Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday, 23 November 2006

Hukum Kenduri Arwah Fatwa dari Imam As Syafiee


KENDURI ARWAH


(Updated 30 Januari 2020)

Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah mengharamkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.


Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:


وَيَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْيَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ


“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.

Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar (ائمة العلماء الشافعية) yang berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:

وَاُحِبُّ لِجِيْرَانِ الْمَيِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِهِ اَنْ يَعْمَلُوْا
لاَهْلِ الْمَيِّتِ فِىْ يَوْمِ يَمُوْتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا مَا يُشْبِعُهُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ.

“Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati  menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”.

Fatwa Imam Syafie di atas ini adalah berdasarkan hadis sahih:

قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنِ جَعْفَرَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرِ حِيْنَ
قُتِلَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِصْنَعُوْا لآلِ
جَعْفَرِ طَعَامًا فَقَدْ اَتَاهُمْ مَايُشْغِلُهُمْ . (حسنه الترمزى وصححه الحاكم)

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”. 

Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim.

Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si Mati, terutama jika si Mati termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si Mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya haram. Telah dinyatakan juga di dalam kitab (اعانة الطالبين) jld. 2. hlm. 146:

وَقَالَ اَيْضًأ : وَيَكْرَهُ الضِّيَافَةُ مِنَ الطَّعَامِ مِنْ اَهْلِ 
الْمَيِّتِ لاَنَّهُ شَرَعَ فِى السُّرُوْرِ وَهِيَ بِدْعَةٌ

“Imam Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid’ah”.

Seterusnya di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz. 2. hlm. 146 – 147, Imam Syafie rahimahullah berfatwa lagi:

وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُهُ مَا يَفْعَلُ
النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِيْنَ بَلْ كَلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ

“Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haram”.

Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan yasinan beramai-ramai) dihari pertama kematian, dihari ketiga, dihari ketujuh, dihari keempat puluh, dihari keseratus, setelah setahun kematian dan dihari-hari seterusnya sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam sekarang adalah perbuatan haram dan bid’ah menurut fatwa Imam Syafie.

Oleh itu, mereka yang mendakwa bermazhab Syafie sewajarnya menghentikan perbuatan yang haram dan bid’ah ini sebagai mematuhi wasiat imam yang agung ini.

Seterusnya terdapat dalam kitab yang sama (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 145-146, Mufti yang bermazhab Syafie al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah menukil fatwa Imam Syafie yang menghukum bid’ah dan mengharamkan kenduri arwah:

وَلاَ شَكَّ اَنَّ مَنْعَ النَّاسِ مِنْ هَذِهِ الْبِدْعَةِ الْمُنْكَرَةِ فِيْهِ اِحْيَاءٌ لِلسُّنَّةِ وَاِمَاتَةٌ لِلْبِدْعَةِ وَفَتْحٌ لِكَثِيْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الْخَيْرِ وَغَلْقٌ لِكَثِيْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الشَّرِّ ،
فَاِنَّ النَّاسَ يَتَكَلَّفُوْنَ تَكَلُّفًا كَثِيْرًا يُؤَدِّيْ اِلَى اَنْ يَكُوْنَ ذَلِكَ الصُّنْعُ مُحَرَّمًا .

“Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang (mencegah) manusia dari perbuatan bid’ah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan (menghapuskan) bid’ah, membuka banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan dan (kalau dibiarkan bid’ah berterusan) orang-orang (awam) akan terdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haram”.

Kenduri arwah atau lebih dikenali dewasa ini sebagai majlis tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama dihari khaul .(خول) Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, diharamkan dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie rahimahullah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:

مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَهْلِ الْمَيِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ

“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”. Lihat:اعانة الطالبين juz 2 hlm. 145.

Di dalam kitab fikh (حاشية القليوبي) juz. 1 hlm. 353 atau di kitab قليوبى - عميرة) -(حاشيتان
juz. 1 hlm. 414 dapat dinukil ketegasan Imam ar-Ramli rahimahullah yang mana beliau berkata:

قَالَ شَيْخُنَا الرَّمْلِى : وَمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ 
فِعْلُهَا كَمَا فِى الرَّوْضَةِ مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِمَّا يُسَمَّى
الْكِفَارَةَ وَمِنْ صُنْعِ طَعَامِ للاِجْتَمَاعِ عَلَيْهِ قَبْلَ الْمَوْتِ
اَوْبَعِدَهُ وَمِنَ الذَّبْحِ عَلَى الْقُبُوْرِ ، بَلْ كُلُّ ذَلِكَ
حَرَامٌ اِنْ كَانَ مِنْ مَالٍ مَحْجُوْرٍ وَلَوْ مِنَ التَّركَةِ ، اَوْ
مِنْ مَالِ مَيِّتٍ عَلَيْهِ دَيْنٌ وَتَرَتَّبَ عَلَيْهِ ضَرَرٌ اَوْ نَحْوُ ذَلِكَ.

“Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli: Antara perbuatan bid’ah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab “Ar-Raudah” iaitu mengerjakan amalan yang disebut “kaffarah” secara menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si Mati sama sebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bid’ah yang mungkar) penyembelihan untuk si Mati, malah yang demikian itu semuanya haram terutama jika sekiranya dari harta yang masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si Mati atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas) atau seumpamanya”.

Di dalam kitab(الفقه على المذاهب الاربعة) jld.1 hlm. 539, ada dijelaskan bahawa:

وَمِنَ الْبِدَعِ الْمَكْرُوْهَةِ مَا يَفْعَلُ الآن مِنْ ذَبْحِ
الذَّبَائِحَ عِنْدَ خُرُوْجِ الْمَيِّتِ اَوْ عِنْدَ الْقَبْرِ وَاِعْدَادِ الطَّعَامِ مِمَّنْ يَجْتَمِعُ لِتَّعْزِيَةِ .

“Termasuk bid’ah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si Mati telah keluar dari rumah (telah dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumpul untuk takziyah”.

Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkan pahala melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si Mati. Mungkin persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu', masalah cabang atau ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh kalangan mubtadi' (مبتدع) "pembuat atau aktivis bid'ah" sehingga amalan ini tidak mahu dipersoalkam oleh pengamalnya tentang haram dan tegahannya dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama yang bermazhab Syafie.


