Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbth
(Telah dikemaskini pada 9 Desember 2019)
Alhamdulillah semalam ada seorang
hamba Allah wanita berstatus janda datang belajar. Hamba Allah ini baru belajar dan semalam adalah
kali kedua beliau datang. Kali pertama dia datang adalah pada minggu lepas. Alhamdulillah
walau pun baru belajar jelas nampak kesan pelajaran minggu lepas dan seronok mendengar
rahmat yang Allah berikan kepadanya. Begitulah janji Allah SWT, kita mendekati Allah sejengkal, Allah SWT mendekati kita sehasta.
Apabila banyak perkara yang
disoal oleh hamba Allah ini maka itu sebenarnya menunjukkan beliau sudah mula
mengapplikasikan pengetahuan agama yang dipelajari pada minggu lepas.
Perkara yang paling
menggembirakan saya ialah apabila hamba Allah ini sudah mengenalpasti apa itu
tangkal dan beliau membawa satu tangkal sebagaimana di dalam gambar berikut.
Tangkal
tersebut diberikan oleh orang yang sangat dihormati dengan ilmu agamanya yang
juga mengajar agama. Siap ada gelaran Haji. Kalau orang agama mengedarkan tangkal maka amat mudah sekali bagi
orang awam untuk menerima kesesatan tersebut tanpa menyedari bahawa perbuatan menerima dan menyimpan tangkal tersebut adalah satu perbuatan syirik.
Pelajaran
agama untuk hari semalam disambung dengan bab Rububiah Allah. Banyak perkara
yang saya sentuh termasuk perkara penting iaitu :
- Ia membawa maksud mengaku dan mengiktiraf bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa, pencipta kepada seluruh alam dan pemiliknya. Allah yang mencipta, memberi rezeki kepada semua makhluk, menghidup dan mematikan sesuatu yang ada di atas alam maya ini. Allah sahaja yang memberi mudarat, manfaat dan kesenangan kepada seseorang. Allah yang menerima permohonan doa hambaNya. Dialah yang mentadbir, mengurus perjalanan alam ini dan berkuasa melakukan sesuatu menurut kehendakNya dan tidak ada kuasa yang mampu menandingi kekuasaanNya.
- “Apakah lawan tauhid rububiah? Lawan bagi tauhid rububiah ialah beriktikad adanya sesuatu bersama-sama Allah dalam mengatur alam semesta, dalam mengadakan atau meniadakan sesuatu, menghidup atau mematikan, mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan atau beriktikad adanya sesuatu yang menandingi Allah dalam kandungan nama-namaNya dan sifat-sifatNya seperti mengetahui perkara ghaib, pemilikan keagungan, kebesaran dan sebagainya”.
- Konsep rububiah Allah ini selari dengan apa yang diajarkan dalam agama Islam iaitu kalimah Hauqalah;
“La hawla wa laa quwwata
illa billah” (Tidak ada daya kekuatan
melainkan dari Allah (sahaja)).
Kuasa, daya atau kekuatan adalah mutlak milik Allah tetapi
apabila kita menafikan hak Allah lalu mengatakan bahawa kuasa itu milik nasib,
milik tangkal, milik minda bawah sedar, milik manusia, milik bomoh, milik
pengasih, milik pendinding, milik pelaris, milik wali yang sudah meninggal dunia maka
kita telah meletakkan taraf Allah lebih rendah atau sama taraf dari semua
perkara-perkara ini dan dengan itu telah menjadikan pelaku sebagai melakukan syirik.
Setelah membincangkan
beberapa contoh kelihatan hamba Allah ini semakin mantap. Apa yang lebih
menggembirakan saya ialah apabila hamba Allah ini menyelongkar beg tangannya
lalu memberikan saya sekeping wang RM50 yang sudah ditulis dengan tulisan yang
diajarkan oleh Dr Azizan di dalam satu kursus kendalian Dr Azizan yang dihadiri
oleh hamba Allah ini iaitu pada 29 Julai 2010.
Berikut adalah gambar wang RM50
sebenar dengan nama serta tanda tangan hamba Allah ini telah saya padamkan.
