas menunjukkan sebahagian buah dada, perut, pusat serta peha wanita yang gebu. Dari segi jangka pendek seolah-olah ia baik bagi lelaki tetapi sebenarnya memanglah buruk kerana mengundang banyak dosa dan bagi orang bujang, timbul satu masalah besar iaitu bagaimana untuk melampiaskan nafsu begini. Itulah sebabnya timbul gejala rogol kerana lelaki apabila sudah naik nafsunya, bahaya, perempuan tua pun
memadai untuk melepaskan nafsunya.

Dari pengalaman berkunjung ke Mekah dan Madinah sewaktu haji dan umrah dahulu, satu nikmat yang
tidak boleh diperolehi di mana-mana kota dunia lain iaitu nikmat ketenteraman jiwa seorang lelaki. Nafsu lelaki langsung tidak dijolok oleh wanita. Ini kerana wanita Arab di sana memakai purdah serta berkain warna hitam. Wanita Asia seperti Malaysia dan Indonesia pula memakai telekung warna putih bila keluar sama ada ke Masjid atau membeli belah. Allah langsung memberikan rahmatnya kepada lelaki iaitu ketenteraman jiwa dan insyaAllah jauh dari dosa maksiat mata.

Dalam surah yang sama iaitu Al Ahzab:32, Allah berfirman:

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa perempuan yang berkata-kata dalam istilah orang muda mengada-ngada dan manja bakal mengundang kecelakaan. Namun ramai perempuan memandang keuntungan jangka pendek semata-mata iaitu dapat menarik perhatian lelaki dengan gaya bercakap yang menggoda ini. Sebenarnya wanita begini seperti yang dinyatakan Allah hanya menarik lelaki bermasalah dan bukannya lelaki beriman. Saya seperti sekarang ini seandainya masih bujang insyaAllah tidak akan memilih sebagai calon isteri dari kalangan wanita yang tidak menjaga auratnya serta bercakap dengan mengada-ngada dan manja.

Itulah sebabnya dalam surah anNur: 3 Allah berfirman bahawa

Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.

Itulah sebabnya Erra Fazira itu dahulunya memang hanya layak berkahwin dengan Yusri berdasarkan janji Allah ini dan saya ini layaknya memang berkahwin dengan isteri saya sekarang, subhanallah, maha suci Allah.

Kesimpulan dari ayat-ayat ini ialah:
  • Jangan buka aurat bagi wanita bila keluar dari rumah kelak diganggu oleh lelaki.
  • Jangan bercakap manja dan menggoda serta mengada-ngada bagi wanita nanti diganggu oleh lelaki yang bermasalah (bukan diganggu orang beriman).
  • Perempuan jahat hanya layak berkahwin dengan lelaki jahat dan sebaliknya.
  • Kalau ingin bersuami yang baik dan beriman, mulalah dari sekarang untuk membina diri menjadi wanita solehah, iansyaAllah diberikanNya suami yang soleh sesuai dengan surah An-Nur:26.

Wallahualam, wassalam.


Emjay.

12 comments:

  1. mmg susah susah nk kawal nafsu pd zaman skrg ni. ramai yg tewas terutamanya golongan adam. walaupn nafsu lelaki itu 1 nisbah 9 berbanding perempuan. rogol, bunuh, menagih dadah, dll semuanya berpunca drpd nafsu yg tidak terkawal. nafsu juga menjadi punca rumah tangga berpecah belah. lelaki main kayu tiga. begitu juga dgn perempuan. kahwin pn kerana nafsu. bukankah sudah lari drpd tujuan asalnya. lelaki belum berkemampuan dr segi zahir kahwin. akhir rumah tangga bergoncang kerana tidak mampu menjadi nakhodanya. berpoligami kononnye mengikut sunnah padahal tewas pada nafsu. sunnah nabi dulu berkahwin lebih drpd satu bukan semata2 kerana nafsu. sebaliknya untuk melindungi kaum hawa. dunia skrg memang penuh dgn cubaan dan dugaan nafsu. nafsu mmg godaan yg lebih hebat drpd syaitan. org yg beriman pn boleh tewas kepadanya. bersama2lah kita jaga mata kita anggota kita drpd godaan nafsu yg maha dahsyat ini. kita jaga keluarga kita.

    mcm dh terlebih plak. =) maaf kalo silap. sy pn insan yg lemah dan serba kekurangan. byk lagi yg taktau. sy budak baru belajar. kalo salah, sesame kite saling tegur menegur. :)

    ReplyDelete
  2. Tak apa hazrul, boleh teruskan

    ReplyDelete
  3. baru-baru ini, baru juga lah, 16 Mac 2008, saya keluar rumah seperti biasa dengan memakai pakaian yang biasa saya pakai, iaitu baju kurung, lalu lorong rumah saya untuk ke perhentian bas. di tepi lorong lain yang becantum dengan lorong rumah saya ada orang tgh tebang pokok. saya memang la tak pakai makeup tapi tatap disiulkan oleh lelaki2 yang tgh buat kerje tu...geram sungguh dalam hati. bila difikir2kan semula saya:

    1. tidak memakai pakaian yang ketat, jarang
    2. melabuhkan tudung

    tapi kenapa saya jadi bahan siulan,tak kira lah kat situ atau kat tempat2 lain pun?

    mestikah saya sampai ke tahap nak kena pakai jubah dan tudung labuh baru orang tak usik?
    warna baju yang saya pakai hari itu adalah kuning dengan bunga biru dan pink. Warna tu ke yang menarik perhatian? tapi saya pakai warna lain pun kene siul juga...huhu...