Pada hakikatnya, amalan mengirim atau menghadiahkan pahala bacaan seperti yang dinyatakan di atas adalah persoalan besar yang melibatkan akidah dan ibadah. Wajib diketahui oleh setiap orang yang beriman bahawa masalah akidah dan ibadah tidak boleh dilakukan secara suka-suka (tanpa ada hujjah atau dalil dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya), tidak boleh berpandukan pada anggapan yang disangka baik lantaran ramainya masyarakat yang melakukannya, kerana Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah memberi amaran yang tegas kepada mereka yang suka bertaqlid (meniru) perbuatan orang ramai yang tidak ada dalil atau suruhannya dari syara sebagaimana firmanNya:

وَاِنْ تُطِعْ اَكْثَرَ مَنْ فِى اْلاَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ
سَبِيْلِ اللهِ اِنْ يَّتَّبِعُوْنَ اِلاَّ الظَّنَّ وَاِنْ هُمْ اِلاَّ يَخْرُصُوْنَ

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)".
Al-An'am, 6:116.


Begitu juga sesuatu amalan yang disangkakan ibadah sama ada yang dianggap wajib atau sunnah, maka ia tidak boleh ditentukan oleh akal atau hawa nafsu, antara amalan tersebut ialah amalan kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) maka lantaran ramainya orang yang mengamalkan dan adanya unsur-unsur agama dalam amalan tersebut seperti bacaan al-Quran, zikir, doa dan sebagainya, maka kerananya dengan mudah diangkat dan dikategorikan sebagai ibadah. Sedangkan kita hanya dihalalkan mengikut dan mengamalkan apa yang benar-benar telah disyariatkan oleh al-Quran dan as-Sunnah jika ia dianggap sebagai ibadah sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيْعَةٍ مِنَ اْلاَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلاَ
تَتَّبِعْ اَهْوَاءَ الَّذِيْنَ لاَ يَعْلَمُوْنَ . اَنَّهُمْ لَنْ يُّغْنُوْا عَنْكَ مِنَ اللهِ شَيْئًا

"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan yang wajib ditaati) dalam urusan (agamamu) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil). Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak diri kamu sedikitpun dari siksaan Allah".
Al-Jasiyah, 45:18-19.

Setiap amalan yang dianggap ibadah jika hanya berpandukan kepada andaian mengikut perkiraan akal fikiran, perasaan, keinginan hawa nafsu atau ramainya orang yang melakukan tanpa dirujuk terlebih dahulu kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar yang sahih untuk dinilai sama ada haram atau halal, sunnah atau bid'ah, maka perbuatan tersebut adalah suatu kesalahan (haram dan bid’ah) menurut syara sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat di atas dan difatwakan oleh Imam Syafie rahimahullah. Memandangkan polemik dan persoalan kenduri arwah kerapkali ditimbulkan dan ditanyakan kepada penulis, maka ia perlu ditangani dan diselesaikan secara syarii (menurut hukum dari al-Quran dan as-Sunnah) serta fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dari kalangan Salaf as-Soleh yang muktabar. Dalam membincangkan isu ini pula, maka penulis tumpukan kepada kalangan para ulama dari mazhab Syafie kerana ramai mereka yang bermazhab Syafie menyangka bahawa amalan kenduri arwah, tahlilan, yasinan atau amalan mengirim pahala adalah diajarkan oleh Imam Syafie dan para ulama yang berpegang dengan mazhab Syafie.

Insya-Allah, mudah-mudahan tulisan ini bukan sahaja dapat menjawab pertanyaan bagi mereka yang bertanya, malah akan sampai kepada mereka yang mempersoalkan isu ini, termasuklah mereka yang masih tersalah anggap tentang hukum sebenar kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) menurut Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Selain dari artikel ini terdapat banyak lain artikel seperti :-


Artikel di atas di petik dari tulisan Ustaz Rasul Dahri http://rasuldahri.tripod.com/articles/kenduri_arwah.htm


Sekian dari Emjay






Hukum2 berkaitan haid wanita & membaca AlQuran sewaktu haid


Berkaitan dengan tajuk hukum-hukum berkaitan perempuan yang mengalami haid, termasuklah hukum membaca AlQuran semasa haid, berikut saya sediakan link untuk perkara ini.

1. Dari Al Firdaus.com

http://www.al-firdaus.com/DarahWanita/empat.htm

2.http://demipena.blogspot.com/2006/03/bolehkah-menyentuh-atau-membaca-quran.html

3. http://mualaf.com/modules.php?name=FAQ&myfaq=yes&id_cat=2&categories=Wanita+Haid+membaca+Al+Qur'an

4. http://al-qayyim.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=29

5. http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/SJ_agama/default2.htm

6. http://www.mail-archive.com/belajar-islam@yahoogroups.com/msg00103.html


Etika Membaca Al-Qur'An:

dipetik dari :
http://forsitek.brawijaya.ac.id/index.php?do=detail&cat=eetika&id=etk-bacaquran

  1. Sebaiknya orang yang membaca Al-Qur'an dalam keadaan sudah
    berwudhu, suci pakaiannya, badannya dan tempatnya serta telah bergosok gigi.
  2. Hendaknya memilih tempat yang tenang dan waktunya pun pas, karena hal tersebut lebih dapat konsentrasi dan jiwa lebih tenang.
  3. Hendaknya memulai tilawah dengan ta`awwudz, kemudian basmalah pada setiap awal surah selain selain surah At-Taubah. Allah SWT berfirman yang artinya:

    "Apabila kamu akan membaca al-Qur'an, maka memohon perlindungan-lah kamu kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk". (An-Nahl: 98).
  4. Hendaknya selalu memperhatikan hukum-hukum tajwid dan  membunyikan huruf sesuai dengan makhrajnya serta membacanya dengan tartil (perlahan-lahan). Allah SWT berfirman yang artinya:

    "Dan Bacalah Al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan". (Al-Muzzammil: 4).
  5. Disunnatkan memanjangkan bacaan dan memperindah suara di saat membacanya. Anas bin Malik  pernah ditanya:

    Bagaimana bacaan Nabi SAW
    (terhadap Al-Qur'an? Anas menjawab: "Bacaannya panjang (mad), kemudian
    Nabi membaca "Bismillahirrahmanirrahim" sambil memanjangkan Bismillahi,
    dan memanjangkan bacaan ar-rahmani dan memanjangkan bacaan ar-rahim".
    (HR. Al-Bukhari).
    Dan Nabi SAW juga bersabda:

    "Hiasilah suara kalian dengan Al-Qur'an". (HR. Abu Daud, dan dishahih-kan oleh Al-Albani).
  6. Hendaknya membaca sambil merenungkan dan menghayati
    makna yang terkandung pada ayat-ayat yang dibaca, berinteraksi
    dengannya, sambil memohon surga kepada Allah bila terbaca ayat-ayat
    surga, dan berlindung kepada Allah dari neraka bila terbaca ayat-ayat
    neraka. Allah SWT berfirman yang artinya:

    "Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh
    dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya
    mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran."
    (Shad: 29).
    Dan di dalam hadits Hudzaifah ia menuturkan:

    "......Apabila Nabi terbaca ayat yang mengandung makna bertasbih
    (kepada Allah) beliau bertasbih, dan apabila terbaca ayat yang
    mengandung do`a, maka beliau berdo`a, dan apabila terbaca ayat yang
    bermakna meminta perlindungan (kepada Allah) beliau memohon
    perlindungan".
    (HR. Muslim). Allah berfirman yang artinya:
  7. Hendaknya mendengarkan bacaan Al-Qur'an dengan baik dan diam, tidak berbicara. Allah SWT berfirman yang artinya:

    "Dan apabila Al-Qur'an dibacakan, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu men-dapat rahmat". (Al-A`raf: 204).
  8. Hendaklah selalu menjaga al-Qur'an dan tekun membacanya dan mempelajarinya (bertadarus) hingga tidak lupa. Rasulullah SAW bersabda:

    "Peliharalah Al-Qur'an baik-baik, karena demi Tuhan yang diriku
    berada di tangan-Nya, ia benar-benar lebih liar (mudah lepas) dari pada
    unta yang terikat di tali kendalinya".
    (HR. Al-Bukhari).
  9. Hendaknya tidak menyentuh Al-Qur'an kecuali dalam keadaan suci. Allah SWT telah berfirman yang artinya:

    "Tidak akan menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan". (Al-Waqi`ah: 79).
  10. Boleh bagi wanita haid dan nifas membaca al-Qur'an
    dengan tidak menyentuh mushafnya menurut salah satu pendapat ulama yang
    lebih kuat, karena tidak ada hadits shahih dari Rasulullah SAW
     yang melarang hal tersebut.
  11. Disunnatkan menyaringkan bacaan Al-Qur'an selagi tidak
    ada unsur yang negatif, seperti riya atau yang serupa dengannya, atau
    dapat mengganggu orang yang sedang shalat, atau orang lain yang juga
    membaca Al-Qur'an.
  12. Termasuk sunnah adalah berhenti membaca bila sudah ngantuk, karena Rasulullah SAW bersabda:

    "Apabila salah seorang kamu bangun di malam hari, lalu lisannya
    merasa sulit untuk membaca Al-Qur'an hingga tidak menyadari apa yang ia
    baca, maka hendaknya ia berbaring (tidur)".
    (HR. Muslim).


Wednesday, 22 November 2006

Isteri2 Nabi & Umur Aisyah ketika kahwin Nabi Muhammad saw

Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a

Beliau adalah merupakan isteri nabi Muhammad s.a.w. yang pertama. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.

Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu nabi Muhammad s.a.w. bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum bithah dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun.

Beliau merupakan isteri nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya.

Mas kahwin daripada nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 20 bakrah dan upacara perkahwinan diadakan oleh ayahnya Khuwailid. Riwayat lain menyatakan, upacara itu dilakukan oleh saudaranya Amr
bin Khuwailid.

Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a

Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Saudah setelah wafatnya Khadijah tetapi dalam bulan itu juga.

Saudah adalah seorang janda tua. Suami pertamanya ialah al-Sakran bin Amr. Saudah dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke Habsyah. Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah, maka nabi Muhammad s.a.w. telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya.

Acara perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr. Riwayat lain menyatakan upacara dilakukan oleh Abu Hatib bin Amr. Mas kahwinnya ialah 400 dirham.


Aishah bt Abu Bakar

Akad nikah diadakan di Mekah sebelum Hijrah, tetapi setelah wafatnya Khadijah dan setelah nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Saudah. Ketika itu Aisyah berumur 16 tahun. Rasulullah tidak bersama dengannya sebagai suami isteri melainkan setelah berhijrah ke Madinah. Ketika itu, Aisyah berumur 19 tahun sementara nabi Muhammad s.a.w. berumur 53 tahun.

Aisyah adalah isteri nabi Muhammad s.a.w. yang tunggal yang dikahwininya semasa gadis. Upacara dilakukan oleh ayahnya Abu Bakar dengan mas kahwin 400 dirham.

Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a

Hafsah seorang janda. Suami pertamanya Khunais bin Hudhafah al-Sahmiy yang meninggal dunia selepas Perang Badar. Bapanya Umar mempelawa Abu Bakar berkahwin dengan Hafsah, tetapi Abu Bakar tidak menyatakan sebarang persetujuan dan Umar mengadu kepada nabi Muhammad s.a.w.. Lalu baginda mengambil Hafsah sebagai isteri.

Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a

Salamah seorang janda tua mempunyai 4 anak dengan suami pertama yang bernama Abdullah bin Abd al-Asad. Suaminya terkorban dalam Perang Uhud dan saudara sepupunya turut terkorban dalam perang itu lalu nabi Muhammad s.a.w. melamarnya. Mulanya lamaran ditolak kerana menyedari usia tuanya. Alasan umur turut digunakannya ketika menolak lamaran Abu Bakar dan Umar al Khattab.

Lamaran kali kedua nabi Muhammad s.a.w. diterimanya dengan mas kahwin sebuah tilam, mangkuk dari sebuah pengisar tepung.

Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a

Ummu Habibah seorang janda. Suami pertamanya Ubaidullah bin Jahsyin al-Asadiy. Ummu Habibah dan suaminya Ubaidullah pernah berhijrah ke Habsyah. Ubaidullah meninggal dunia ketika di rantau dan Ummu Habibah yang berada di Habsyah kehilangan tempat bergantung.


Melalui al Najashi, nabi Muhammad s.a.w. melamar Ummu Habibah dan upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar oleh al Najashi bagi pihak nabi.

Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith

Ayah Juwairiyah ialah ketua puak Bani al-Mustaliq yang telah mengumpulkan bala tenteranya untuk memerangi nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Muraisi'. Bani al-Mustaliq telah tewas dan Barrah telah ditawan oleh Thabit bin Qais bin al-Syammas al-Ansariy. Thabit mahu dia dimukatabah dengan 9 tahil emas Barrah mengadu kepada nabi. Baginda sedia membayar mukatabah tersebut dan seterusnya mengahwininya.

Safiyah bt. Huyay

Safiyah anak kepada Huyay, ketua puak Bani Quraizah iaitu dari keturunan Nabi Harun a.s. Dalam Perang Khaibar, suaminya seorang Yahudi telah ditawan dan Safiyah telah ditawan. Dalam satu rundingan setelah dibebaskan, Safiyah telah memilih untuk menjadi isteri nabi Muhammad s.a.w. .

Zainab bt. Jahsyin

Zainab merupakan isteri kepada Zaid bin Harithah, yang pernah menjadi hamba dan kemudian menjadi anak
angkat nabi Muhammad s.a.w. setelah dia dimerdekakan.

Hubungan suami isteri antara Zainah dan Zaid tidak bahagia kerana Zainab dari keturunan mulia, tidak mudah patuh dan tidak setaraf dengan Zaid. Zaid telah menceraikannya walaupun telah dinasihati oleh nabi Muhammad s.a.w. .

Upacara perkahwinan dilakukan oleh al-Abbas bin Abd al-Muttalib dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar bagi pihak nabi Muhammad s.a.w.

Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah

Asma' telah berkahwin dengan nabi Muhammad s.a.w. tetapi diceraikan oleh baginda dan dihantar pulang kepada keluarganya sebelum hidup bersama kerana Asma mengidap penyakit sopak.

Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah

Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Umrah ketika Umrah baru sahaja memeluk agama Islam. Umrah telah diceraikan dan dipulangkan kepada keluarganya.

Zainab bt Khuzaimah

Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia sewaktu nabi Muhammad s.a.w. masih hidup.

Rujukan

  • Profesor Madya Dr. Ishak Mohd.
    Rejab, 'Rasulullah Sebagai Ketua Keluarga', Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,
    1988.

Bersama ini disertakan Attachment file berbentuk winzip penjelasan dan hujah umur Aisyah ketika berkahwin oleh Allama Habibur Rahman Kandhalwi

Sekian


Attachment: umur_aisyah.zip

PANDUAN MENGENAL PASTI BOMOH



Pada artikel yang lalu (copy paste dari laman lain) telah dijelaskan hukum berbomoh. Ia dapat dilihat semula di laman saya di sini: http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/berusaha-melalui-bomoh-dukun-para-normal.html

Hari ini cerita tentang bomoh akan disambung semula dengan penerangan yang boleh diguna pakai untuk mengenal pasti bomoh iaitu seorang manusia yang sesat lagi menyesatkan.

Bomoh juga dikenali dengan panggilan dukun, pengubat alternatif, pengubat tradisional, tabib, para normal dan pawang. Ia dapat didefinisikan sebagai orang yang mengubati orang sakit dengan cara
kampung dan jampi-jampi yang menyalahi dari sisi Islam. Kebiasaannya mereka ini menggunakan khidmat khadam atau pembantu dari kalangan iblis dan jin.

Berbeza dengan bomoh, terdapat juga orang yang mengubat dengan perubatan tradisional yang menggunakan tumbuhan dan herba untuk mengubati pesakit dan ini adalah tidak salah dari sisi islam. Pengubat tradisional ini  tidak menggunakan jampi yang salah di sisi Islam dan hanya menggunakan jampi yang dibenarkan oleh Islam. Namun kebanyakan bomoh di Malaysia adalah
dari kategori yang sesat dan ada juga yang mencampuradukkan yang benar dengan yang batil menjadikannya salah di sisi Islam.

Untuk mengenal pasti bomoh yang menyalahi agama Islam dan perlu dijauhi, berikut diperturunkan serba sedikit panduan untuk mengenal pasti mereka dari golongan ini:

1 Tiada kaunseling atau dakwah Islam.

Gemar mengatakan perbuatan orang bagi setiap punca penyakit yang dialami.

3 Memberikan objek sama ada tangkal, azimat atau air jampi untuk dibawa pulang.

4 Menyuruh pesakit bawa objek seperti limau nipis, sirih atau kapur setiap kali datang berurusan.

5 Ada upacara memotong limau di permulaan sesi mengubat.

6 Pengamal bomoh suka pakai baju kuning (oren), hitam atau merah.

7 Minta pengeras.

8 Ada pemutus ubat setelah selesai perubatan.

9 Minta duit dan kadang-kadang amaun yang diminta tidak masuk akal sama sekali sehingga mencecah beribu ringgit.

10 Ada yang mengamalkan puasa pati geni (memutih) di peringkat awal untuk menjadi bomoh.

11 Guna air dalam mangkuk untuk menelek.

12 Melakukan perkara luar biasa seperti boleh membelah dada dan perut untuk mengeluarkan dan mencuci organ dalaman malahan boleh dirakam sewaktu pembedahan tersebut.

13 Mengaku mempunyai keajaiban seperti kasyaf

14 Pengamal Feng Shui adalah bomoh.

15 Sami Budda, hindu dan sebahagian paderi adalah bomoh.

16 Kebanyakan pengamal ilmu sesat ini sembahyang, puasa, pergi masjid, ada title haji / hajah, menggunakan bismillah dan insya Allah dalam pertuturan mereka dan perlakuan mereka lebih mirip kepada seolah-olah orang yang mendalami agama Islam. Ini semua adalah sebenarnya aset yang maha penting bagi iblis dan orang ini untuk terus sesat dan menyesatkan orang ramai.

17 Setengah mereka ada title ustaz, ustazah, profesor, doktor malahan ada yang bergelar Dato’.

18 Ada proses menurun sewaktu mengubat.

19 Ada menyeru pelbagai nama seperti wali yang dah meninggal seperti wali songo dan syeikh Abdul Kadir Jailani, malaikat dan nama-nama lain yang pelik.

20 Menggunakan objek pelik seperti keris, pedang, lilin dan sebagainya dalam proses mengubat.

21 Kalau orang perempuan, selalunya tak pakai tudung atau tudung ringkas, bermake up
dan banyak barang kemas.

22 Mereka yang ada hubung kait dengan sixth sense atau kuasa minda, aura,cahaya dan tenaga dalaman adalah sebenarnya seorang bomoh yang sesat..