Berikut saya tuliskan semula perkataan-perkatan yang terdapat pada wang tersebut:
29/7/2010
Saya (NAMA SEBENAR) telah
memberikan komitmen saya untuk menguruskan duit dan seluruh kawan-kawannya
untuk mendapatkan kebahagian, kesihatan, kejayaan, kekayaan dan keberkatan dan
aku memberikan komitmen untuk menggunakannya membantu mereka yang memerlukan.
DUIT, kau panggil semua kawan-kawan kau datang kepada aku kerana aku adalah
MONEY MAGNET
Tanda Tangan
Nama Penuh.
Ayat yang diguna pakai oleh
hamba Allah sebagaimana yang diajarkan oleh Dr Azizan yang terdapat pada wang
RM50 tersebut adalah dinamakan MONEY MAGNET atau dalam bahasa Melayu dinamakan
ibu duit. Dalam masyarakat Melayu kepercayaan sesat mengenai ibu duit sudah
lama berakar umbi. Ada berbagai tangkal pemberian bomoh berperanan sebagai ibu
duit yang berfungsi untuk mendapatkan lebih banyak duit. Oleh kerana lemahnya
fungsi para mufti di Malaysia, orang ramai berani mengiklankan khidmat menjual
ibu duit di internet siap dengan nama lengkap dan nombor telefon seperti iklan
sesat di sini:
http://mistik707corner.blogspot.com/ dan http://indukwang.blogspot.com/p/pengenalan.html
Ibu duit dari http://mistik707corner.blogspot.com/ |
http://mistik707corner.blogspot.com/ dan http://indukwang.blogspot.com/p/pengenalan.html
Seandainya ibu duit ajaran
Azizan Osman ini hebat boleh mendapatkan kebahagiaan dan kejayaan, ternyata
Azizan telah tidak berjaya dan tidak bahagia dengan bekas isterinya Madiha Mohammad yang telah
diceraikan sebagaimana diceritakan di http://dewakebaikan.wordpress.com/2010/04/22/salah-tilik/
Mempercayai Money Magnet
atau ibu duit ajaran Dr Azizan Osman adalah sesungguhnya merosak akidah kerana
bercanggah dengan sifat rububiah Allah SWT iaitu sebagaimana saya nyatakan di
atas dan ulang lagi sebagai :
“Lawan bagi tauhid rububiah
ialah beriktikad / meyakini adanya sesuatu bersama-sama Allah dalam mengatur alam semesta, .......
mendatangkan kebaikan (manfaat) atau menolak keburukan .....”.
Dr Azizan dalam kursus
motivasi ini juga menyatakan bahawa wang kertas yang perlu digunakan untuk
menulis jampi Money Magnet tersebut boleh menggunakan wang RM5, RM10, RM50 atau RM100. Lebih
besar nilai wang yang digunakan untuk menulis jampi, maka lebih besar kesan
kebaikannya. Ada peserta kursus yang mengharapkan pulangan lebih besar menulis
di atas wang RM100. Hamba Allah ini tiada wang RM100 maka beliau menggunakan
wang RM50. Puhhh jauhnya umat Islam di Malaysia tersesat dengan ajaran si
Azizan ini. Nauzu billahi min zalik. Aku berlindung dengan Allah daripada
perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).
Orang kafir seperti Hindu mencipta patung berhala untuk mereka mohon pertolongan. Dr Azizan mengajar orang ramai yang menyertai kursusnya bagaimana untuk mencipta Money Magnet atau ibu duit yang sebenarnya juga adalah berhala baharu bagi mereka memohon pertolongan. Mengharapkan bantuan dari sesuatu yang mana hal tersebut adalah hak Allah semata-mata adalah satu perbuatan syirik. Orang Islam beriman apabila mengharapkan rezeki, mereka berharap kepada Allah SWT. Azizan mengajarkan pengikutnya agar berharap kepada Money Magnetnya.