    ReplyDelete
  4. lelaki bersiul kadang kala sengaja untuk memalukan perempuan.
    Walau buruk mana sekalipon perangai seseorang lelaki itu
    hatinya tetap mencari perempuan yang baik untuk dijadikan isteri..

    ReplyDelete
  5. tapi kenapa ya ada lelaki yang suka malukan perempuan? malu juga bila ada kaum adam yang bersorak bila ada perempuan yang lalu naik beca berhias depan gerai2 makan kat konvo sebuah universiti bulan lepas. tak faham nape diorang buat gitu. saya tak rasa pun kepentingan buat gitu.y?

    ReplyDelete
  6. Memang resamnya sesetengah lelaki macam tu. Ye lah, perempuan perlu menjaga aurat dan diri dia ( tutup apa yang patut) tapi lelaki juga perlu menundukkan pandangan dari melihat perempuan tak kirelah perempuan tu 'bertutup' atau 'tidak bertutup'.( sekarang ni susah nak nampak lelaki macam tu)

    ReplyDelete
  7. org pompuan pakai seluar gean mcm lelaki.nampak bonjol sana sini...
    akhir zaman...wanita melayu...

    ReplyDelete
  8. saya nak tanya 1 soalan?macam mana pulak kalau seseorang perempuan tu pakai menutup aurat dan longgar tapi masih diganggu oleh lelaki?prkara ni memang terjadi pada saya.tak tahulah nk buat mcm mana lg untuk sekat nafsu lelaki.perempuan yang pakai tutup aurat pun kena cabul oleh lelaki,ini kan pula yang pakai dedah2.lg la....

    ReplyDelete
  9. buat tak tahu aje..yang penting jaga pergaulan,batasan..kalau jalan tempat sunyi bawaklah kawan..kalau hantu kacau boleh jgak baca doa nak halau ..kalau org kacau nak baca doa pun tak smpat..jadi sebagai pmpuan jagalah maruah....n tatasusila..biasala tu..da nama pun lelaki n perempuan..org laki mesti mengurat pmpuan n sebaliknya..tapi mesti ada niat disebaliknya..janganlah kita cepat melatah...: )..

    semoga kita di rahmati ALLAH..

    ReplyDelete
  10. saya biasa dgr atau baca statement dari kaum wanita/perempuan, Muslim atau kafir "..pakai menutup aurat pun belum tentu tak kena ganggu.."

    komen saya (maaf andai menyinggung perasaan para pembaca), berdasarkan ayat diatas yg menyebut... "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"...

    sedang yg disuruh itu adalah wanita yang beriman supaya "melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar)", keimanan terhadap Allah swt yg mcm mana yg ada pada wanita/perempuan itu??. Kebanyakan kita hanya mengambil sebahagian dari Islam/ Al-quran/ perintah Allah swt. (maaf sy pun tak sempurna)

    1) "..melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya.." tetapi tidak berdoa dan berharap kepada perlindungan Allah swt keatas dirinya / anak perempuannya.
    2) "..melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya.." tetapi niat berpakaian bkn krn Allah.
    3) "..melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya.." tetapi keluar rumah tanpa/bukan dgn mahram.
    4) "..melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya.." tetapi hati bersifat mazmumah.
    5) "..melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya.." tetapi derhaka pd suami/ ibubapa.
    6) "..melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya.." tetapi mengamalkan akhlak yg buruk samada melalui perkataan atau perbuatan.
    7) "..melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya.." tetapi gemar menfitnah dan mengadu domba.
    8) "..melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya.." tetapi mensyirikkan Allah swt
    9) "..melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya.." tetapi mengagungkan pakaian, muzik, cara hidup, pemikiran yg bertentangan dgn Al-quran dan sunnah (walau hanya mengagungkan didalam hati) dan lain2 yg sewaktu dgn nya.

    Bagi sy, sekiranya kita telah "..melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya.." tetapi kita atau anak perempuan kita masih diganggu oleh lelaki yg fasik terutamanya, sebelum kita mempertikai hukum Allah swt, eloklah kita selidiki dahulu diri kita sendiri. Adakah kita menurut perintahNya dgn ikhlas sebelum kita menuntut janji Allah swt seperti dlm ayat/ surah tersebut?

    perkara ini biasa terjadi (termasuklah sy sendiri) dimana kita sbg manusia yg lemah, samada kita sedari atau tidak dimana kita mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian. Kiranya berlaku musibah diganggu lelaki fasik dan perkara2 buruk yg seangkatan kpd kita atau anak perempuan kita, mohonlah ampun kpd Allah swt dan berusahalah perbaiki hubungan kita dgn Allah dan hubungan kita sesama makhluk.

    Mohon betulkan jika ada salah & silap.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  11. Kalau masih berlipstik insyaAllah kena ganggu juga walau tutup aurat.

    Janji Allah pastinya ditepati

    Emjay

    ReplyDelete
  12. Cantik sekali tulisan mone2cute ini.

    Semoga Allah merahmati memberkati sdr.

    Emjay

    ReplyDelete