Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Tuesday, 21 November 2006

PANDUAN MENGENAL PASTI BOMOH








Panduan Mengenal pasti Bomoh

Pada artikel yang lalu (copy paste dari laman lain) telah dijelaskan hukum berbomoh. Ia dapat dilihat semula di laman saya di sini: http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/berusaha-melalui-bomoh-dukun-para-normal.html

Hari ini cerita tentang bomoh akan disambung semula dengan penerangan yang boleh diguna pakai untuk mengenal pasti bomoh iaitu seorang manusia yang sesat lagi menyesatkan.

Bomoh juga dikenali dengan panggilan dukun, pengubat alternatif, pengubat tradisional, tabib, para normal dan pawang. Ia dapat didefinisikan sebagai orang yang mengubati orang sakit dengan cara
kampung dan jampi-jampi yang menyalahi dari sisi Islam. Kebiasaannya mereka ini menggunakan khidmat khadam atau pembantu dari kalangan iblis dan jin.

Berbeza dengan bomoh, terdapat juga orang yang mengubat dengan perubatan tradisional yang menggunakan tumbuhan dan herba untuk mengubati pesakit dan ini adalah tidak salah dari sisi islam. Pengubat tradisional ini  tidak menggunakan jampi yang salah di sisi Islam dan hanya menggunakan jampi yang dibenarkan oleh Islam. Namun kebanyakan bomoh di Malaysia adalah
dari kategori yang sesat dan ada juga yang mencampuradukkan yang benar dengan yang batil menjadikannya salah di sisi Islam.

Untuk mengenal pasti bomoh yang menyalahi agama Islam dan perlu dijauhi, berikut diperturunkan serba sedikit panduan untuk mengenal pasti mereka dari golongan ini:

1 Tiada kaunseling atau dakwah Islam.

Gemar mengatakan perbuatan orang bagi setiap punca penyakit yang dialami.

3 Memberikan objek sama ada tangkal, azimat atau air jampi untuk dibawa pulang.

4 Menyuruh pesakit bawa objek seperti limau nipis, sirih atau kapur setiap kali datang berurusan.

5 Ada upacara memotong limau di permulaan sesi mengubat.

6 Pengamal bomoh suka pakai baju kuning (oren), hitam atau merah.

7 Minta pengeras.

8 Ada pemutus ubat setelah selesai perubatan.

9 Minta duit dan kadang-kadang amaun yang diminta tidak masuk akal sama sekali sehingga mencecah beribu ringgit.

10 Ada yang mengamalkan puasa pati geni (memutih) di peringkat awal untuk menjadi bomoh.

11 Guna air dalam mangkuk untuk menelek.

12 Melakukan perkara luar biasa seperti boleh membelah dada dan perut untuk mengeluarkan dan mencuci organ dalaman malahan boleh dirakam sewaktu pembedahan tersebut.

13 Mengaku mempunyai keajaiban seperti kasyaf

14 Pengamal Feng Shui adalah bomoh.

15 Sami Budda, hindu dan sebahagian paderi adalah bomoh.

16 Kebanyakan pengamal ilmu sesat ini sembahyang, puasa, pergi masjid, ada title haji / hajah, menggunakan bismillah dan insya Allah dalam pertuturan mereka dan perlakuan mereka lebih mirip kepada seolah-olah orang yang mendalami agama Islam. Ini semua adalah sebenarnya aset yang maha penting bagi iblis dan orang ini untuk terus sesat dan menyesatkan orang ramai.

17 Setengah mereka ada title ustaz, ustazah, profesor, doktor malahan ada yang bergelar Dato’.

18 Ada proses menurun sewaktu mengubat.

19 Ada menyeru pelbagai nama seperti wali yang dah meninggal seperti wali songo dan syeikh Abdul Kadir Jailani, malaikat dan nama-nama lain yang pelik.

20 Menggunakan objek pelik seperti keris, pedang, lilin dan sebagainya dalam proses mengubat.

21 Kalau orang perempuan, selalunya tak pakai tudung atau tudung ringkas, bermake up
dan banyak barang kemas.

22 Mereka yang ada hubung kait dengan sixth sense atau kuasa minda, aura,cahaya dan tenaga dalaman adalah sebenarnya seorang bomoh yang sesat..

23 Ada mengamalkan meditasi.

24 Ada bertapa untuk mendapatkan ilmu tersebut.

25 Mengaku mengetahui perkara ghaib seperti tahu siapa mencuri dan siapa yang mendengki.

26 Mengaku boleh nampak jin.

27 Banyak mengamal bidaah dan sangat kurang mengamalkan sunnah.

28 Tergantung banyak ayat-ayat Al Quran didinding rumah mereka.

29 Gemar menjanjikan kesembuhan yang segera.

30 Gemar riak dengan menceritakan kes-kes lalu yang telah berjaya diselesaikan termasuk menceritakan ramai orang besar kenamaan (VIP) telah berubat dengannya.