Orang kafir seperti Hindu mencipta patung berhala untuk mereka mohon pertolongan. Dr Azizan mengajar orang ramai yang menyertai kursusnya bagaimana untuk mencipta Money Magnet atau ibu duit yang sebenarnya juga adalah berhala baharu bagi mereka memohon pertolongan. Mengharapkan bantuan dari sesuatu yang mana hal tersebut adalah hak Allah semata-mata adalah satu perbuatan syirik. Orang Islam beriman apabila mengharapkan rezeki, mereka berharap kepada Allah SWT. Azizan mengajarkan pengikutnya agar berharap kepada Money Magnetnya.
Sebarang perbuatan menconteng wang kertas adalah HARAM sama seperti membakar wang kerana ia adalah perbuatan mensia-siakan rezeki dari Allah SWT. Lagi besar nilai wang kertas yang diconteng maka lebih besarlah dosanya. Mana mungkin perbuatan mungkar mampu mendatangkan lebih banyak wang.
Sebagaimana biasa
orang-orang sesat macam si Azizan ini turut mengajarkan ilmu rahsia tarikh
lahir dalam ceramahnya serta turut mengajarkan ilmu kuasa minda (mind power).
Antaranya Azizan mengajarkan para peserta agar sebelum tidur mengamalkan bacaan
sebanyak 21 kali “SAYA INGIN KAYA, BERJAYA DAN BAHAGIA”. Allah SWT melalui rasulNya mengajarkan doa
dan bacaan ayat-ayat tertentu dari Al Quran tetapi si Azizan mengajarkan
sesuatu yang bertentangan melalui ilmu sesat kuasa minda.
Alhamdulillah saya telah menulis berkenaan Dr Azizan dan ilmu tarikh lahirnya di dalam artikel saya yang lepas di http://laman-emjay.blogspot.com/2009/07/malaysia-ghairah-ilmu-rahsia-tarikh.html
Alhamdulillah saya telah menulis berkenaan Dr Azizan dan ilmu tarikh lahirnya di dalam artikel saya yang lepas di http://laman-emjay.blogspot.com/2009/07/malaysia-ghairah-ilmu-rahsia-tarikh.html
Sudahlah Azizan, bila nak
bertaubat, mengajarkan orang ramai dengan ilmu sesat amat berat sekali
kesalahannya disisi Allah SWT. Dosa setiap orang ramai yang mengamalkan ilmu
money magnet pun engkau akau turut sama menanggungnya selain dosa diri sendiri.
Begitu juga dengan ilmu rahsia tarikh lahir dan kuasa minda. Kau tak gunakan
ilmu kuasa minda engkau tu ke untuk mengelakkan bercerai dengan Madiha
Mohammad???? Gunakanlah jampi serapah kuasa minda kau tu sebelum tidur baca sebanyak 21 kali "aku ingin bahagia bersama isteri ku Madiha Mohammad sampai ke jannah dan tidak bercerai dengannya"
Kepada orang ramai yang
mempelajari ilmu money magnet ini dan masih menyimpan RM50 ini eloklah
bertaubat segera kerana kesalahan dosa ini adalah amat berat. Selepas
bertaubat, bakarlah duit tersebut kerana duit tersebut sudah tidak boleh
digunakan lagi kerana duit tersebut telah diconteng.
Tentang apa jua pelaris, fahamilah gambar di bawah:
Meyakini tulisan Money Magnet ajaran Dr Azizan Osman ke atas wang kertas mampu mendatangkan lebih banyak duit adalah syirik. Ketua besar yang mengajarkan ilmu sesat syirik adalah BOMOH SESAT AZIZAN OSMAN.
Dengan bukti-bukti yang dijelaskan di atas jelaslah bahawa Dr Azizan Osman ini adalah bomoh sesat. Bukan ratusan orang yang disesatkan malahan ribuan.
Tentang apa jua pelaris, fahamilah gambar di bawah:
Meyakini tulisan Money Magnet ajaran Dr Azizan Osman ke atas wang kertas mampu mendatangkan lebih banyak duit adalah syirik. Ketua besar yang mengajarkan ilmu sesat syirik adalah BOMOH SESAT AZIZAN OSMAN.
Dengan bukti-bukti yang dijelaskan di atas jelaslah bahawa Dr Azizan Osman ini adalah bomoh sesat. Bukan ratusan orang yang disesatkan malahan ribuan.
Sekian untuk kali ini wallahua'lam
Emjay