23 Ada mengamalkan meditasi.

24 Ada bertapa untuk mendapatkan ilmu tersebut.

25 Mengaku mengetahui perkara ghaib seperti tahu siapa mencuri dan siapa yang mendengki.

26 Mengaku boleh nampak jin.

27 Banyak mengamal bidaah dan sangat kurang mengamalkan sunnah.

28 Tergantung banyak ayat-ayat Al Quran didinding rumah mereka.

29 Gemar menjanjikan kesembuhan yang segera.

30 Gemar riak dengan menceritakan kes-kes lalu yang telah berjaya diselesaikan termasuk menceritakan ramai orang besar kenamaan (VIP) telah berubat dengannya.

31 Mengamalkan mandi laut waktu malam bagi membuang syaitan.

32 Menggunakan khadam seperti jin dan “malaikat”.

33 Melakukan semah seperti semah rumah dan gelanggang.

34 Mengamalkan mandi bunga. Mandi bunga adalah amalan dari ajaran agama hindu.

35 Memberikan pendinding bagi rumah, diri dan sebagainya.

36 Pengamal yang memberikan khidmat memasukkan apa jenis susuk sekali pun dan tattoo adalah bomoh.


Untuk melihat bomoh artis sebenar sedang memasukkan susuk, sila klik link berikut:


Berbanding pengamal perbomohan yang melanggar ajaran agama Islam, pengamal perubatan Islam dan tradisional yang dibenarkan dalam Islam mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Menjalankan kaunseling dan dakwah islamiah kepada pesakit.

2. Gemar mengatakan bahawa setiap bala musibah bukanlah disebabkan oleh orang yang menyihir dan dengki tetapi adalah di atas kehendak dan kekuasaan Allah jua.

3. Tidak memberikan sebarang tangkal azimat untuk dibawa balik.

4. Tidak ada pengeras dan pemutus ubat.

5. Tidak menentukan sebarang bayaran tetapi sedia menerima sebarang amaun sebagai hadiah. (dibenarkan dalam Islam mengikut hadis sahih – cerita nak sembelih kambing pemberian orang sakit yang dah sembuh)

6. Ada memberikan ubat yang disediakan dari tumbuhan, herba atau dari campuran bahan-bahan tertentu dan diiktikadkan sebagai jual beli ubat.

7. Mengaku tidak ada kuasa ghaib

8. Tidak melakukan sebarang perkara yang pelik dan luar biasa.

9. Tidak mengenakan uniform khas dan warna-warna tertentu sewaktu mengubat pesakit.

10. Mengamalkan Islam dengan lebih cantik selari dengan Al Quran dan Al Hadis

11. Lebihcenderung mengamalkan sunah dan meninggalkan bidaah.

12. Tiada ayat Al Quran tergantung di dinding rumah.

13. Tidak materialistik dan dapat dilihat pada kenderaan dan rumah.

14. Tidak menggunakan bantuan sebarang khadam termasuk jin dalam perubatannya.
Semata-mata bertawakal kepada Allah.

15. Tidak menjanjikan kesembuhan yang segera.



Silalah email saya di: emjayjb@gmail.com


Wallahualam. Wassalam.


Emjay.


Tuesday, 21 November 2006

Kezaliman manusia ke atas bayi!!




Bayi ini telah ditanam selama 24 jam tetapi dengan kuasa Allah telah dijumpai, dikorek dan hidup.









Friday, 17 November 2006

Mengapakah setengah perempuan diusik lelaki??

Mengapakah setengah perempuan diusik lelaki??


Sewaktu saya remaja dahulu, saya sangat mengingati satu fenomena iaitu setengah perempuan bila keluar rumah tidak diusik dan diganggu oleh lelaki sedangkan setengahnya diusik dan diganggu oleh lelaki dan paling kurang akan disiulkan. Pada waktu itu saya langsung tidak mengerti mengapa setengah mereka diganggu dan setengahnya pula tidak diganggu. Alhamdulillah setelah beransur senja (makin tua) semakin banyak yang
Allah berikan sebagai ilmu untuk dimanfaatkan.

Ada kalanya setengah perempuan tidak diganggu namun dapat dilihat dengan jelas bahawa ada setengah wanita apabila berjalan, ekor mata lelaki akan terus memandangnya walaupun terpaksa memalingkan leher untuk hampir 180 darjah.

Selepas mula mempelajari Al Quran, satu demi satu ilmu diberikanNya. Rupa-rupanya piramid dan bangunan yang hebat tersergam indah telah dinyatakan oleh Allah bahawa ianya telah dibina dengan bantuan jin sebagaimana dalam surah Saba':12-13. Dalam Al Quran dijelaskan bagaimana istana ratu Balkis dipersembahkan kepada Nabi Allah Sulaiman. Namun itu adalah syariat Nabi Sulaiman. Syariat Nabi Muhamad melarang kita umatnya menggunakan jin sebagai pembantu.

Kembali kepada persoalan asas dalam topik ini iaitu mengapakah setengah perempuan di ganggu apabila keluar dari rumah. Marilah kita perhatikan ayat Al-Quran Surah Al Ahzab: 59.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dari ayat ini jelas disebutkan Allah bahawa dengan itu mereka tidak diganggu. Orang lelaki memang dijadikan Allah sebegitu. Untuk tujuan menjaga kehormatan wanita dan juga lelaki, sekiranya wanita menutup
aurat dengan sempurna, nafsu lelaki insyaAllah tidak akan dirangsang. Itulah sebabnya kalau di Johor Bahru ini, ramai lelaki memang suka pergi ke Holiday Plaza kerana di sana, pendek kata istilah mudahnya ialah menjamu mata di mana wanita pelbagai kaum memakai pakaian menjolok nafsu lelaki dengan jelas menunjukkan sebahagian buah dada, perut, pusat serta peha wanita yang gebu. Dari segi jangka pendek seolah-olah ia baik bagi lelaki tetapi sebenarnya memanglah buruk kerana mengundang banyak dosa dan bagi orang bujang, timbul satu masalah besar iaitu bagaimana untuk melampiaskan nafsu begini. Itulah sebabnya timbul gejala rogol kerana lelaki apabila sudah naik nafsunya, bahaya, perempuan tua pun
memadai untuk melepaskan nafsunya.