31 Mengamalkan mandi laut waktu malam bagi membuang syaitan.

32 Menggunakan khadam seperti jin dan “malaikat”.

33 Melakukan semah seperti semah rumah dan gelanggang.

34 Mengamalkan mandi bunga. Mandi bunga adalah amalan dari ajaran agama hindu.

35 Memberikan pendinding bagi rumah, diri dan sebagainya.

36 Pengamal yang memberikan khidmat memasukkan apa jenis susuk sekali pun dan tattoo adalah bomoh.

Untuk melihat bomoh artis sebenar sedang memasukkan susuk, sila klik link berikut:


Berbanding pengamal perbomohan yang melanggar ajaran agama Islam, pengamal perubatan Islam dan tradisional yang dibenarkan dalam Islam mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Menjalankan kaunseling dan dakwah islamiah kepada pesakit.

2. Gemar mengatakan bahawa setiap bala musibah bukanlah disebabkan oleh orang yang menyihir dan dengki tetapi adalah di atas kehendak dan kekuasaan Allah jua.

3. Tidak memberikan sebarang tangkal azimat untuk dibawa balik.

4. Tidak ada pengeras dan pemutus ubat.

5. Tidak menentukan sebarang bayaran tetapi sedia menerima sebarang amaun sebagai hadiah. (dibenarkan dalam Islam mengikut hadis sahih – cerita nak sembelih kambing pemberian orang sakit yang dah sembuh)

6. Ada memberikan ubat yang disediakan dari tumbuhan, herba atau dari campuran bahan-bahan tertentu dan diiktikadkan sebagai jual beli ubat.

7. Mengaku tidak ada kuasa ghaib

8. Tidak melakukan sebarang perkara yang pelik dan luar biasa.

9. Tidak mengenakan uniform khas dan warna-warna tertentu sewaktu mengubat pesakit.

10. Mengamalkan Islam dengan lebih cantik selari dengan Al Quran dan Al Hadis

11. Lebihcenderung mengamalkan sunah dan meninggalkan bidaah.

12. Tiada ayat Al Quran tergantung di dinding rumah.

13. Tidak materialistik dan dapat dilihat pada kenderaan dan rumah.

14. Tidak menggunakan bantuan sebarang khadam termasuk jin dalam perubatannya.
Semata-mata bertawakal kepada Allah.

15. Tidak menjanjikan kesembuhan yang segera.



Silalah email saya di: emjayjb@gmail.com


Wallahualam. Wassalam.


Emjay.


6 comments:

  1. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya kerap melawat laman ini, dan tulisan ustaz banyak membantu menyedarkan saya dengan tipu daya manusia yang bergelar bomoh.

    Harap tulisan/pengalaman saya ini memberi manfaat kepada pembaca2 di luar sana.

    Saya mempunyai banyak pengalaman dengan pengamal2 perubatan tradisional termasuk mereka yg mengaku berdamping dengan wali2 sembilan kemudiannya panglima2 dan puteri2.

    Saya dan isteri dan beberapa teman yg rapat , di atas ujian Allah, telah di sihir akibat persaingan perniagaan, terdesak untuk berubat maka kami di perkenalkan oleh rakan2 lain yg bersimpati dengan kami dengan pengamal2 perubatan ini.

    Dan kami pula, di atas kononnya keberkesanan cara perubatan ini telah memperkenalkan pula kepada rakan2 senasib yg juga mangsa sihir (semoga Allah akan menyedarkan rakan2 kami ini).

    Terlalu banyak yg kami lalui, sepanjang 1 tahun lebih berubat, kesimpulannya sakit yg lama pergi hanya sementara, tetapi penyakit dan musibah yg baru datang bertimpa2.

    Di awal perubatan kami disuruh bersembahyang hajat, membaca doa2 tertentu, nampak semuanya berlandaskan agama islam berlandaskan al-quran, dan beberapa lama kemudian setelah kami menjadi rapat (boleh kata taksub) dan menjadi murid/pelajar yg istimewa, kami dibekalkan dengan amalan2 doa yg diambil secara diijazahkan dengan mahar yg tertentu. Amalan2 itu harus dibaca lepas sembahyang (kononnya lebih mujarab) dan kami juga di bekalkan beberapa alat-alatan perubatan, kononnya lebih power seperti cincin, minyak dan sebagainya (ada yg percuma dan ada yg di bayar ribuan ringgit), dengan alasan doa, baca quran sahaja tidak mencukupi, mesti ada amalan kebatinan dan alat-alatan perubatan/tangkal/azimat.