Dari pengalaman berkunjung ke Mekah dan Madinah sewaktu haji dan umrah dahulu, satu nikmat yang
tidak boleh diperolehi di mana-mana kota dunia lain iaitu nikmat ketenteraman jiwa seorang lelaki. Nafsu lelaki langsung tidak dijolok oleh wanita. Ini kerana wanita Arab di sana memakai purdah serta berkain warna hitam. Wanita Asia seperti Malaysia dan Indonesia pula memakai telekung warna putih bila keluar sama ada ke Masjid atau membeli belah. Allah langsung memberikan rahmatnya kepada lelaki iaitu ketenteraman jiwa dan insyaAllah jauh dari dosa maksiat mata.

Dalam surah yang sama iaitu Al Ahzab:32, Allah berfirman:

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa perempuan yang berkata-kata dalam istilah orang muda mengada-ngada dan manja bakal mengundang kecelakaan. Namun ramai perempuan memandang keuntungan jangka pendek semata-mata iaitu dapat menarik perhatian lelaki dengan gaya bercakap yang menggoda ini. Sebenarnya wanita begini seperti yang dinyatakan Allah hanya menarik lelaki bermasalah dan bukannya lelaki beriman. Saya seperti sekarang ini seandainya masih bujang insyaAllah tidak akan memilih sebagai calon isteri dari kalangan wanita yang tidak menjaga auratnya serta bercakap dengan mengada-ngada dan manja.

Itulah sebabnya dalam surah anNur: 3 Allah berfirman bahawa

Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.

Itulah sebabnya Erra Fazira itu dahulunya memang hanya layak berkahwin dengan Yusri berdasarkan janji Allah ini dan saya ini layaknya memang berkahwin dengan isteri saya sekarang, subhanallah, maha suci Allah.

Kesimpulan dari ayat-ayat ini ialah:
  • Jangan buka aurat bagi wanita bila keluar dari rumah kelak diganggu oleh lelaki.
  • Jangan bercakap manja dan menggoda serta mengada-ngada bagi wanita nanti diganggu oleh lelaki yang bermasalah (bukan diganggu orang beriman).
  • Perempuan jahat hanya layak berkahwin dengan lelaki jahat dan sebaliknya.
  • Kalau ingin bersuami yang baik dan beriman, mulalah dari sekarang untuk membina diri menjadi wanita solehah, iansyaAllah diberikanNya suami yang soleh sesuai dengan surah An-Nur:26.

Wallahualam, wassalam.


Emjay.

Panduan masuk rumah baru

PANDUAN MASUK RUMAH BARU
Assalamualaikum wbt.

Meyakini ubat ada kuasa untuk memulihkan boleh membawa kepada syirik. (Sebab kuasa hanya mutlak milik Allah sahaja. Perlu guna ubat bila sakit selepas itu bertawakal kepadanya). Meyakini kita hebat boleh membawa kepada syirik kerana yang hebat hanya Allah. Itu sebabnya kita perlu sentiasa merendah diri sebab kita semua adalah hamba Allah yang sangat lemah. Meyakini AlQuran ada kuasa juga sama syiriknya sebab Quran tiada kuasa kerana Allah sahaja yang ada kuasa. Konsep ini dikuatkan lagi melalui konsep zikir Lahaulawalquwata... Itu sebabnya kalau kita menjampi dengan ayat Kursi kepada bayi yang menangis dengan iktikad ayat ini ada kuasa untuk menghalau hantu syaitan, insyaAllah Allah tidak beri pertolongan kerana Dia murka sebab mengapa minta tolong kepada Quran. Menjampi dengan ayat Kursi dan ayat-ayat lain dalam AlQuran dibenarkan dan disunnahkan dalam islam tetapi perlu waspada bahawa ini sekadar usaha kita sahaja. Quran tidak ada kuasa dan Allah sahaja yang berkuasa. Itulah sebabnya selepas baca ayat kursi atau mana-mana ayat quran lain sewaktu menjampi, disinilah yang paling penting iaitu berdoa dalam bahasa yang kita fahami (guna bahasa Cina pun tak apa.)

Jin dan iblis memang disebut dalam Quran dan hadis. Hantu adalah penyerupaan jin dan iblis kepada imej lain yang menakutkan (dengan izin Allah) untuk merosakkan akidah umat Islam. Takut kepada jin, iblis, syaitan dan hantu boleh membawa kepada syirik. Orang yang takut hantu dan syaitan ini sebenarnya sudah tidak yakin lagi dengan kehebatan Allah. Akibatnya dengan ini Allah mengizinkan hantu syaitan ini mengacau manusia sebagai satu musibah yang sangat perlu difahami dan dipelajari.

Kita kena akur bahawa di dalam bilik air di rumah banyak setan dan jin kerana ini ada disebut dalam hadis. Itu sebab Allah ajarkan melalui Nabi saw agar kita semua berdoa sebelum masuk tandas iaitu "Ya Allah lindungilah aku dari gangguan iblis jantan dan betina" sebelum masuk tandas.

Kita perlu menghormati makhluk jin dan syaitan serta hantu ini kerana mereka juga adalah ciptaan Allah tetapi bukan takut kepada mereka. Kita hanya perlu takut kepada Allah swt sahaja.

Kembali kepada persoalan panduan masuk rumah baru, disini saya perturunkan amalan yang boleh dilakukan:

1. Kira-kira dua minggu sebelum pindah, biasakan sembahyang berjumaah di rumah baru ini dengan anak isteri dan rakan atau jiran. Jangan lupa untuk azan dan iqamah sebelum solat.

2. Sewaktu solat ini, berdoalah di waktu sujud terakhir (di dalam hati pun boleh) untuk memohon perlindungan dari Allah daripada gangguan setan, iblis, jin dan hantu.

3. Kalau bulan ramadan elok sangat lakukan solat tarawih (8 + 3) bersama keluarga di rumah ini. Kalau bulan lain boleh lakukan tahajud (8 + 3) dirumah lama sekarang. Teruskan berdoa. Kalau kekok sangat melakukan solat tahajud, lakukanlah solat hajat 2 rakaat, Ia mudah dan ringkas berdoalah dalam bahasa Melayu segala hajat yang dipohonkan.