    Kemudiannya pula, kononnya kerana keistimewaan kami sebagai murid yg taat, kami diperkenalkan pula dengan pendamping2 wali allah, yang kononnya banyak membantu kami. Dan kami acap kali sentiasa teruja bila dapat bercakap, meminta nasihat/pandangan dengan wali2 allah ini, yg kami gelar datuk, nama2 wali sembilan.. dan berbagai2 lagi.

    Lagi kuat amalan yg kami amalkan dan sembahyang yg kami lakukan maka akan bertambah kuatlah kebatinan dan benteng pertahanan kami dari serangan sihir. Kami juga mampu bersilat (sebelum ini tak pernah belajar silat), menghantar jurusan, buah pukulan secara batin dan secara jarak jauh kepada musuh2 kami. Kerap kali kami melakukannya sesudah sembahyang waktu, kononnya lebih mujarab, ada ketikanya di dlm masjid dan surau sesudah sembahyang jemaah.

    Setelah sekian lama dan selepas mendapat kepercayaan kami, kami secara perlahan telah dipesongkan (setengahnya juga ditundukkan kami melalui sihir), duit ringgit yg lebur usah cerita.

    Kesimpulannya, akibat terkena sihir, maka kami pergi kepada pengamal perubatan yg juga menggunakan sihir untuk melawan sihir, dan lebih teruk lagi, setelah pulih buat seketika (mungkin juga dengan cara mereka berpompromi dengan jin/syaitan), kami disihir/ditundukkan pula untuk taksub percaya kepada kuasa dan kehandalan mereka ini, dan akibat dimomokkan dengan segala musibah yg bakal terjadi kepada kami, dengan mudah kami menyerahkan wang ringgit kepada mereka agar kononnya musibah ini boleh ditepis dengan kuasa mereka tetapi mestilah dengan cagaran wang ringgit. Segala sakit,demam,musibah,perniagaan rugi semuanya kerana jin,hantu,syaitan dan sihir.

    Tapi Allah masih sayangkan kami, sebelum kami terpesong lebih jauh, dan diatas berkatnya doa2 yg kami panjatkan kepada yang Maha Esa, kami di pertemukan dengan seorang ustaz (isterinya juga ustazah) yg menjadi imam di surau dan guru sekolah tahfiz, yang hanya berlandaskan perubatan secara Islam iaitu melalui Al-Quran dan Hadis. Laman web ini juga banyak membantu dalam menyedarkan saya.

    Saya menulis, kerana masih terlalu ramai di luar sana yang mempercayai bomoh2 ini, termasuk rakan2 kami dan ada sesetengah rakan2 kami itu, kami yang memperkenalkan kepada bomoh syaitan ini sehingga ada yg terlalu taksub hingga menjadi murid/pelajar ka

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Emjay....kalau orang tu tak sedar yang dia dah buat syirik ...cemana Emjay...mcm kita yg dah tau ni...nak kabo kat dia cemana?...tambah2 mak ayah sendiri...cemana Emjay?

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum wbt.

    Emjay, saya pasti yg ni adalah ceramah dari seorang ustaz yg sesat...

    http://perubatanislam.multiply.com/music/item/77

    ReplyDelete
  4. Mmmm.....tak semestinya menggantungkan ayat suci di dinding itu salah. Cuma iktikad perlu betul. Ada juga perawat Islam yang menggantungkan ayat suci sama ada di luar atau di dalam rumah.

    ReplyDelete
  5. Salam ......pastikan apabila nak menyatakan sesuatu perkara atau isu yang berkaitan dengan Islam gunakanlah dalil-dalil yang shahih dari Al-Quran dan Hadis bagi menyokong dan menguatkan lagi sebarang fakta yang anda ketengahkan bagi memberi keyakinan kepada pembaca terhadap apa yang anda sampaikan......terima kasih

    ReplyDelete
  6. ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    SAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM BAUNYA TU, SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT. JANGANLAH JADI DAYUSSSSSSS TAKUT NAK TUNJUK MUKA.

    PERHATIAN !!!!!!!!!
    BERITA TV3 MENYATAKAN BAHAWA DAJAL TELAH KELUAR JB, MAKA MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENOLAK DAKWAH SONGSANG INI. SUKA-SUKA NAK JATUHKAN HUKUM.........YANG DIA TAHU HANYA........SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    ReplyDelete