4. Panjatkan kesyukuran sdr diizinkan Allah swt dapat membeli rumah dengan mengadakan majlis jamuan untuk anak yatim dan orang miskin dirumah baru ini. (house warming party untuk rakan-rakan sangat tidak digalakkan kerana mereka ini bukan fakir miskin yang layak untuk dijamu dan selalunya akan mengundang riak yang bakal memberikan masalah kepada anda sekeluarga)

5. Bacalah ALQuran
surat Al Baqarah. Dalam hal ini Allah Ta'ala telah berfirman:
"Sesungguhnya setan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah."
(HR. Muslim)

6. Pindahlah kerumah baru anda dengan tawakkal bahawa Allah sahaja yang berhak disembah dan dipinta pertolongan.
Saya mengingatkan kepada muslimin muslimat sekelian agar janganlah membeli sebarang ayat Quran untuk digantung di dinding. Ini memang sangat silap kalau dilakukan juga.

[[Antara perubatan yang saya lakukan kepada pesakit yang kena rasuk ialah perlu dibuang segala tangkal azimat di badan serta dipersekitaran termasuk kereta dan rumah. Selain itu saya perlu membersihkan rumah pesakit ini dari segala gantungan ayat Quran seperti ayat kursi. InsyaAllah selepas pengisian agama selanjutnya, pesakit ini dirahmati Allah dan bebas dari gangguan setan selamanya.]]

Membeli ayat untuk digantung ini mahal harganya hingga beratus ringgit. Membazir. Membazir adalah kerja syaitan. Alquran Allah turunkan untuk dibaca, difahami dan seterusnya diamalkan dan bukan untuk gantungan. Nama Allah dan Muhammad juga bukan untuk digantung. Allah untuk diibadati. Nabi tidak pernah mengajar untuk gantung AlQuran dan nama Allah serta Muhammad tetapi ini adalah pengaruh dari budaya orang kafir.

Sekian wallahualam, wassalam.

Emjay

HUKUM MUZIK DAN LAGU


HUKUM MUZIK DAN LAGU

PANDANGAN AL QURAN DAN AS SUNNAH:
Allah Ta'ala berfirman:

"Dan di antara manusia (ada) yang
mempergunakan lahwul hadits untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa
pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu bahan olok-olokan."
(Luqman: 6)

Sebahagian besar mufasir memberikan pandangan, yang dimaksudkan dengan lahwul hadits
dalam ayat tersebut adalah nyanyian. Hasan Al Basri berkata,ayat itu turun dalam masalah muzik dan lagu. Allah berfirman kepada setan:

"Dan bawalah siapa yang kamu sanggupi di
antara mereka dengan suaramu." Maksudnya dengan lagu (nyanyian) dan muzik.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda:

"Kelak akan ada dari umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina,
sutera, minuman keras dan muzik."

(HR. Bukhari dan Abu Daud)

Dengan kata lain, akan datang suatu masa di mana beberapa golongan dari umat Islam mempercayai bahawa zina, memakai sutera asli, minum-minuman keras dan muzik hukumnya halal, padahal semua itu adalah haram.

Adapun yang dimaksudkan dengan muzik di sini adalah segala sesuatu yang menghasilkan bunyi dan suara yang indah serta menyenangkan. Seperti kecapi, gendang, rebana, seruling, serta berbagai alat muzik moden yang kini sangat banyak dan beragam. Bahkan termasuk
di dalamnya jaros (loceng, bel, klentengan (sejenis loceng seperti pada leher lembu)).

"Loceng adalah nyanyian setan." (HR. Muslim)

Padahal di masa dahulu mereka hanya mengalungkan klentengan pada leher binatang. Hadis di atas menunjukkan betapa dibencinya suara loceng tersebut. Penggunaan loceng juga
bererti menyerupai orang-orang Nasrani, di mana loceng bagi mereka merupakan suatu yang prinsip dalam aktiviti gereja.

Imam Syafi'i dalam kitabnya Al Qadha' berkata: "Nyanyian adalah kesia-siaan yang dibenci, bahkan menyerupai perkara batil. Barang siapa memperbanyak nyanyian maka dia adalah orang dungu, syahadat (kesaksiannya) tidak dapat diterima."


Nyanyian di masa kini:

Kebanyakan lagu dan muzik pada saat ini di adakan dalam berbagai pesta juga dalam tayangan televisyen dan siaran radio. Majoriti lagu-lagunya berbicara tentang asmara,
kecantikan, ketampanan dan hal lain yang lebih banyak mengarah kepada problematika biologis, sehingga membangkitkan nafsu berahi terutama bagi kaum muda dan remaja. Pada tingkat selanjutnya membuat mereka lupa segala-galanya sehingga terjadilah kemaksiatan, zina dan kerosakani moral lainnya.

Lagu dan muzik pada saat ini tidak sekadar sebagai hiburan tetapi sudah merupakan pekerjaan dan salah satu lahan untuk mencari rezeki. Dari hasil menyanyi, para biduan dan
biduanita bisa mem-bangun rumah megah, membeli mobil mewah atau melancong keliling dunia, baik sekadar pelesir atau untuk pentas dalam sebuah acara pesta muzik.

Tak diragukan lagi huru-hara muzik --baik dari dalam atau luar negara, sangat merosak dan
banyak menimbulkan bencana besar bagi generasi muda. Lihatlah betapa setiap ada pesta kolosal muzik, selalu ada saja yang menjadi korban. Baik berupa mobil yang hancur, kehilangan wang atau barang lainnya, cacat fizik hingga korban meninggal dunia. Orang-orang berjejal dan mahu saja membayar walau dengan harga tiket yang tinggi. Bagi yang tak memiliki wang terpaksa mencari akal apapun yang penting boleh masuk stadium, akhirnya merosak pagar, memanjat dinding atau merosak barang lainnya demi boleh menyaksikan pertunjukan muzik kolosal tersebut.

Jika pentas dimulai, seketika para penonton hanyut bersama alunan muzik. Ada yang menghentak, menjerit histeria bahkan pengsan karena mabuk muzik.


Para pemuda itu mencintai para penyanyi idola mereka melebihi kecintaan mereka kepada Allah Ta'ala yang menciptakannya, ini adalah fitnah yang amat besar.

Tersebutlah pada saat terjadi perang antara Bangsa Arab dengan Yahudi tahun 1967 (Mesir –
Israel) , para pembakar semangat menyeru kepada para pejuang: "Maju terus, bersama kalian artis fulan dan biduanita folanah ... ", kemudian mereka menderita kekalahan di tangan para Yahudi yang pendosa.


Semestinya diserukan: Maju terus, Allah bersama kalian, Allah akan menolong kalian."
Dalam peperangan itu pula, salah seorang biduanita memaklumkan jika mereka menang maka ia akan menyelenggarakan pentas bulanannya di Tel Aviv, ibukota Israel - padahal biasanya digelar di Mesir-. Sebaliknya yang dilakukan orang-orang Yahudi setelah mencapai kemenangan adalah mereka bersimpuh di Ha'ith Mabka (dinding ratapan) sebagai tanda syukurnya kepada Tuhan mereka.


Semua nyanyian itu hampir sama, bahkan hingga nyanyian-nyanyian yang bernafaskan Islam
sekalipun tidak akan lepas dari kemungkaran. Bahkan di antara syair lagunya ada yang berbunyi:

"Dan besok akan dikatakan, setiap nabi berada pada kedudukannya ... Ya Muhammad inilah Arsy, terimalah ..."

Bait terakhir dari sya'ir tersebut adalah suatu kebohongan besar terhadap Allah dan RasulNya,
tidak sesuai dengan kenyataan dan termasuk salah satu bentuk pendewaan terhadap diri Rasul Shallallahu 'Alaihi Wasallam, padahal hal semacam itu dilarang.



Cara  Mengubati virus nyanyian dan muzik :

Di antara beberapa langkah yang dianjurkan adalah:


Jauhilah dari mendengarnya baik dari radio, televisyen atau lainnya, apalagi jika berupa
lagu-lagu yang tak sesuai dengan nilai-nilai akhlak dan diiringi dengan muzik.



Di antara lawan paling jitu untuk menangkal ketergantungan kepada muzik adalah dengan selalu mengingat Allah dan membaca Al Qur'an, terutama surat Al Baqarah. Dalam hal ini
Allah Ta'ala telah berfirman:


"Sesungguhnya setan itu lari dari
rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah."

(HR. Muslim)

"Hai manusia sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan
sebagai penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk
serta rahmat bagi orang-orang yang beriman."
(Yunus: 57)

Membaca sirah nabawiyah (riwayat hidup Rasul Shallallahu 'Alaihi Wasallam) , demikian pula
sejarah hidup para sahabat beliau.


Nyanyian yang diperbolehkan:

Ada beberapa nyanyian yang diperbolehkan iaitu:

Menyanyi pada hari raya. Hal itu berdasarkan hadis A'isyah:

"Suatu ketika Rasul Shallallahu
'Alaihi Wasallam masuk ke bilik 'Aisyah, sedang di sisinya ada dua orang hamba
sahaya wanita yang masing-masing memukul rebana (dalam riwayat lain ia berkata:
"... dan di sisi saya terdapat dua orang hamba sahaya yang sedang
menyanyi."), lalu Abu Bakar mencegah keduanya. Tetapi Rasulullah malah
bersabda: "Biarkanlah mereka karena sesungguhnya masing-masing kaum
memiliki hari raya, sedangkan hari raya kita adalah pada hari ini."
(HR. Bukhari)


Menyanyi dengan rebana ketika berlangsung pesta pernikahan, untuk menyemarakkan suasana sekali gus memperluas khabar pernikahannya. Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Pembezaan antara yang halal dengan yang haram 
adalah memukul rebana dan suara (lagu) pada saat pernikahan." (Hadits shahih riwayat Ahmad).

Yang dimaksud di sini adalah khusus untuk kaum wanita.

Nasyid Islami (nyanyian Islami tanpa diiringi dengan muzik) yang disenandungkan saat bekerja
sehingga bisa lebih membangkitkan semangat, terutama jika di dalamnya terdapat doa. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menyenandungkan syair Ibnu Rawahah dan menaikkan semangati para sahabat sewaktu menggali parit. Beliau bersenandung:

"Ya Allah tiada kehidupan kecuali kehidupan akhirat
maka ampunilah kaum Ansar dan Muhajirin."

Seketika kaum Muhajirin dan Ansar menyambutnya dengan senandung lain:

"Kita telah membai'at Muhammad, kita selamanya
selalu dalam jihad."


Ketika menggali tanah bersama para sahabatnya, Rasul Shallallahu 'Alaihi Wasallam juga
bersenandung dengan syair Ibnu Rawahah yang lain:

"Demi Allah, jika bukan karena Allah, tentu
kita tidak mendapat petunjuk, tidak pula kita bersedekah, tidak pula mengerjakan
solat.

Maka turunkanlah ketenangan kepada kami, mantapkan
langkah dan pendirian kami jika bertemu (musuh)


Orang-orang musyrik telah mendurhakai kami, jika mereka mengingin-kan fitnah
maka kami menolaknya."

Dengan suara koor (koir) dan tinggi mereka balas bersenandung "Kami menolaknya, ... kami menolaknya." (Muttafaq 'Alaih)

Nyanyian yang mengandungi pengesaan Allah, kecintaan kepada Rasululah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dengan menyebutkan sifat-sifat beliau yang terpuji; atau mengandung anjuran berjihad, teguh pendirian dan memperbaiki akhlak; atau seruan kepada saling mencintai, tolong menolong di antara sesama; atau menyebutkan beberapa kebaikan Islam, berbagai prinsipnya serta hal-hal lain yang bermanfaat buat masyarakat Islam, baik dalam agama atau akhlak mereka.

Di antara berbagai alat muzik yang diperbolehkan hanyalah rebana. Itupun penggunaannya
terbatas hanya saat pesta pernikahan dan khusus bagi para wanita. Kaum laki-laki sama sekali tidak dibolehkan memakainya. Sebab Rasul Shallallahu 'Alahih Wasallam tidak memakainya, demikian pula halnya dengan para sahabat beliau Radhiallahu 'Anhum Ajma'in.

Orang-orang sufi (tarekat) memperbolehkan rebana, bahkan mereka berpendapat bahwa menabuh rebana ketika dzikir hukumnya sunnat, padahal ia adalah bid'ah, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Jauhilah perkara-perkara yang
diada-adakan, karena sesungguhnya setiap perkara yang diada-adakan adalah
bid'ah. dan setiap bid'ah adalah sesat."
(HR. Turmudzi, beliau berkata:
hadits hasan shahih).


Sumber dari: Rasa'ilut
Taujihat Al Islamiyah, 1/ 514 - 516.

Oleh: Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu